Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 07, 2011

Penyerahan 3 naskhah Terjemahan Al Quran ke Masjid Sultan Hj Ahmad Shah

Kuantan. Jumaat 7hb Oktober 2011.


Alhamdulillah! Saya telah selamat sampai ke Kuantan tengahari tadi dan sempat menunaikan Solat Jumaat bersama jamaah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.


Sebaik selesai menyempurnakan Solat Jumaat diikuti dengan solat Asar secara jamak, maka saya pun pergi berjumpa dengan Imam Hj.Mohd Khalil bin Mohd Zari yang menjadi Khatib Solat Jumaat tadi.


Saya memaklumkan pada Tuan Imam akan tujuan kedatangan saya untuk menyampaikan amanah pengusaha kedai makan di Pulau Pinang yang menyahut seruan Tn Hj Abdul Mutalib bin Hj Samsudin pada Hari Raya Aidilfitri yang meminta supaya diwaqafkan terjemahan Al Quran untuk kegunaan para jamaah masjid berkenaan.


Saya pun selamat menyerahkan 3 naskhah terjemahan Al Quran yang saya bawa khusus untuk diserahkan pada jawatankuasa masjid.


Syukur Alhamdulillah! Saya telah menyempurnakan hajat penderma dan pihak masjid. Lega jugalah rasa didalam hati sebab dah berjaya menyampaikan kitab2 berkenaan kepada pihak masjid! :)


Saya akan menyerahkan baki naskhah2 terjemahan Al Quran yang ada pada saya untuk kegunaan para jamaah masjid2 kat KL nanti. 


Sekiranya ada di antara tuan puan yang ingin menyumbangkan terjemahan2 Al Quran untuk di edarkan ke mana mana masjid, sila lah lakukan demi bersama sama berusaha membantu para jamaah masjid menambah ilmu pengetahuan agama mereka.


Insya Allah.


Sekian dari saya yang kini berada di bumi Kuantan.



Post a Comment