Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, December 14, 2011

Saksikan cara Polis Nanggroe Acheh Darussalam mengajar Remaja Punk!

Sudah sering kita mendengar tentang budaya punk dan skinhead di negeri negeri Pantai Timur kita mengganas dan menimbulkan pelbagai masaalah dikhalayak ramai didalam negara kita!


Polis Nanggroe Acheh Darussalam di Sumatera Utara, Indonesia mempunyai cara tersendiri untuk mengajar golongan remaja begini.


Pertama sekali, mereka akan ditangkap dan dipenjarakan didalam sebuah sel, berhimpit himpit macam sardin dalam tin. 


Mungkin ini adalah satu cara Polis Acheh berusaha untuk menyedarkan golongan budaya songsang ini untuk menghargai nikmat kebebasan diri? Bila dah susah bersesak sesak macam tu baru lah gamaknya faham dan tahu menghargai erti sebuah kebebasan?





















Kemudian, mereka akan di giring secara berangkai menuju ke belakang Balai Polis dimana sudah sedia menanti tukang gunting rambut terdiri dari anggota cawangan khas Polis Banda Acheh untuk mencukur botak segala rambut mohawk dan punk stylo sehingga licin! 


Minta maaf le ~ satu fesyen saja > botak licin! Tak payah bayar punyier! :P
Tak payah nak menjerit, melolong minta tolong kat SUHAKAM atau SUARAM mahupun Majlis Peguam atau Ambiga Sreenevasan dan Marina Mahathir? Tiada maaf bagi mu bro! Cukur licin beb!
Nak bising, silap haribulan ada yang akan kena lesing! Berpinau biji mata nampak beribu bintang macam dalam lagu Man Bai ~ 'Kau Ilham Ku!' :P





Rasain loe! Mahu punk rock ya? 
Tak ada gunanya nak merintih merayu sebab pegawai Cawangan Khas Polis Acheh sudah lali dengan mengendalikan para penjenayah tegar dan hanya menjalankan tugas mereka untuk membawa remaja tersasar begini kembali ke pangkal jalan dan menjadi anggota masyarakat yang berguna nanti? Insya Allah!
Remaja laki laki yang sudah digondolkan kepala mereka akan kemudiannya disuruh membuang segala 'stud logam' yang di tindikkan ke lidah, kening dan segala tempat di tubuh mereka sebelum dihantar berendam didalam sungai berhampiran untuk 'membersihkan' jiwa dan spiritual mereka! Nasib le....


Saya berpendapat Polis Di Raja Malaysia elok mengikuti cara rakan setugas mereka di Nanggroe Acheh Darussalam ini mengajar remaja bermasaalah didalam negara kita dengan cara serupa?


Cumanya nak kena pilih sungai yang bersih skit! Sungai Klang ~ out! Silap haribulan di humban remaja cerah, ada kemungkinan keluar ia akan merelit?



No way! Kesian anak orang! :P


Sungai Pangsoon kat Hulu Langat, boleh lah kot? Masih tak tercemar...


Saya pernah menulis tentang Punk Rockers Terengganu disini. Memang pelik gila cara budak budak ini berbudaya sewel ala Barat?


* Syukran pada rakan blogger Warta Shubhi yang mula mula menerbitkan artikel tentang cara Polis Acheh mentarbiyyah punk rockers dan skinheads disana.


Berita tentang kisah ini dilaporkan oleh Photoblog MSNBC.MSN.COM


Amacam Bukit Aman? Are we ready to rock?
Post a Comment