Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 10, 2011

Rayyan is Kantoi! Cucu saudara Mahaguru58 sudah besar daa...



Saya ke Tesco Ampang semalam @ Jumaat 9hb Disember 2011 diatas suatu urusan peribadi. Semasa saya sedang mengemaskan dokumen kedalam beg saya dikawasan taman permainan kanak2 didalam Tesco, tiba tiba saya ditegur oleh seorang wanita.


Rupanya nenek Rayyan Iskandar, cucu saudara saya yang 'handsome' itu. Nenek Rayyan memaklumkan bahawa Rayyan ada disana. Maka bergegaslah saya pergi mencari manusia yang memang saya dah lama rindui.


Wah! Sudah besar rupanya cucu saudara Tok Mamu! Sudah pandai berkata kata lagi. Bila di tanya namanya, ia menjawab' Rayyan Is Kantoi!!!'


Hahahaha. Yang kelakarnya ia keliru bila saya menggunakan 'Atok' untuk membahasakan diri saya. Dia dok tercari cari datuknya sendiri. Atok Razak! Memang patut pun. Atok Mamu ni jarang berjumpa dengan nya.


Apa apa pun, saya bersyukur melihat Rayyan Iskandar sudah besar dan sihat. Semoga Allahu Ta'ala memelihara akan ia dari segala bala bencana dan musibah didunia ini dan memberikan Rayyan segala kebaikan dunia dan akhirat.


Amin Ya Rabbal Alamin.


Masih ingat tak video Rayyan Iskandar yang saya muatnaikkan beberapa jam sahaja selepas ia lahir? Tanggal 22hb Mei 2009. Jom kita tonton semula.





Begitu cepat masa berlalu. Bayi kecil yang menangis merengek kerana sakit perut nak lepas angin kini dah pandai menggelarkan dirinya ' Rayyan is Kantoi!'


Macam macam....:)



Post a Comment