Tuan tuan dan puan puan, sidang pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati sekelian,
Alhamdulillah, saya bersama rakan2 petugas dan jamaah haji Malaysia sekelian kini sedang berada di Madinatul Hujjaj Malaysia di Jeddah, Saudi Arabia. Pada jam 12.25pagi nanti, saya akan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.
Penerbangan kami KT20 SV5700 dijadualkan berlepas esok jam 7.25pagi. Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 9.25 malam nanti.
Gambar2 berikut saya sempat rakam sepanjang siang hari tadi.
Sehingga ketemu di tanahair nanti!
Salam Haji dari Mahaguru58 untuk semua!
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
3 comments:
Alhamdulillah...
seronoknya...
Assalamualaikum Tn Hj,
Jika ada masa buat pemerhatian, nasihati jamaah mematuhi peraturan membawa bagasi dlm kg yang dibenarkan kerana jika melebihi, boleh membahayakan pesawat. Pengalaman saya pernah melibat jemaah menyogok pekerja penimbang di pusat timbangan madinatul hujjaj itu kerana bagasinya melebihi muatan. Baru lepas mengerjakan haji tapi kalah dengan tuntutan nafsu. Jika Tn Hj ternampak, nasihatilah mereka dgn baik Muga semua jamaah memperolehi haji yang mabrur. . T/Kasih.
Alhamdulillah, sekarang dah boleh bergelar Tuan Haji Mahaguru.Sudah selamat sampai ke tanah air rasanya sekarang
Post a Comment