Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1432H!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Petang tadi saya ketemu anak kecil ini semasa di pasaraya Cold Storage, The Mall. 


Saya mengusik dirinya bertanya samada akan puasa esok hari?


Dia dengan malu malu mengaku belum pernah berpuasa lagi. 


Tok Mamu apa lagi? Memberi ia semangat le supaya mula berpuasa. 


Ia dengan malu malu di antara hendak angguk atau geleng...


Marilah kita sama sama berdoa agar anak kecil ini membesar dengan selamat dan menjadi Mukmin yang berjaya kelak!
Ya Allah! Ya Rahman! 


Engkau jayakanlah hidup anak kecil hambaMu ini Ya Allah dengan memanjangkan usianya, murahkan rezekinya dan jayakanlah kehidupannya dunia dan akhirat!


Amin Ya Rabb!


Kepada semua Muslimin dan Muslimat, saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak bagi tahun 1432 Hijrah. 


Mudah2an Ramadhan ini akan mensucikan kita dari segala dosa dosa kita dan mengembalikan kita kepada keadaan dimana Allahu Ta'ala akan redha dengan segala amalan dan ibadah kita didalam bulan yang suci dan mulia ini.


Insya Allah!


Sempena kehadiran Ramadhan nan mulia ini, Mahaguru58 ingin menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan para pembaca blog ini seandainya ada sebarang kekhilafan hamba Allahu Rabbul Alamin ini sekian lama ini didalam usaha hamba menulis dan menyampaikan maklumat ilmu pengetahuan Ad Deenul Islam dan hal ehwal semasa yang merangkumi perkara perkara melibatkan duniawi dan seterusnya.


Sesungguhnya memohon maaf dan mencari keredhaan sesama insan adalah sangat sangat dituntut didalam kehidupan kita sebagai manusia, hamba Allah dan sesama Islam serta sesama warganegara seMalaysia.


Bersama sama lah kita menghayati kesempatan beribadat terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan lebih khusyuk dan benar benar berusaha membersihkan jiwa dan raga kita dari kekalutan sepanjang tahun tahun nan lalu.


Kita semua hidup di antara 5 waktu tuan tuan dan puan puan sekelian. Jangan lah kita alpa dan lupa bahawa bulan nan suci ini tidak terjamin akan kita ketemu lagi sekiranya Allahu Ta'ala tidak perkenankan bagi kita semua?


Janganlah kalut untuk berniaga di bazar bazar Ramadhan semata mata sehingga lupa akan bahagian kita untuk merebut peluang meraih keampunan Allah Azza Wa Jalla dan lebih tertumpu kepada pengisian kantung niaga semata mata!


Berusahalah kita mencari Maghfirah Rabbul Alamin dan membersihkan diri dari segala yang tercela.


Insya Allah!


Salam Ramadhan bagi sekelian insan yang mahu beriman dan beramal.

Chew Hoong Ling ~ A Malaysian Heroine who gave a part of herself literally!



I had heard of this selfless woman who had given away a part of her liver to help a cancer stricken young teenager, 14 year old Lee An Qi, who despite getting 60% of Chew Hoong Ling's healthy liver, failed to survive due to other complications!


I was pleasantly surprised to come across this true life Malaysian heroine in the flesh when we were all together at a dialogue which YB Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil held at the Le Meridien Hotel, KL Sentral with us bloggers and social media practitioners this afternoon.


At first I didn't realize that this was the very same woman who had once caught the attention of the entire nation with her having done something that not that many people have done in the world ~ which is to be a live organ donor!


Hoong Ling with the late 14 yr old Lee An Qi
Hoong Ling had stood up to ask Dato Seri Shahrizat as to why there seems to be segregation in the Malaysian orphanages separating the orphans according to their race and religion?


Later on when the dialogue was over, we got to exchange our contact details and I was interested to learn more about this seemingly quite confident young Chinese lady who spoke in such fluent Malay when she addressed the audience earlier.


