Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, December 25, 2011

Ustaz Azhar Idrus ~ Bila kerajaan galak umat Islam menyanyi dari mengaji!


Ustaz Azhar Idrus, penceramah yang terkenal dengan ceramah agama beliau menyatakan yang hak bilamana ia berkata bahawa kerajaan dan pihak2 berkuasa lain sebenarnya kini cenderung kepada menggalakkan umat Islam menyanyi dari mengaji dengan membenarkan pelbagai macam pertandingan nyanyian dari belajar mengaji Al Quranul Karim!


Ini adalah diantara intipati kandungan ceramah2 beliau yang disampaikan didalam loghat Terengganu. Ceramah2 Ustaz Azhar Idrus semakin diminati ramai dan masjid2 serta surau2 dan dewan2 kuliah universiti dan kolej tempatan melimpah ruah dengan para hadirin yang berjumlah berpuluh2 ribu orang yang datang dari segenap pelusuk dan daerah mana mana tempat yang dilawati ustaz popular ini.


Didalam ceramah beliau yang disampaikan secara bersahaja, ustaz berjanggut segenggam ini akan menyatakan yang hak sambil diselit gaya beliau yang tersendiri dengan ungkapan2 loghat negeri Terengganu yang sering membuatkan para hadirin tak kering gusi mendengar penyampaian ustaz.





Apa yang Ustaz Azhar sampaikan itu memang sedang berlaku didalam masyarakat kita yang galak meniru gaya hidup Barat padahal masing masing mengaku beragama Islam?


Ada mak ayah sekarang ini berambut celup 'blond' dan berpakaian mendedahkan aurat menjadi contoh terburuk kepada anak anak mereka! Asyik lorat dan ghairah berkaraoke dari mengaji Al Quranul Karim.


Rambut sang isteri yang dicelup 'blond' serta berpakaian tak cukup kain walau dihadapan yang bukan mahram membawa kepada kehancuran sistem kehidupan kita sebagai umat Islam dan masyarakat Timur yang dahulunya terkenal dengan adat resam dan kesopanan warisan tradisional zaman berzaman.


Sang suami yang kurang ilmu agama sudah pasti tidak mampu untuk membimbing isteri dan anak anaknya dan dirinya yang jahil terus alpa dengan tuntutan Ilahi uspaya menjadi khalifah didalam keluarganya sendiri.


Ini hakikat yang sedang berlaku.


Anak anak digalakkan meniru gaya artis dan penyanyi timur atau barat menyanyi dari kecil lagi dan disorakkan sebagai pandai dan bijak oleh kaum keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa sendiri melalui pertandingan2 nyanyian Idola atau Bintang Kecil itu ini.





Walau dikampong dan pedalaman, virus hiburan ini menular dengan begitu cepat sekali dan merosakkan minda minda muda ini. Saksikan satu contoh dibawah ini:





Macamanalah tak lingkopnya bangsa Melayu dan keutuhan Ad Deenul Islam dihakis oleh golongan yang berfikiran liberal dan mengambil mudah akan perkara2 halal dan haram didalam agama kita?


Sekarang dah ada lelaki Melayu yang jahil tentang hukum hakam agama tanpa segan dan silu siap memakai pakaian tradisional Melayu sanggup pergi mengadakan hubungan songsang dengan lelaki Barat secara terbuka! 


Ariff Alfian Rosli memalukan negara 'Islam' Malaysia ini dengan berhubungan sejenis dengan lelaki Ireland! Apa tindakan Kerajaan Malaysia? Baru terhegeh hegeh nak menyiasat! Dah ketinggalan keretapi beb!


Jika kita kata lembab atau lembam ada yang terasa sampai ke ulu hati karang tetapi itulah hakikat ketidakmampuan kerajaan negara ini untuk menjaga nama baik negara ini baik didalam negara mahu pun di peringkat antarabangsa!


Pentadbiran negara kita selalunya bagaikan 'sudah terhantuk baru nak tengadah!'




Didalam internet, berlambak bukti akan keruntuhan moral dikalangan muda mudi Melayu. Cuba taip perkataan 'melayu' ke dalam enjin carian Google dan lihat apa yang keluar? Memalukan sungguh!
Kerajaan Malaysia gagal didalam mentarbiyyah umat Islam negara ini dan gagal membanteras maksiat serta dayus menangani kaum kuffar, munafik dan fasik yang memperlekehkan agama Islam serta sudah berani mencaci maki umat Islam ini yang sebahagian besar dari mereka sudah ramai yang buta agama dan hidup bagaikan umang umang berkulitkan budaya Barat yang menjahanamkan masa depan bangsa dan nusa.


Jika pihak kerajaan dan berkuasa tempatan tidak mengambil langkah2 kembali semula kepada ajaran Islam sebenar maka kehancuran ummah ini tak akan dapat dibendung dan diselamatkan lagi didalam jangka waktu terdekat.


Macamanalah tak rosak masyarakat Melayu Malaysia jika ketua2 kerajaan sendiri gagal mentarbiyyah anak isteri masing masing dan hidup mengalahkan orang kaffir dengan segala macam pesta pestaannya?


Konsert2 Di Raja bagaikan kelaziman orang2 kaffir selalu di adakan oleh beberapa Sultan2 Melayu dengan diupah para penyanyi dan penghibur yang diraikan dan diberikan gelaran2 'Datuk' gitu gini serta pelbagai macam imbuhan yang tak masuk akal!


Gelaran Datuk dizaman dahulu dianugerahkan Raja diatas khidmat bakti dan sumbangan seseorang yang melakukan sesuatu usaha yang luarbiasa, menyelamatkan negeri dan negara dari sesuatu mala petaka dan musibah! 


Zaman ini, ada Sultan2 Melayu yang semberono menganugerahkan gelaran kehormat sebegitu kepada para penyanyi dan penghibur, penyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak sebahagian ummah yang mengagung-agungkan mereka dan lalai terhadap tuntutan agama.


Adanya golongan penasihat agama di istana2 Raja dan Sultan Melayu sedemikian tidak membawa apa apa erti atau perubahan kepada cara kehidupan hedonisma dikalangan kerabat kerabat di raja.


Contoh parasit yang menumpang hidup pada golongan pembesar
Para alim ulama @ penasihat agama di istana ini yang mencari makan dengan mengampu dan mengipas golongan kerabat di raja hanya bagaikan parasit yang menumpang sisa orang2 bergelar ini dan gagal mentarbiyyah pihak golongan aristokarat dan para pemerintah yang berkuasa! 


Kita memerlukan ustaz2 seperti Ustaz Azhar Idrus untuk terus bermujahadah membimbing masyarakat dengan cara memperkatakan yang hak dan mencegah yang batil tanpa membezakan siapa yang ia tegur demi Allahu Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!


Semoga para pemerintah negara Malaysia ini mahu bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan memperbetulkan cara dan gaya kehidupan masing masing serta ahli keluarga mereka dan diwaktu yang sama menjadi contoh tauladan kepada warganegara Malaysia amnya.


Amin. Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment