Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 31, 2011

Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Malaysia

Masjid Abidin terletak di dalam kawasan lama bandaraya Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman.


Masjid ini adalah di antara masjid tertua di dalam negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Asalnya Masjid Abidin adalah sebagai istana kayu yang dibina di zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin II.


Masjid ini kemudiannya diperbesarkan dizaman pemerintahan Sultan Terengganu seterusnya yakni Almarhum Sultan Zainal Abidin ke 3 pada tahun 1901 Masehi.


Bangunan kayu masjid / istana lama ini kemudiannya digantikan dengan batu batan di zaman pemerintahan Almarhum Sultan Umar yang menggantikan Almarhum Sultan Zainal Abidin ke 3.


Masjid Abidin masih utuh sebagai mercutanda dan taman rohani untuk umat Islam yang tinggal di Kuala Terengganu dan berkunjung kesana.


Didalam hati seronok juga hadir disana sebab ada juga masjid yang bernama sama seperti saya walaupun ejaannya berbeza. :)


Berikut adalah rakaman gambar2 foto yang sempat saya rakam semasa berkunjung ke masjid tertua di Kuala Terengganu. Semoga ianya dikekalkan sehingga akhir zaman. Amin.
Bentuk menara masjid ini istimewa kerana menyerupai pagoda tetapi mengekalkan ciri ciri unsur Timur Tengah.


Asalnya sebagai istana Almarhum Tuanku Sultan Zainal Abidin ke 2.


Kini menjadi pusat ummah di KT bertumpu untuk mengerjakan ibadah terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Jamaah tiba untuk menunaikan solat di Masjid Abidin.
Cuaca memang mendung selama saya berada di Kuala Terengganu kerana musim tengkujuh. Gambar2 ini tidak saya edit sedikit pun demi untuk menunjukkan pada tuan / puan keadaan sebenarnya semasa penggambaran.
Budak lelaki ini tetiba muncul semasa saya sedang mengambil gambar maka saya pun terus merakam gambarnya.
Senyuman manis remaja beriman Kuala Terengganu untuk anda semua.
Seorang muslimah selesai menunaikan ibadah dan sedang keluar dari masjid.
Dua orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin yang malu malu bila di ambil gambar mereka secara spontan. 


Yang berbaju gelap tu kenal dengan Mahaguru58 dan mengaku menjadi pembaca tetap blog saya ini. Alhamdulillah.


Mudah2an kedua mereka berjaya didalam pengajian masing masing. Dengarnya didalam jurusan Pengajian Syariah.


Amin.
Seni ukiran kayu lama pada pintu lama masjid ini. Apakah akan ada lagi tukang pengukir kayu dikalangan masyarakat kita di waktu waktu akan datang?
Gaya anak muda sekarang. Dari satu segi memang kita bersyukur bahawa ia rajin ke masjid tetapi di waktu yang sama gaya berpakaian tak menepati tuntutan syariat. :)
Klinik percuma bagi umat Islam disediakan pihak masjid.
Ruang tepi masjid.
Bangunan tempat mengambil wudhu'.
Ruang solat masjid.
Pemandangan dari dalam ruang solat masjid menunjukkan pelbagai corak binaan masjid.
Ruang solat masjid.
Laluan diluar dewan solat masjid.








Beginilah keadaan Masjid Abidin @ Masjid Negeri Terengganu Darul Iman.


Jangan lupa menziarahinya bila kesana nanti.
Post a Comment