After getting to know one another and stayed on for me to do a video interview of her speaking about the subject, I came to learn that this was her, the selfless young Malaysian heroine who had done such a great humanitarian gesture!
Something that I really truly so admire her for her goodheartedness and the way she handled herself so well, so goodnaturedly exchanging pleasantries with each and every member of the dialogue and befriending the blogging fraternity who were present. I'll be sharing some photos and a video interview which I recorded of her later once it is processed.


I was really very impressed and admire Hoong Ling for her courage and kindness. She is truly someone whom all Malaysians can be proud of and deserves to be celebrated for her selflessness. Click here to learn more about this living legend of our nation.


In my heart, she is our heroine. A true Malaysian Srikandi. 


May you be blessed dear Hoong Ling!

Saturday, July 30, 2011

Jalan Bukit Bintang ~Tarikan Pelancungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur?

Secara tak langsung, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur redha dengan tarikan terbaru kepada para pelancung asing dengan membiarkan segala macam sindiket peminta sedekah dan penjualan secara terbuka barangan ciplak di salah sebuah kawasan pelancungan termasyhur di ibunegara Malaysia.


Bayangkan apa yang para pelancung asing akan fikirkan tentang negara kita ini bila memandang para pengemis duduk berderet meminta sedekah di tengah tengah ibunegara kita?


Saya rasa mereka ini sudah lama dibiarkan bermaharajalela mengemis, menjual produk tiruan dan segala macam lagi kegiatan yang terang terang menyalahi undang undang negara kita tetapi pihak berkuasa tempatan seperti DBKL ternyata tidak menjalankan tugas tugas yang di amanahkan kepada mereka! 


Kes nganga seperti ini bukan hanya di KL sahaja tetapi di seluruh negara. Bagaimanalah nak menjadi negara maju jika penguatkuasaan undang undang hanya setakat nak menggubalkan undang undang itu dan ini di Parlimen dan Dewan Dewan Undangan Negeri?


Saya serahkan kepada tuan puan untuk membuat rumusan sendiri dengan menilai apa yang di paparkan gambar gambar ini yang saya rakam semalam semasa memandu lalu Jalan Bukit Bintang di tengah tengah Kuala Lumpur?







Friday, July 29, 2011

Sharizat Jalil ~ Majlis Interaksi bersama Bloggers & Media Siber

YB Dato Seri Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan satu majlis dailog bersama Bloggers dan para pengamal media siber esok @ Sabtu 30hb Julai 2011 jam 3petang di Hotel Le Meridian, KL Sentral.


Majlis akan di adakan di dewan The Grand Salon, yang terletak di Tingkat 8, Hotel Le Meridian tersebut.


Ini adalah satu peluang untuk sesiapa yang berminat mengajukan sebarang pertanyaan yang munasabah dan berpatutan untuk bertemu YB Dato Seri Shahrizat secara terus.


Bagi tuan puan, blogger yang mahu menghadirkan diri di jemput mengesahkan penyertaan diri anda dengan cara menghubungi Encik Fadil dari SSIG, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia di talian 019-631 3535.

Inilah rupa Hotel Le Meridian.
Berikut pula adalah peta kedudukan Hotel Le Meridian.

Selamat berdailog.

Harimau Malaya hampir menjadi Miouw Malaya semalam..Apa fasal aa?


Saya percaya masih ramai di antara kita yang sangsi dengan kelembapan pemain pertahanan pasukan bolasepak negara @ Harimau Malaya yang bagaikan tidak bertaring langsung boleh membiarkan para pemain import Singapura bebas bermaharajalela didepan gawang Malaysia beberapa kali!!!


Nak tuduh mereka sudah dibeli, kita tak ada bukti tetapi terasa sakit hati melihat pemain penyerang Singapura begitu mudah melepasi mereka yang sepatutnya dapat menghalang 'striker' Singapura setua Duric dari meledakkan tendangan menghala ke pintu gol pasukan negara kita???


Saya rasa Datuk Rajagopal kena teliti semula rakaman video 'match' semalam dan membuat perubahan pada barisan pertahanan pasukan negara memandangkan mereka gagal menyekat para pemain Singapura begitu mudah meloloskan diri ke kawasan kotak penalti pintu gawang kita???


