Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, October 23, 2011

Murtad ~ Khurafat ~ Buta Agama -Kunci penyelesaiannya adalah Dakwah!

Makkah al Mukarramah. 
Sabtu 24hb Zulkaedah 1432Hijrah / 22hb Oktober 2011 Masehi.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Bilamana saya membaca laporan laporan blog bahawa perhimpunan umat Islam yang di anjurkan HIMPUN tidak mencapai sasaran sejuta hadirin, makanya timbul satu keinginan didalam hati saya ini supaya diteruskan usaha murni ini dengan cara menghimpunkan pula para pendakwah di waktu terdekat.


Hendak seribu daya tuan puan. Kita perlu kembali semula kepada Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan para sahabat baginda menyampaikan ilmu ilmu asas tentang Ad Deenul Islam.


Saya tidak mahu memperkecilkan usaha pihak penganjur HIMPUN untuk mengajak umat Islam setanahair kita untuk mengekang usaha usaha mubaligh Kristian memesongkan akidah segelintir mereka yang hanya Islam pada MyKad saja.


Cumanya saya rasa bahawa usaha untuk menyampaikan ilmu agama Islam nan maha suci ini perlu diteruskan dengan cara dan kaedah yang lebih praktikal serta berkesan.


Islam ini adalah agama yang berasaskan kepada Iman. Beriman terhadap Allah Tuhan semesta alam memerlukan keyakinan dan pengetahuan untuk membezakan diantara yang Haqq dengan yang Batil.


Bagaimanakah caranya untuk kita yang bertekad untuk menyambung usaha Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan para anbiya iwal mursalin?


Cukupkah kita berhimpun hanya untuk beberapa jam dan melaungkan slogan begitu begini dan ucapan berapi-api kemudiannya bila selesai agenda dan aturcara majlis bersurai pulang kembali kepada kelaziman kehidupan masing masing?


Saya rasa tak cukup tuan puan. Tak cukup dengan cuma acara sehari ataupun 3 hari, 40 hari atau 4 bulan seperti apa yang di lakukan oleh para Jamaah Tabligh!


Kita perlu melaksanakan usaha usaha Dakwah sepanjang masa mengikut keupayaan dan keperluan masyarakat sasaran kita merangkumi setiap peringkat usia dan jantina.


Saya ingin tekankan bahawa unsur prihatin dan kasihsayang terhadap sesama Islam harus dijadikan asas berdakwah. 


Saya percaya sekiranya setiap dari kita benar benar mahu melihat ukhuwwah Islamiyyah menjadi kenyataan dan mahu melihat perubahan pada masyarakat Melayu Muslim kita, Insya Allah melalui pendekatan dakwah bil hal dan disertai dengan sistem pelaksanaan program program Dakwah bersepadu dikalangan NGO2 dan pertubuhan2 politik umat Melayu Islam seMalaysia, kita mampu menyekat keruntuhan akidah dikalangan mereka yang terbiar sekian lama ini. 


Golongan yang terbiar merewang dari mengetahui dasar dasar keimanan terhadap Allahu Ta'ala sekian lama ini boleh diselamatkan lagi dengan dibimbing secara berterusan oleh para pendakwah yang berilmu dan tahu menyesuaikan metodologi penyampaian risalah agama menurut tahap pemahaman golongan2 tertentu ini.


Andainya kita mampu menawan hati golongan yang tercari cari makna dan ertikata kehidupan sebenar didalam dunia ini, saya percaya masih ada harapan untuk mereka kembali semula ke fitrah mengEsakan Allah!


Tinggal mahu tak mahu saja!


Memang benar sepertimana di sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di akhirul zaman ini umatnya akan sebegitu ramai seumpama banyaknya buih dihujung ombak lautan. Namun sepertimana resmi buih, ianya tidak mampu merubah apa apa!


Perlu ada usaha berterusan untuk belajar bagaimana cara caranya untuk kita menarik minat dan perhatian anak2 muda dan juga yang tua tetapi masih belum mampu memahami Islam untuk berbuat demikian. 


Caranya adalah tidak lain tidak bukan kecuali jujur sesama Muslim dan kesejahteraan bersama. Insya Allah.


Saya ajak saudara saudari, tuan puan untuk bersama sama memanjatkan syukur dan doa kesejahteraan ummah dari Makkah al Mukarramah ini.


Amin Ya Rabbal Alamin.

Post a Comment