Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, November 14, 2011

Syukur ~ Kufur Nikmat. Yang mana satu pilihan kita?

Di-dalam pengalaman saya sepanjang berada di bumi Makkah al Mukarramah ini, saya telah melihat dengan mata kepala sendiri akan kepelbagaian ragam manusia. 


Baik jamaah haji negara kita Malaysia ataupun dari serata pelusok dunia ini.


Ramai di-kalangan jamaah haji kita yang tahu mensyukuri nikmat keseluruhan perkhidmatan Tabung Haji Malaysia tetapi ada juga satu dua suara sumbang @ kaki komplen yang senantiasa memandang sesuatu perkara itu dengan hati yang tidak redha dengan apa yang ada ataupun tersedia. 


Ini namanya golongan yang tidak tahu mensyukuri nikmat. Lebih mudah kita terjemahkan sebagai mereka yang kufur nikmat.


Jenis manusia yang tahu mensyukuri nikmat kurniaan Allah adalah mereka yang senantiasa redha dan terima apa sahaja yang berlaku pada diri mereka.


Golongan istimewa ini senantiasa tenang, mudah senyum, tawadhok dan senang didekati serta ramah terhadap semua. Senantiasa menguntum senyum dan orang lain akan selalu mahu berada bersamanya dan ianya ramai kawan.


Golongan seperti ini merupakan majoriti didalam rombongan jamaah dan petugas haji. Saya bernasib baik kerna sepanjang saya bersama sama dengan rombongan petugas media Tabung Haji, rata rata orang yang saya ketemui terdiri daripada mereka yang sentiasa berbudi pekerti dan mesra, mudah membantu dan redha dengan apa sahaja yang disediakan pihak Tabung Haji.


Keredhaan golongan ini terhadap apa sahaja yang disediakan oleh pihak Tabung Haji, mahupun dari segi kediaman, ruang bertugas, makan minum serta lain lain prasarana untuk kemudahan bersama membuatkan kebanyakan dari kami baik jamaah haji mahupun petugas, tidak mempunyai apa apa untuk di adu atau di ngomel. Syukur Alhamdulillah!


Namun ada juga seorang dua yang jenis kategori kedua iaitu mereka yang kufur nikmat. Golongan ini sebenarnya tidaklah terdiri dari kalangan mereka yang boleh dikatakan golongan kaya raya atau terbiasa dengan segala sesuatu disediakan oleh khadam2 mereka @ jika ada?


Tetapi sebaliknya memilih pula untuk menjadi seumpama baung dalam sangkar. Sentiasa merungut-rungut. Orang orang seperti ini seharusnya tidak dilayan. Biarkan ia terus bersungut-sungut. Awak tu datang untuk beribadah atau beriadah??? Asyik komplen memanjang ; terimalah natijahnya di Padang Mahsyar nanti! 


Jenis kaki komplen atau yang memilih untuk sentiasa melihat keburukan sesuatu itu sama sikapnya seperti hamsor, seorang kaki komplen ~ pengomen tegar penyokong pakatan pembangkang yang tak jemu jemu senantiasa mencari keburukan sesesorang atau sesuatu keadaan. 


Spesis ini mata dia tak akan nampak sebarang kebaikan. Kornea mata hatinya berselaput dengan syak wasangka dan kufur nikmat yang kronik. Nasihat le macam mana pun walau sampai berbuih mulut ~ tak akan ada hasilnya. Jenis sum mum buk mum om yom fahum la yar ji'uun. Buang masa beb.


Kenapa saya berkata begitu?


Contoh. Lihat sahaja komennya yang terkini didalam artikel saya berkenaan gambar2 eksklusif diri saya yang di ambil rakan petugas media saya disini, Tuan Haji Abdul Shukor dari Side-FX Sdn Bhd.


Sudahlah komennya tidak didahului dengan salam tetapi ia memilih untuk menumpukan pandangan matanya hanya kepada kemudahan alat penghawa dingin yang disediakan pihak Tabung Haji untuk keselesaan para jamaah Tabung Haji!


Jenis manusia macam inilah yang boleh dikatakan jenis kufur nikmat


Apakehalnya yang engkau sakit hati sangat melihat 'aircon' yang dipasang Tabung Haji untuk keselesaan para jamaah haji? Sikit punya haprak lah jenis spesis manusia seperti ini. 


Makanya inilah komen terakhir yang akan saya siarkan dari manusia pengkufur nikmat dan penuh hasad ini. No more beb!


Ia hanya satu contoh tentang spesis kaki komplen yang tak pernah mensyukuri nikmat hidup sebagai warga negara kita nan tercinta yakni Malaysia.


Banyak perbezaan dari segi kemudahan dan gaya hidup serta nikmat yang terdapat didalam negara kita tidak mudah diperolehi disini. Jika hendak saya senaraikan, tak akan habis sampai bila bila.


Untuk memudahkan cerita, saya ingin menyeru semua kaki komplen dan jenis spesis kufur nikmat akan apa yang disediakan Tabung Haji untuk datang kesini dengan biaya sendiri


Tolong jangan gunakan perkhidmatan Tabung Haji kerana anda berfikir anda lebih layak mendapat layanan teristimewa dari apa yang disediakan Tabung Haji, kan?


Uruskan lah segala keperluan diri yang tak puas puas hati itu dengan sendiri disini dan kemudian barulah menepuk dahi masing masing tanda kesal sebab memiliki hati yang penuh hasad dan iri hati, dengki terhadap apa apa nikmat dan kemudahan yang dikurniakan Allahu Rabbi melalui perantaraan sebuah organisasi pengurusan dan pentadbiran haji terunggul didunia kita ini seperti Tabung Haji Malaysia.


Orang seperti hamsor ni tak suka melihat kemudahan alat penghawa dingin disediakan pihak Tabung Haji untuk keselesaan jamaah haji kita. Nak buat macam mana kan jika hati itu sentiasa diselubungi hasad dengki terhadap sesama Muslim?


Dia tidak pula nak persoal Tuan Guru kesayangan dia duduk hotel berbintang bintang semasa datang mengerjakan fardhu umrah dan haji yang ditaja?










Agak agak dia, Tok Guru dia jika wukuf di Arafah, akan dibiar berpeluh sakan kat bawah terik mentari Arafah ke atau diberikan kemudahan yang sama oleh pihak Tabung Haji?


Nak kufur nikmat lagi ke beb? 


Tak ada pilih kasih beb! Layanan TH tetap sama pada semua. Tak kira dari parti politik mana sekalipun! 


Bawa bawa bertaubatlah wahai pencari kesilapan orang lain. Sekali sekala tu cuba berdiri depan cermin dan muhasabah diri. Insya Allah ada manfaatnya. Nasihat ini saya tujukan khas kepada semua kaki kufur nikmat!


Kenapalah dengki sangat dengan sedikit kesenangan yang diberikan oleh Tabung Haji pada mereka yang memerlukan? Jika hati itu sudah legam dengan kesumat, saya khuatir akan kesudahan yang berkenaan nanti. Husnul khatimah mungkin tidak tercapai beb?




Jangan sampai mati terbongkang nanti dengan mata terjegil dan lidah terjulur sebab jasad itu tidak sanggup menahan siksa dendan kesumat berbangkit dari hati yang legam dengan segala hasad yang bersarang sekian lama didalam diri itu yang kufur nikmat Ilahi!


Na'uzubillahiminzalik!


Berusahalah kita untuk mensyukuri nikmat yang Allahu Ta'ala berikan kita dan jika saudara seagama kita sedang dianugerahi Allahu Ta'ala dengan sedikit kesenangan duniawi, hendaklah kita menumpang gembira bagi mereka dan mendoakan kesejahteraan untuk diri mereka dan kita jua. 


Insya Allah akan ada manfaat bagi hati yang tahu mensyukuri nikmat.


Hidup dan matinya kita nanti bila bila masa di antara 5 waktu solat. Berusahalah untuk mencapai husnul khatimah dengan berbaik sangka sesama Muslim. Insya Allah ada ganjarannya nanti.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Makkah al Mukarramah. 
Saudi Arabia.
Post a Comment