Mujur ada penjaga gol terbaik kita Khairul Fahmi @ Apek menghalang 'striker striker' Singapura kenduri gol semalam!


Ada 'something wrong somewhere' ke beb?

Malaysia 1- Singapura 1 ( Singapura menang agregat 6-4)

Malaysia seri 1-1 dengan Singapura sebentar tadi didalam perlawanan bolasepak untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.
























Gambar gambar disini sempat saya rakam di R&R Serdang bilamana saya singgah sebentar untuk berehat didalam perjalanan pulang saya dari urusan di Mantin, Negeri Sembilan dari pagi hari ini.


Para penyokong pasukan Harimau Malaysia mewakili Malaysia begitu bersemangat sanggup naik dari Melaka semata mata untuk menaikkan semangat pemain kebangsaan kita.
Sukan bolasepak amat bergantung kepada sokongan seperti ini tetapi juga tergantung kepada semangat dan kemahuan para pemain kita.


Zaman kegemilangan bolasepak Malaysia seperti era Allahyarham Isa Bakar, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Shukor Salleh, Soh Chin Aun, Santokh Singh, mendiang Arumugam @ Spiderman Malaysia, Namat Abdullah dan ramai lagi wira wira negara menjadi kenangan.


Safee Sali menjadi wira kita malam ini dengan berjaya menyumbatkan gol awal kedalam gawang Singapura!


Satu perkara yang saya perhatikan adalah kelemahan pasukan Harimau Malaya di bahagian pertahanan. Pemain impot Singapura begitu mudah berkali kali berjaya meloloskan diri menyerang gawang kita.


Pemain pertahanan Malaysia seolah tak 'marking' pemain pemain Singapura! 


Mujurlah 'goalkeeper' kita Khairul Fahmi begitu cemerlang menangkap kebanyakan sepakan ke arah gol oleh penyerang Singapura! Kalau tidak kerna kecekapan Khairul Fahmi @ Apek, memang kenduri gol le Singapura! 
Syabas Apek! Tuan adalah 'Man of the Match' bagi saya!


Safee Sali juga telah menjaringkan gol yang begitu cantik sekali, menaikkan semangat seluruh negara kita!


Saya tengok pemain Singapura amat gemar menggunakan taktik jatuh kesakitan padahal tak kena pun 'tackle' pasukan Harimau Malaya!


Tak 'gentleman' lah Kiasu Kings!


Harimau Malaya sepatutnya terus bersemangat tinggi, menyemarakkan kembali semangat dunia bolasepak negara!
Selamat maju jaya! 

Tuesday, July 26, 2011

Acheh ~ Para pelancung dari barat mematuhi tuntutan Islam menutup aurat!



Begitulah kelaziman 'dimana bumi dipijak ; disitu langit dijunjung!'.


Bukan seperti di Mamluk al Malaisie ini dimana tidak ada sekatan bagi mana mana warga menelanjangi diri dengan memakai celana paling singkat sehingga sebahagian bontot bisa saja di pamerkan walau dikhalayak ramai.


Takkan ada polisi yang mahu mencegahnya. Apatah lagi untuk menegur?


Nanggroe Acheh Darussalam.


Dikau hadir menyemarakkan nur Islam yang mengajak kepada kesantunan dan kesopanan makhluk yang bernamanya manusia. 


Walau dipandang hina dek manusia keparat berjiwa kaffir munafik laknatullah, dikau terus memberikan harapan kepada sebuah Daulah Islamiyyah, lahir semula setelah hancur dilanda tsunami, membawa kepada pengembalian segala nilai nilai Islami bagi serantau Asia ini. 

Dirgahayu Nanggroe Acheh Darussalam.

Monday, July 25, 2011

CHRISTIAN TERRORIST massacres 92 innocent civilians in Norway!!!!

That is how the headlines should scream all over the world's major newspapers!!! But do we get to read anything like that? No way jose!


All we get is a lame ass ' Deadly attacks in Norway' without even the exclamation marks!!!


Just imagine the worldwide media condemnation IF the attacker had been a Muslim or an Arab???


Hello!!! All hell would have broken loose and the western media would have had a field day! Hell yeah!

Anders Behring Breivik
the Christian Terrorist

They would have swarmed all over the place and turned the massacre into something of an 9-11 magnitude, interviewing grieving family members, blowing things all out of proportion and practically turned the massacre in Norway as another worldwide Islam bashing explosive news tsunami that would once again unleash the Islamophobic frenzy that would have seen retaliatory attacks on anyone looking Muslim and we will read of some Sikhs getting bashed because they donned turbans, etc!!!

Am I speaking what many are just remotely thinking deep down in the furthermost recesses of their apathetic brains?



In the city centre, chaos was the aftermath of a massive bomb explosion by the same Christian Terrorist!
Still wanna blame the Muslims?
Well, as the motto of this blog goes, 'The truth must be told no matter what so that justice can live!!!'. Call a spade just that and do not beat around the bush!
Christian Terrorist Anders Behring Breivik
The media can be so biased and screwed up when it comes to publishing news and reports where the perpetrators of vicious crimes such as this Norwegian massacre is concerned?


See how the western press never fails to associate 'Al-Qaeda' in such a vicious massacre committed by a Christian terrorist???


What the hell has 'Al-Qaeda' got to do with this brutal massacre admitted by the Christian fanatic mass murderer???


For crying out loud!!! Those damn idiots running THE SUN ought to be sued to Kingdom Come by the Al-Qaeda if they have the guts to come forward but I seriously doubt that such an organization ever will for God Knows if they really exist at all or are just another CIA or Mi6 British concoction?


The Muslim media network are as usual damn slow and so lethargic to respond to this foul attack on the Muslims image because most of the editors of Muslim owned publications are seriously lacking in the mastery of the English language and mired down in their self-induced mental swamps.


No wonder that the Western media get away with character assassinations and insinuations plastering every damn thing unto the Muslims namesake and sorry excuses for murderous organizations hell bent on blowing themselves up in the name of this or that nonsensical call.


I doubt that the bozos running the media channels or stations which are supposed to present the Muslims side of news and views would have the bright sparks able to put up a damn good response to counter Islam bashing media such as the UK's 'The Sun' which has smeared the already soiled reputation of whoever the 'Al-Qaeda' might be?


In the meantime just enjoy the media circus as they go all out to once again lay the blame on the Mozlems......

Sunday, July 24, 2011

Bila penzina dibiar berleluasa, Malaysia bakal ditimpa bencana!!!!


Assalamualaikum semua. 


Wahai ikhwanul muslimin na wal muslimat sekelian,
Hayatilah intipati ceramah agama oleh Yang berbahagia Ustaz Mohd Kazim Elias yang membentangkan masaalah moral yang sedang menghancurkan negara kita sedikit demi sedikit.


Ustaz Kazim menempelak sekelian pihak yang mengambil mudah akan natijah zina yang sedang berleluasa didalam negara kita hari ini.


Walau sudah terang lagi bersuluh akan kelakuan mereka yang sudah didedahkan sebagai penzina tegar, masih tak malu lagi terus berkedudukan sebagai pemimpin parti politik dan exco kerajaan negeri.


Inilah yang dikhabarkan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di Akhirul Zaman akan ada keadaan dimana yang dilantik menjadi pemimpin masyarakat dan negara akan terdiri dari mereka yang terburuk dari kalangan kita.


Ada pula ulamak cap ayam yang boleh menghalalkan perbuatan maksiat sebagai masaalah peribadi pemimpin terkutuk berkenaan.


Ustaz Kazim tidak berseloka tentang musibah ini. Sekiranya masyarakat kita masih dok nganga dan terus menyokong membuta tuli akan malaon malaon ini, maka bersedialah semua menanti bala bencana turun menimpa bumi kita.


Tambah pula dengan pemimpin kerajaan yang bacul untuk menguatkuasakan undang undang ciptaan manusia apatah lagi undang undang dan Syariat Allahu Ta'ala!

