Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, November 05, 2011

Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog Mahaguru58

Saya, Zainol Abideen @ Mahaguru58 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidil Adha buat tuan/puan sidang pembaca blog Mahaguru58 saya ini.


Buat masa ini, saya sedang berada di Arafah bersama sama dengan puluhan ribu jamaah haji Malaysia.


Saya doakan agar tuan puan yang belum sampai kesini akan di izinkan Allahu Ta'ala untuk dapat mengerjakan fardhu haji tuan puan sekelian didalam tahun tahun akan datang.


Saya juga berdoa agar tuan puan di kurniakan Allah dengan kekuatan iman, kesehatan tubuh badan, kemurahan rezeki dan kelapangan masa dan keselamatan didalam perjalanan kemari dan selamat kembali ke tanahair kita nanti Insya Allah.


Kepada isteri tercinta yang kini telah selamat pulang beraya di kampong, Abang ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Ampun maaf Ayang dipinta bagi sebarang kekhilafan Abang selama ini. Abang maafkan Ayang dari apa apa yang serupa. Tak ade benda sebenarnya. 


Abang bersyukur mendapat pasangan hidup yang sentiasa menyenangkan hati Abang dan tidak menimbulkan apa apa masaalah di antara kita sejak kita bernikah hampir 10 tahun sudah. Alhamdulillah! Abang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Ayang. 


Doakan Abang selamat menyempurnakan segala rukun2 dan sunat haji serta kembali ke pangkuan Ayang dengan Haji Mabrur, Insya Allah. Doa Abang sentiasa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kita bersama. Begitu juga doa Abang untuk kebaikan dan kejayaan seluruh ahli keluarga kita berdua. 


Salam Atok Uncle / Atok Mamu kepada kesekelian anak anak saudara dan cucu cucu baik di Kuantan mahupun di Pulau Pinang.


Semoga semua mendapat kejayaan didalam kehidupan masing masing. Amin Ya Rabb. Amin Ya Rahman.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Zainol Abideen @ Mahaguru58,
Padang Arafah,
Saudi Arabia.
Post a Comment