Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 03, 2011

YB Dato Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi berucap di PAU 2011


YB Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia
Naib Presiden UMNO YB Dato Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan negara kita Malaysia dan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan berucap menggulung perbahasan di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC.


YB Dato Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi didalam ucapan beliau telah merakamkan setinggi tinggi penghargaan beliau dan UMNO terhadap jasa kami para blogger yang menyokong dan membela, mempertahankan UMNO dari serangan pihak pakatan pembangkang!


Terimakasih Dato Seri diatas pengiktirafan ini.


Insya Allah akan kami terus mempertahankan Dato Seri dan pimpinan UMNO yang lain dari angkara pihak2 yang tidak mengambil kira akan halal haramnya cara mereka menulis, menerbitkan artikel2 yang tidak berasas dan berunsur fitnah jahat terhadap pucuk pimpinan UMNO.


Namun, percayalah Dato Seri bahawa sebagai blogger Muslim yang berjuang demi Allah dan Rasul, blogger ini tidak akan membiarkan mana mana pihak baik didalam UMNO atau MCA, MIC dan mana mana parti komponen BN semberono saja untuk menghina Islam.


Apatah lagi mana mana parti pembangkang yang bertujuan menghalang pertumbuhan Islam dan penegakkan Syariah Allahu Ta'ala diatas muka bumi Malaysia ini khususnya dan seluruh dunia amnya?


Blogger ini akan memerangi mereka melalui laman blog ini dan menulis apa yang hak membela umat Islam kita dan bersama sama mana mana pejuang yang bermatlamat dan berprinsip sama seperti saya. Wallahi! Wabillahi! Wattalahi!


Teruskan usaha Dato Seri untuk memartabatkan Ad Deenul Islam didalam segala lapangan yang Dato Seri berkecimpung. Mahaguru58 tetap menyokong perjuanganmu ya Sayyidi!


YB Dato Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang pemimpin yang ikhlas berjuang demi kesejahteraan kita semua. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memeliharanya!


Amin Ya Rabbal Alamin.


Hayatilah isi penggulungan Menteri Pertahanan kita! Insya Allah.
Post a Comment