Thursday, July 21, 2011

Wacana Sinar Harian ~ SPR menghalalkan pertubuhan yang haram???

Mengapakah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia boleh begitu khilaf sekali sampai sanggup memberi ruang dan peluang kepada Ambiga Sreenevasan, pemimpin pertubuhan BERSIH 2.0 yang sudah di-isytiharkan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan BN Malaysia?


Sudah acapkali SPR beri peluang kepada BERSIH 2.0 untuk membincangkan segala ketidakpuasan golongan pembangkang yang berselindung di sebalik tuntutan reformasi sistem pilihanraya.


Apa hasilnya?


Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar tak serik serik lagi bergelut dengan puak yang 'sum mum buk mum om yom fahum la yar ji 'uun' ini?


Golongan harami petualang dan pengkhianat terhadap keutuhan sistem kerajaan demokrasi berparlimen ini sebenarnya mahu mencetuskan revolusi menumbangkan Kerajaan Persekutuan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional yang sah di-undi dan di lantik oleh majoriti rakyat negara ini.


Mereka berpura pura mahu membersihkan sistem pilihanraya yang sudah sememangnya terbukti bersih lagi menciutkan kerana ternyata parti parti pembangkang berjaya buat pertama kalinya merampas 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia! Kelantan (sudah didalam genggaman PAS sejak 1990), Kedah, Pulau Pinang, Perak (jatuh kembali ke tangan BN bila 3 ADUN Pakatan Pembangkang mengisytiharkan diri mereka BEBAS dan menyokong BN) serta Selangor!


Tak bersih lagi ke sistem pilihanraya negara kita sehingga mereka boleh menang di 5 negeri tersebut dan hilang satu negeri angkara ADUN mereka sendiri yang berpaling tadah?


SPR memang silap besar memberi muka kepada Ambiga Sreenevasan kerana walaupun BERSIH 2.0 tetap meneruskan perhimpunan haram mereka pada 9hb Julai 2011 yang lalu, tetap degil dan meneruskan dakyah dakyah mereka dengan menuduh Kerajaan Malaysia zalim terhadap para peserta perhimpunan haram walaupun pihak berkuasa PDRM terutama FRU telah mengendalikan pesalah pesalah ini dengan tidak membelasah mereka seratus peratus sepertimana di peruntukkan undang undang didalam Akta Polis demi menjaga keselamatan negara kita?


Jika Polis Di Raja Malaysia mengikut ' Standard Operating Procedure' yang diperuntukkan kepada mereka, dah mampus sudah setiap pengkhianat terhadap negara kita ini!


Namun, semua mereka kini masih bebas menyebarkan dakyah mereka meracuni fikiran dan minda masyarakat warganegara Malaysia kita!


SPR boleh pula mahu duduk semeja lagi dengan penderhaka terhadap titah Seri Paduka Baginda kita lagi?


Akai pi mana Datuk? 


Inilah masaalah Kerajaan BN Malaysia. Terlalu memberi muka sehingga diri sendiri kini menjadi mangsa caci cerca dan adu domba puak puak pengkhianat dan penderhaka terhadap negara kita Malaysia!


Puncanya dari Istana Negara, turun ke JPM dan seterusnya segala kementerian, jabatan jabatan kerajaan serta sekelian agensi agensi lain yang ada.


Semuanya sudah kronik dengan jangkitan Sindrom Si Luncai!


Asyik biarkan..biarkan..sampai cacing kerawit sudah mahu naik ke mata! Ular lidi menjadi naga dan kaduk sudah mahu naik junjung!!!


Layan lah Datuk Wan! Biar menang sorak ; kampong tergadai!

Wednesday, July 20, 2011

Rais Yatim menang kes saman terhadap blogger ~ Tahniah Dato Seri!

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Dato Seri Dr Rais Yatim diatas kemenangan kes saman beliau terhadap blogger Azimudin Ahmat berkaitan artikel memfitnah Dato Seri Dr Rais Yatim merogol amahnya!


Dari awal lagi saya memang tak percaya bahawa Rais Yatim ni jenis macam tu? Apakehalnya dia nak kemaruk seks sampai perlu merogol amah Indonesianya?


Kalau lah Dato Seri Rais Yatim nak menuruti hawa nafsunya merasa yang lain dari isterinya Datin Seri Masnah, bukan ia tak mampu untuk berkahwin dua tiga anak dara sekalipun???


Ia seorang menteri kerajaan persekutuan sekian lama ini. Dari zaman Mahathir lagi, ia sudah berkedudukan tinggi sebagai seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Tanah dan Pembangunan, Menteri Penerangan, Menteri Luar, dan selepas keluar dari UMNO dan Kerajaan pergi menjadi ahli Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah, lepas tu masuk UMNO semula dan kini jadi Menteri Penerangan, Komunikasi Multimedia, Kebudayaan dan Warisan Malaysia.


Apa kelas dia nak kemaruk gi merogol pembantu rumah dia pula? Ikuti penafian salah seorang amah Indonesia yang bekerja di kediaman Dato Seri Rais Yatim, rakan setugas Robengah yang difitnah telah dirogol Rais Yatim oleh puak puak yang mempunyai PhD terhadapnya:



PhD ni bukan pencapaian akademik tertinggi sesetengah manusia tetapi Penyakit Hasad Dengki yang memang termasyhur dikalangan warga serantau terutama mereka yang sesama bangsa dengan Rais Yatim.


Blogger tak boleh semberono saja menulis, menyiarkan artikel memfitnah menghina ia sebegitu!


Semasa heboh blogger blogger kat dalam negara kita sibuk mengulas dan memanjangkan cerita Rais rogol amah Indonesianya, saya tak mahu ambil 'pot' sebab saya tahu jauh didalam hati saya bahawa kawan ni tak lagu tu!


Saya memang tak sedikit pun rasa nak percaya berita berita itu sebab terlalu banyak andaian.


Berita dari sumber Migrant Care tu sendiri banyak kelopongan kesahihan cerita yang diandai andaikan dari mulut mulut orang.


Sepertimana saya pernah berkata dahulu, blogger perlu berhati hati dan berwaspada dari terikut ikut emosi dan nafsu amarah kita berdasarkan kecenderungan masing masing terhadap menyokong mana mana individu atau parti politik.


Bukan boleh kita membelasah saja mengandaikan sesuatu menurut keadaan semasa. Saya sendiri pernah tersilap didalam berblog mengenai sesuatu isu. Namun bilamana saya sedar kesilapan saya, maka saya akan meminta maaf pada individu terbabit dan jika perlu akan menarik balik artikel terbitan saya yang tersilap itu.


Terlajak perahu boleh undur tuan tuan dan puan puan rakan rakan blogger sekelian.


Terlajak 'Enter' tak boleh 'Backspace'!


Makanya biarlah kes ini menjadi satu peringatan pada semua. Berwaspada lah kita dari menuruti tuntutan ego kita ikut suka sahaja.


Mudah2an bloggers seMalaysia akan lebih berhati hati dan mengambil tanggungjawab keatas setiap artikel penerbitan blog masing masing.
Klik disini untuk membaca laporan The Sundaily.my

Sumber foto
Tahniah Dato Seri! 


Walau luka fitnah Dato Seri dah sembuh, saya percaya parut batinnya tetap ada.


Berserahlah tuan pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Hanya Ia sahaja Maha Mengetahui akan diri kita sebenar benarnya.


Jika nak layan kerenah manusia, tak jadi hidup kita semua ni.


La haula wala quwwata illa billah hal aliyyul adzhim!

Sunday, July 17, 2011

TPM Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Pasar Chow Kit ~ Syabas Tan Sri!

Saya rasa belum ada lagi mana mana pembesar negara sanggup turun sendiri meninjau keadaan sebenar di Pasar Basah Chow Kit di kawasan lama kota raya Kuala Lumpur ini?


Hanya mereka yang cekal hati sahaja mampu mengharungi keadaan becak dan bau busuk hanyir dipersekitaran pasar Chow Kit yang berusia lebih dari 40 tahun itu! Kesanggupan Muhyiddin Hj Yassin selaku orang kedua paling berkuasa didalam Kerajaan Malaysia menjenguk sendiri keadaan di pasar lama ini harus lah kita hargai. 


Berikut adalah satu video rakaman saya di Chow Kit beberapa tahun dahulu:

Bukan sembarangan orang bergelar sanggup jejak kaki ke sana beb!


Selalunya orang orang besar tak akan jejak kaki ke pasar seperti Chow Kit! Mereka akan harap orang gaji mereka sahaja membeli belah di pasar pasar dan hanya tahu makan minum masakan yang telah siap di masak dan disediakan.


Saya berpendapat Tan Sri Muhyiddin ada ciri ciri seorang pemimpin negara yang tak sombong dan tidak memandang hina akan suasana kehidupan warga kota yang berpendapatan rendah. Mudah2an cara TPM ini akan dicontohi semua pegawai pegawai kerajaan yang lain.


Ikutilah cara Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab! Mesra dengan semua dan senantiasa berdampingan dengan warga kota Madinah al Munawwarah semasa zaman pentadbiran beliau.


Selamat bertugas Tan Sri! Syabas sekali lagi di atas keprihatinan tuan!


Sila klik disini dan ke sini untuk membaca berita berkaitan.

Saga Hill @ Bukit Apek, Cheras, KL ~ Ingin jelajah kesana satu hari nanti


Bilamana saya menonton video memaparkan keindahan alam semulajadi Saga Hill @ Bukit Apek, Cheras, KL terbitan waynehor1974, saya merasa sungguh teringin sekali untuk pergi menjelajah hutan simpan ini satu hari nanti.


Cara beliau menyunting dan mengadunkan muzik latarbelakang serta sudut sudut penggambaran yang dibuatnya amat bagus! Ia membuatkan saya mahu  menjelajah Bukit Saga @ Bukit Apek didalam waktu terdekat nanti. Jika ada rakan rakan blogger yang mahu turut sama lagi bagus?


Suasana keheningan dan bunyi bunyi margastua yang hidup didalam hutan semulajadi ini semestinya dapat membantu kita menghilangkan tekanan hidup di kotaraya Kuala Lumpur yang serba mencabar.


Memang bagus jika dapat pergi mengambil gambarfoto flora dan fauna di hutan simpan yang masih terpelihara ini? 


Semoga terus dipelihara keadaan semulajadi hutan belantara kita agar dapat terus dinikmati setiap warga sepanjang masa.


Insya Allah!

Saturday, July 16, 2011

Matlamat hidup ~ Apakah hanya untuk berkuasa dan berpengaruh semata?

Kekadang saya terasa pelik dengan kedegilan sesetengah pihak didalam negara ini yang mahu terus membolak balikkan kehidupan warga setanahair ini hanya kerana mereka kemaruk untuk berkuasa sementara didalam dunia yang fana ini?


Apakah kehidupan duniawi ini sahaja yang menjadi matlamat kebanyakan manusia?


Bagi seorang Muslim, wajib bagi kita mempercayai bahawa kehidupan didunia ini hanya peringkat ketiga didalam kewujudan kita.


Peringkat pertama kewujudan kita adalah bilamana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mencipta ruh ruh kita dari Nur Muhammad.


Inipun bagi Muslim yang meyakini segala ilmu yang ghaib tentang kejadian kita. Bukannya di ajar secara sistematik didalam sekolah sekolah dan maktab maktab akademik. Ada perkara yang kita perlu meyakini secara individu tertakluk kepada asas kefahaman agama masing masing.


Bukannya sesuatu yang boleh kita tunjuki secara lahiriyyah? Bagaimana mungkin untuk kita menunjukkan pada sesiapa akan ujudnya zat yang diberi istilah sebagai ruh? 
Namun ruh itulah yang membuatkan sesuatu jasad itu bernyawa. Tanpa kehadiran ruh, maka jasad itu akan mula mereput dan berulat, kembali semula kepada fitrahnya yang berasal dari unsur unsur tanah.


Tertakluk kepada jatidiri kita samada wujud sebagai manusia, haiwan, serangga, tumbuhan atau kuman, segala bentuk kehidupan yang nyata berasal dari tanah dan air. Siapa yang boleh mendakwa sudah melihat ruh?


Tetapi walau banyak mana ilmu pengetahuan tentang hal hal sebegini diterbitkan didalam dunia media tetapi tidak mendapat perhatian sesetengah manusia yang hanya pentingkan kuasa dan pengaruh semata mata.


Kenapa agaknya mereka boleh terlepas pandang akan realiti hidup ini yang sebenarnya hanya bagaikan titisan embun disinar sang mentari?


Dunia ini hanya peringkat ketiga didalam kewujudan kita sepertimana saya katakan sebelum ini.


Peringkat kedua kewujudan kita adalah bilamana ruh kita dimasukkan ke diri kita semasa ujud sebagai janin didalam kandungan rahim ibu masing masing.


Nah, kini kita wujud sebagai manusia. Kita lahir ke dunia ini telanjang bogel tanpa apa apa. Membesar mengikut keadaan masing masing dan belajar segala apa yang kita berkesempatan mengetahui dan mentelaah mengikut kehendak dan keperluan inidividu.


Ada dikalangan kita, mereka yang hidup hanya bermatlamatkan kuasa, kedudukan dan pengaruh. Jarang ada yang mahu memikirkan akan kesementaraan realiti kehidupan masing masing?


Hidup diantara 5 waktu solat. Kita berkesempatan solat Subuh, belum tentu kita kan dapat menunaikan solat Zohor! Seterusnya kita belum tentu dapat menunaikan solat Asar? Asar ke Maghrib dan Maghrib ke Isya? Isya meniti ke Subuh seterusnya...


Itu hakikat hidup kita ini. Ada barangsiapa mahu menafikannya? Beranikah kita menjamin kita akan terus hidup ke waktu solat seterusnya lepas waktu ini? Qullu nafsin iza iqatul maut! Setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Selepas kita mati, kemanakah tujuan ruh kita? Saya percaya kesekelian kita yang mengaku beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakin bahawa ruh kita akan berada di peringkat ke-empat kewujudan kita iaitu Alam Barzakh.


Mengapa puak puak yang sedang dijangkiti virus gila kuasa tak mahu memikirkan tentang semua ini? Saya tak tahu samada mereka pernah berfikir sejenak akan realiti kewujudan kita semua ini? 


Jika ada pun, tak mungkin ianya telah memberikan mereka apa apa kesedaran tentang apa yang patut dan perlu mereka mengambilkira didalam meneruskan hidup ini secara adil dan saksama?


Peringkat kelima ~ Alam Akhirat. Pengembaraan ruh kita yang terakhir menuju ke titik penentuan takdir kita menurut penghakiman Yang Maha Kuasa nanti di Yaum Al Mahsyar. Syurga atau Neraka? Atau tersangkut ditengah tengah? Wallahu'alam bissawab!

Friday, July 15, 2011

Touch & No Go! Error!



For all the hype that this Touch n Go service purports through its latest media blitz promoting its prepaid access card system, it falls flat when customers get an 'Error' message displayed when we try and use it at LRT stations!


I have had many disappointments with  the Touch n Go card when I tried to use it at the LRT train stations! It seems that I am not the only one facing this problem. 


Another irate blogger really lets fly with expletives in his blog post here. Read at your own risk!


I only get to use the card at the toll gates along the highways.


Instead of wasting money on such promotional ad campaigns, Touch n Go Sdn Bhd would do better by setting up designated Service Counters at the toll gates for customers to either have their cards replaced if their Touch n Go cards have such 'Error' messages popping up when used at other transport or access systems.


Another thing that Touch n Go can do is to have top up counters at each highway that has Touch n Go toll gates.


Can we expect to see such services soon instead of all the latest media blitz, please?