Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 22, 2011

Kekeliruan akhir zaman ~ Bila 'ahli ahli agama' beri pendapat berbeza!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Di Akhirul Zaman ini memang amat mencabar bagi mana mana umat Islam yang kurang berpengetahuan agama untuk mencari mana satu dia ulama atau mursyid untuk mereka ikuti, kerana dewasa ini 'alim ulamak' muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Tak payah nak tengok jauh sekeliling. Kita tengok je perbezaan pendapat dan pegangan dua tokoh ceramah dalam PAS. 


Mursyidul Am PAS dan Ustaz Azhar Idrus, penceramah yang mengaku 'bebas' tapi sebenarnya adalah penceramah PAS.


Tengok dan pertimbangkan. Kalau sesama mereka sendiri dah berbeza sebegitu sekali akan 'kefahaman' perkara perkara asas didalam Ad Deenul Islam, usah lah hairan bila puak yang kononnya sekular terpinga pinga sama sebab yang mengaku diri sebagai golongan beragama didalam UMNO hanya terdiri dari mereka yang kaki ampu pemimpin negara semata mata!!!


Alim ulamak cari makan. Perintah2 Wajib Allahu Ta'ala diabaikan dan dicari jalan atau alasan untuk menghalalkan cara. Bukan begini yang disarankan didalam agama kita.


Seseorang penyeru kepada Agama Allah hendaklah berani dan adil serta saksama didalam memperkatakan yang hak!


Walaupun terhadap pemimpin tertinggi negara yang cuma berlabelkan Islam ini.


Label saja 'NEGARA ISLAM' gitu gini tetapi MAKSIAT BERMAHARAJALELA!


Ketua2 Agama Islam yang tak ada atau kurang ilmu agama secara langsung! Ketua apa ke benda jika perkara asas menjaga aurat pasangan masing masing pun tak mampu nak perintah?


Tok Mamu tak reti nak berdolak dalih didalam bab agama ini. Yang haram tetap haram ; halal tetap halal.


Matlamat nak cari kedudukan duniawi tidak menghalalkan cara.


Perkemaskan balik lah jatidiri masing masing selaku ketua2 agama negeri mahupun negara.


Tutup lah pusat2 maksiat dan yang haram belaka jika betul betul ikhlas nak mendirikan Negara Islam.


Tak payah lah nak lorat menjaga hati sang kaffir durjana dan mereka yang Islam hanya pada nama sahaja.


Kuatkuasakan lah undang undang yang sedia ada dan tegakkan lah Syariat Allah didalam ertikata sebenarnya.


Tak payah nak berdrama swasta, eksyen gitu gini padahal hanya bagaikan ayam jantan kokok berderai derai, ekor bergelumang najis!


Kembalilah kepada fitrah ajaran Agama Islam yang sebenar dan bukan hanya tafsiran lemah pihak2 yang tak berani menguatkuasakan Perintah Allah!


Kat dalam kubur hanya ada 2 kategori. Islam ataupun Kaffir.


Tak ada nya VVIP, VIP apakebenda pun.


Dalam kubur, segala gelaran kebesaran duniawi tak terpakai beb!


Sendiri mau ingat aa.


Satukan lah umat Islam dalam negara dulu sebelum sembang deraih bagaikan juara negara negara Islam.


Selagi tak perbetulkan semua kesilapan ini, makanya tak ada makna masing masing bergelar ulamak gitu gini.


Mudah2an ada di antara yang terbabit sempat baca luahan hati Mamu ini dan mahu nak kembali kepada jalan Allah dan bukannya terus berkubang di jalan Nafsu!


Ikutlah resmi padi. Semakin berisi semakin tunduk; bukannya bagaikan lalang tegak merimbun ditepian jalan tetapi terhayun ke kanan dan kiri mengikut hembusan angin politik semasa!


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment