Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 15, 2011

'Oley' ~ Filem pendek PAS menerangkan tentang Hudud ~ Tahniah!




Mahaguru58 ucapkan syabas kepada semua mereka yang terlibat didalam pembikinan filem pendek ini yang menampilkan cara berdakwah berhemah kepada umum berbandingkan cara drama drama You Tube bersiri 'Sembang Rakyat'!


Jika dari dulu lagi pihak Lajnah Dakwah & Penerangan PAS Pusat mengambil jalan dakwah secara ini, Insya Allah, tidaklah masyarakat kita keliru tentang apa dia Hukum Hakam Syariat Allahu Ta'ala?


Tak payah hiraukan apa orang nak kata? Ambil peduli akan apakah penilaian Allah Subhanahu Wa Ta'ala terhadap amal ibadat kita!


Setiap dari kita wajib menyampaikan maklumat tentang agama kita nan suci kepada semua dengan cara sebaik mungkin.


Yang nak caci maki dan hina menghina hanya menjerumuskan diri ke dalam api neraka nanti. Biar lah yang kat bumi memusuhi kita kerna dia jahil dan buta agama.


Jangan sampai yang di langit pula yang murka kerna angkara nafsu dan kesombongan kita? Na'uzubillah!


Bawa bawalah berusaha merapatkan saf. Insya Allah ada manfaatnya.


Kaffir memang suka kita bertelagah. Jangan kita pula yang ghairah membantu mereka dengan bermusuhan sesama ummah.


Nak cari penyelesaian pertelagahan ummah mudah saja. Buang sifat mazmumah dan hulurkan tangan bersalam salaman. Insya Allah ada kebaikannya pada semua.


Teruskan berkarya seperti ini. Mahaguru58 sokong 'Sembang Ummah' seperti ini dari menonton 'Sembang Rakyat' yang penuh dengan caci maki dan kata nesta terhadap sesama ummah!


Mangkok hayon yang berkopiah didalam siri itu harus beristighfar dan bertaubat. Adu domba akan hanya membawa dirinya ke neraka bukan syurga. Bukan hamba menentukannya tetapi niat jahat disebalik hasutan2 nya didalam siri tersebut tidak berasaskan kepada suruhan agama Islam nan mulia.


Wanita2 yang tampil tak berjilbab itu hanya mendedahkan kebodohan masing masing dok sembang deraih tentang agama Islam tetapi diri masing masing tu sedang berdosa terhadap Allahu Ta'ala kerana mengengkari perintah berhijab didalam Surah An Nur ayat ke 31!


Akai pi mana cik kak oi?


Berbalik kepada tenaga kerja oneheartcs's channel yang menerbitkan filem pendek seperti 'Oley!' ini, Mahaguru58 ucapkan Syabas dan berharap supaya lebih banyak lagi filem filem pendek bercorak dakwah ini dihasilkan dan disiarkan didalam You Tube!


Insya Allah akan Mahaguru58 turut mewarwarkannya nanti demi kebaikan untuk ummah!


Bagi saya, samada PAS atau UMNO, dua duanya sama seIslam dengan saya. Yang mana buat perkara elok, saya tetap sokong! Yang buat cerita mengarut macam siri 'Sembang Rakyat' yang entah apa apa, saya malas nak layan. Tak ada guna sikit pun!


Tanggung le natijahnya nanti.


Kepada umat Islam, sokonglah penerbit oneheartcs's channel ini. Baik punya! :

Post a Comment