Hotel Abraj Al Janadiriyya,
Makkah al Mukarramah,
Saudi Arabia.
Rabu 5hb Zulhijjah 1432 Hijrah / 2hb Nov 2011.
| YAB PM Dato Seri Hj Mohd Najib Tun Razak |
PM Dato Seri Najib sedang berbincang dgn Menteri Agama YB Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom.
PM Dato Seri Mohd Najib dgn isteri sedang berdoa
Menteri Agama Malaysia YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom
Datin Seri isteri Menteri Agama
PM berucap kepada para jamaah haji Malaysia di surau Petugas TH pagi tadi.Jamaah Haji 1Malaysia tekun mendengar ucapan PM Najib
Jamaah Haji Wakil2 setiap negeri 1Malaysia
Ketua Muasassah Asia Tenggara Sheikh Zuheir Abdul Hameed Sedayu dgn Dato Paduka Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tabung Haji Berhad.
Gambar kenangan Tok Mamu bersama Sheikh Zuheir dgn Dato Paduka Ismee
Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kolej Poly Tech Mara merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia turut hadir untuk mengerjakan fardhu umrah dan haji beliau. Semoga beliau dan kami mendapat Haji Mabrur,
Insya Allah.
Yang Berbahagia Dato Sohaimi menceritakan peristiwa beliau dirempuh pelbagai bangsa ketika mengerjakan tawaf umrahnya semalam! Jamaah haji Malaysia memang amat bersabar semasa diasak jamaah2 haji negara asing sebab bukan budaya kita berkasar sesama manusia!
Syabas Dato Sohaimi sebab masih dapat mengawal perasaan semasa tawaf. Hanya Allah Ta'ala sahaja Maha Mengetahui akan iltizam kita untuk menjadi umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam yang baik.
Dato Azeez Putera Malaysia bersama Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Fuad Zarkashi sedang berbual.
Dato Paduka Badruddin Amiruldin
Seorang jamaah haji Malaysia yang muda.
| Semoga Allah SWT memberkati usaha jamaah haji muda ini untuk menyempurnakan Rukun Islam ke5 beliau. Amin Ya Allah! |
4 hari 4 malam petugas katering TH bertungkus lumus mempersiapkan segala prasarana untuk meja santapan bersama PM ini. Mereka adalah wira-wira TH yang tidak didendang! Semuanya kerana sayangkan Tabung Haji!
Syabas kepada setiap petugas yang terlibat!
Meja utama Perdana Menteri dgn Menteri Agama suami isteri
Sebahagian Petugas Tabung Haji Katering
YM Tengku Aziz bin Raja Abdullah, Pengurus Besar (Bimbingan) Tabung Haji. Seorang insan yang amat saya hormati kerna zuhudnya dan tidak pernah lekang dari menguntumkan senyuman manis yang ikhlas dan penuh kasih sayang setiap kali saya bertemunya baik di surau petugas TH, mahupun di Dewan Makan dan di arena tugasan.
Saya hanya mampu bersyukur kerana dipertemukan insan insan mulia seperti ini yang sungguh ramai sekali didalam Lembaga Pengurusan Tabung Haji.
Sesungguhnya Malaysia bertuah memiliki insan insan seperti ini didalam Tabung Haji Malaysia! Benar2 contoh Mukmin berjaya! Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa2 orang seperti YM Tengku Aziz ini!
Haji Yuhanis, salah seorang petugas Tabung Haji yang amat baik orangnya.
Haji Izelan, Penerbit di Astro, Petugas Media TH Musim ke 1432H
Insya Allah akan saya siarkan lebih banyak lagi gambar serta rakaman ucapan jamaah haji Malaysia sebaik selesai urusan memuatnaik ke akaun You Tube saya selepas ini.
1 comment:
Ntah kenapa saya tersentuh dengan kenyataan tuan mengenai petugas TH yang dedikasi dalam memberi perkhidmatan kepada Jemaah Malaysia di Tanah Haram. saya belum lagi menunaikan Haji(insya-Allah akan tiba giliran saya) dan saya bukan pekerja TH. Tapi saya bangga dengan TH. Dan mungkin juga saya rindu dgn Tanah Haram. Semoga Allah melindungi Jemaah di Mekah dan di Madinah amnya dan Jemaah Malaysia khususnya. Dan Semoga mendapat haji yang mabrur. Tidak lupa kepada petugas TH yang bertungkus lumus di Tanah Haram Mekah dan Madinah, mungkin balasan di dunia ni tak seberapa, tapi insya-Allah, usaha anda semua akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT.
Post a Comment