Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, November 05, 2011

Salam Arafah dari Mahaguru58 untuk semua umat Islam seMalaysia!

Labbaik kallah humma labbaik! Labbaik kala syarikalaka labbaik! Innal hamda! Wal niaqmata! Lakawal mulk! Laa syarikalaq!
Dengan lafaz talbiah berkumandang dibibir, saya bersama rakan rakan jamaah tiba di bumi Arafah pada ketika Asar. Selepas selamat memunggah beg masing masing beserta peralatan yang dibawa, kami di tunjukkan khemah masing masing.


Saya ditempatkan didalam khemah Media # 62. Syukur Alhamdulillah. Tempat tidur dan bantal disediakan. Kemudahan tandas dan tempat berwudhu hanya beberapa meter sahaja dari khemah kami dan tidak jauh dari khemah surau. 


Khemah kami turut dilengkapi alat penghawa dingin walaupun tidak tertutup khemah ini dengan sepenuhnya, masih dapat merasa tiupan angin sejuk di tengah padang Arafah ini yang pada waktu siangnya suhu boleh mencecah lebih dari 38 darjah Celcius!


Selepas solat asar berjamaah, kami diberikan taklimat akan aturcara program ibadah di Arafah ini. 


Kemudiannya seorang ustaz petugas Tabung Haji bahagian Bimbingan Ibadah memberikan tazkirah kepada kami. Sekelian jamaah khusyuk mendengar tazkirah dan selepas itu, kami bersurai dan minum petang serta memakan roti keping bersapu jem, mentega dsbnya yang disediakan bagi kami oleh Tabung Haji. Minuman panas kopi dan teh turut disediakan. Syukur Alhamdulillah!


Masuk waktu maghrib, kami bersolat berjamaah dan diikuti dengan majlis berzikir serta laungan talbiah sehingga lah masuk waktu Isya'.


Satu penghormatan bagi saya bila saya dipersilakan ustaz untuk melaungkan azan 'Isya melalui corong pembesar suara! Subhanallah!


Mahaguru58 dapat peluang menjadi muazzin di bumi Arafah pertama kali menjejaki kaki ke tanah suci ini! Tak terfikir tuan puan, bahawa si faqir ini akan mendapat peluang sehebat begini???


Maka dengan penuh rasa bertuah di izinkan Allah, suara Tok Mamu berkumandang dikawasan perkhemahan petugas Tabung Haji dan terlaksanalah tugas hamba sebagai muazzin tak terancang di bumi Arafah nan suci ini!


Sebagai salah seorang jamaah haji merangkap petugas media Tabung Haji, Mahaguru58 mendapat kemudahan menggunakan wifi broadband pasukan media disini dengan kekuatan sambungan 5 jalur! 


Alhamdulillah! Dapatlah saya berblog secara terus dari bumi Arafah ini menyampaikan maklumat dan laporan semasa kepada setiap pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati serta akan dapatlah hamba berhubung terus dengan isteri tercinta yang kini di tanahair kita! Insya Allah!


Dah namanya blogger, maka walau dibumi Arafah, hamba akan berusaha menyampaikan perkembangan terkini dari bumi dimana Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam pernah beribadah bersama puluhan ribu para sahabat Baginda!


Salam dari bumi Arafah untuk semua.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment