Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

ReadNWrite Ad

Saturday, December 31, 2011

Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Malaysia

Masjid Abidin terletak di dalam kawasan lama bandaraya Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman.


Masjid ini adalah di antara masjid tertua di dalam negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Asalnya Masjid Abidin adalah sebagai istana kayu yang dibina di zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin II.


Masjid ini kemudiannya diperbesarkan dizaman pemerintahan Sultan Terengganu seterusnya yakni Almarhum Sultan Zainal Abidin ke 3 pada tahun 1901 Masehi.


Bangunan kayu masjid / istana lama ini kemudiannya digantikan dengan batu batan di zaman pemerintahan Almarhum Sultan Umar yang menggantikan Almarhum Sultan Zainal Abidin ke 3.


Masjid Abidin masih utuh sebagai mercutanda dan taman rohani untuk umat Islam yang tinggal di Kuala Terengganu dan berkunjung kesana.


Didalam hati seronok juga hadir disana sebab ada juga masjid yang bernama sama seperti saya walaupun ejaannya berbeza. :)


Berikut adalah rakaman gambar2 foto yang sempat saya rakam semasa berkunjung ke masjid tertua di Kuala Terengganu. Semoga ianya dikekalkan sehingga akhir zaman. Amin.
Bentuk menara masjid ini istimewa kerana menyerupai pagoda tetapi mengekalkan ciri ciri unsur Timur Tengah.


Asalnya sebagai istana Almarhum Tuanku Sultan Zainal Abidin ke 2.


Kini menjadi pusat ummah di KT bertumpu untuk mengerjakan ibadah terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Jamaah tiba untuk menunaikan solat di Masjid Abidin.
Cuaca memang mendung selama saya berada di Kuala Terengganu kerana musim tengkujuh. Gambar2 ini tidak saya edit sedikit pun demi untuk menunjukkan pada tuan / puan keadaan sebenarnya semasa penggambaran.
Budak lelaki ini tetiba muncul semasa saya sedang mengambil gambar maka saya pun terus merakam gambarnya.
Senyuman manis remaja beriman Kuala Terengganu untuk anda semua.
Seorang muslimah selesai menunaikan ibadah dan sedang keluar dari masjid.
Dua orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin yang malu malu bila di ambil gambar mereka secara spontan. 


Yang berbaju gelap tu kenal dengan Mahaguru58 dan mengaku menjadi pembaca tetap blog saya ini. Alhamdulillah.


Mudah2an kedua mereka berjaya didalam pengajian masing masing. Dengarnya didalam jurusan Pengajian Syariah.


Amin.
Seni ukiran kayu lama pada pintu lama masjid ini. Apakah akan ada lagi tukang pengukir kayu dikalangan masyarakat kita di waktu waktu akan datang?
Gaya anak muda sekarang. Dari satu segi memang kita bersyukur bahawa ia rajin ke masjid tetapi di waktu yang sama gaya berpakaian tak menepati tuntutan syariat. :)
Klinik percuma bagi umat Islam disediakan pihak masjid.
Ruang tepi masjid.
Bangunan tempat mengambil wudhu'.
Ruang solat masjid.
Pemandangan dari dalam ruang solat masjid menunjukkan pelbagai corak binaan masjid.
Ruang solat masjid.
Laluan diluar dewan solat masjid.








Beginilah keadaan Masjid Abidin @ Masjid Negeri Terengganu Darul Iman.


Jangan lupa menziarahinya bila kesana nanti.

Friday, December 30, 2011

Mahaguru58 visits Kuala Terengganu ~ Durians galore at Pasar Payang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
I was in Kuala Terengganu with my missus. We reached there safely around 5.00pm on Tuesday, 27th December 2011.

It rained every now and then during our drive from Kuala Lumpur. The traffic was smooth and there were no hiccups along the way.


I was lucky to have driven at a steady pace not exceeding the 110km/hr speed limit for I spotted a lone traffic policemen with his radar gun aimed at oncoming cars at one part of the East Coast Expressway. He was not visible from afar and I am sure that he has caught many speeding motorists today.


We had grilled Grouper at one of the restaurants here. There was no accompanying sauce for dipping together with the grilled fish. I guess each state has their own peculiarities or maybe it so happened that this particular restaurant served their grilled fish that way? Whatever it is, its gonna be a first and last visit to that enterprise, for sure?


Ana Ikan Bakar Petai over at Tanjong Lumpur, Kuantan served the best grilled fish (pic above) and their dipping sauce is simply quite delicious. 


So to me, if we are to look for the best grilled fish and seafood outlet the next time we are in Kuantan, we should just head over to the seaside restaurant very early in order to beat the crowd. :)
Pasar Payang Market during daytime
Well, after our dinner, we drove on to the area of Pasar Payang and discovered so many durian sellers plying their fruits alongside the road.


There were two prominent types or species of durians being promoted. One was the D24 variety and a 'Musang King' species being sold.
As a diabetic, I can no longer indulge in eating durians. My blood sugar level would go bonkers! :P So, it was just a case of going around looking at the heaps of delicious looking durians and taking photos of the scene there.
Those of you who have normal blood sugar levels should go try those durians for they were being sold at quite an affordable price.
The durian sellers were quite friendly and didn't mind chatting with me who was just looking around. Good for them. Keep up being friendly! 
I found the Terengganu folks to be generally quite friendly and courteous to visitors like myself. 
No wonder that Kuala Terengganu gets lots of visitors and tourists visiting the state even though its quite a distance from KL and even during this monsoon season. 
This shy young man was selling all kinds of local delicacies and local traditional food products. Among the items I found being sold to my dismay was preserved turtle eggs. They were being sold at 5 eggs for RM20 @ USD$5.70 a pack.
Do we really need to see such atrocity still take place here in Terengganu? Its not like Terengganu folks can't find other kinds of eggs to satisfy their need for protein? 
The authorities must enforce the law regardless whether the turtle eggs being sold are from Sabah, Sarawak or from the Philippines as claimed in this report here.
Turtles are an endangered species and must be protected from going extinct. It makes no difference as to where these turtle eggs are sourced from?
Image source : dinturtle.blogspot.com
According to an old news report shown below, such sales of turtle eggs were said to be banned but looks like it was just another case of NATO! No Action..Talk Only!
Malaysia is notorious for having all kinds of laws gazetted by Parliament but enforcement of such laws usually becomes a rare occurrence. Woe betide any enforcement officers who dare to uphold them. They will be hounded and harassed by those who break such laws and usually end up getting heat just for doing what they are supposed to do in the first place?


Malaysia Tak Boleh maa!
After buying some local products there at the stalls before Pasar Payang, we headed back to our hotel to rest. 
Good night Kuala Terengganu. Selamat Malam. 


I leave you with this famous Terengganu Kite music video from a popular Terengganu band ~ Iklim :





Na na na na na ..Ganu kite.... :)

Monday, December 26, 2011

Bahaya Syirik terhadap Allah ~ Kekeliruan antara tuntutan sosial dan larangan agama

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang
Saudara saudari Muslimin na wal Muslimat, Mukminin na wal Mukminat yang dihormati sekelian.


Setiap kali tiba musim perayaan hari hari kebesaran orang orang kaffir didalam negara kita yang majmuk ini, maka akan ada majlis majlis sambutan meraikan mereka yang menyambutnya.


Sebagai umat Islam yang mengakui bahawa 'Tiada tuhan selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan beriman hanya kepada Nya serta menerima Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam sebagai Rasulullah' maka amat penting bagi kita untuk sentiasa berwaspada akan bahaya melakukan dosa terbesar iaitu Syirik terhadap Allah Azza Wa Jalla!


Syirik terhadap Allah adalah perbuatan menyamakan atau menyekutukan Allahu Rabbul Alamin, Tuhan Maha Suci, Maha Perkasa, Sang Pencipta sekelian alam dan segala jenis makhluk di alam dunia dan alam maya ini dengan mana mana pun makhluk atau objek serta berhala penyembahan orang orang kaffir samada secara langsung ataupun tidak!


Didalam keghairahan sesetengah umat Islam Malaysia berusaha menjayakan konsep 1Malaysia ilham PM Najib melalui program2 sosial dan kemasyarakatan berlaku penindihan dari segi amalan2 berunsur keagamaan yang sudah semakin berani mencampuradukkan diantara yang halal dengan yang haram.
Saksikan lah bukti Melayu2 Malaysia yang ghairah bergambar dengan simbol keagamaan Kristian!
Kealpaan para pegawai kerajaan terutama mereka yang bertugas didalam Jabatan Kemajuan Islam dan segala jabatan2 agama yang lain untuk menggariskan sempadan amalan yang jelas di antara yang hak dengan yang batil membiarkan sebahagian umat Islam seMalaysia terlibat didalam kerja2 yang secara langsung membabitkan perbuatan2 yang membawa kepada dosa syirik terhadap Allahu Rabbi!


Didalam Surah Al-Imran Ayat ke 85, Allahu Ta'ala berfirman :


3:85
Transliteration
Waman yabtaghi ghayra al-islamideenan falan yuqbala minhu wahuwa fee al-akhirati minaalkhasireen
Malay
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Bilamana Ketua Kerajaan pergi ke mana mana majlis keraian upacara dan hari kebesaran orang orang kuffar dan mengambil bahagian melakukan sesuatu pekerjaan yang bersangkut paut dengan penyembahan selain dari Allahu Ta'ala, maka ia telah berdosa melakukan Syirik terhadap Rabbul Alamin.


Walaupun kemudiannya ia akan berkata bahawa ia tidak berniat Syirik terhadap Ar Rahman, namun perbuatannya mengambil bahagian didalam upacara meraikan sesuatu sembahan selain dari Allah Azza Wa Jalla jelas meletakkan ia dan sekelian mereka yang bersama sama dengan ia turut didalam upacara itu ke dalam golongan mereka yang Syirik mempersekutukan Allah dengan yang batil dan kufur terhadapNya.


Demikian juga diharamkan bagi umat Islam untuk menyerupai orang orang kaffir dengan turut bersama meraikan Krismas, Deepavali dan lain lain hari kebesaran mereka yang menyembah selain dari Allahu Ta'ala.


Perbuatan memakai pakaian2 yang berkaitan dengan hari kebesaran kaum kaffir seperti memakai topi Santa Claus, karektor khayalan rekaan orang orang Kristian bagi meraikan Hari Krismas dan turut bersama watak tersebut mengedarkan bungkusan2 hadiah, bahan makanan dan minuman serta apa apa sahaja yang berkaitan dengan perayaan kaffir tersebut adalah berdosa dan menyabitkan sipelaku dengan dosa Syirik terhadap Allah! 


Ini berdasarkan Hadis Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam :


قال رسول الله e : (مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ)
Maksudnya: "Barangsiapa diantara kamu menyerupai sesuatu kaum, maka kamu termasuk dengan mereka!" 
Hadith #4031 Riwayat Abu Daud (Radhiallahu Anhu) dari ibnu Umar (RA).
~@~
Sebagai umat Islam, kita seharusnya lebih berwaspada dan tahu akan perbatasan ajaran agama kita bukannya semberono membuta tuli terikut ikut kelaziman orang orang sekarang untuk mengambil mudah didalam segala hal dan jahil tentang hukum hakam Islam!
Bukannya susah sangat nak faham tentang perkara ini? Cumanya sebab lorat sangat hendak memenangi hati dan undi kaum kaum kuffar tersebut, maka sang pemerintah yang mengaku diri sebagai Muslim, sanggup mencemari diri dengan turut meraikan hari hari perayaan kuffar dan melakukan dosa syirik terhadap Ilahi tanpa sedar ataupun berbuat begitu dengan sengaja demi menuruti kehendak dan aspirasi politiknya?
Didalam Surah Al Ma'idah ayat ke 2, Allahu Ta'ala berfirman:
5:2
Transliteration
Ya ayyuha allatheena amanoola tuhilloo shaAAa-ira Allahi walaashshahra alharama wala alhadya walaalqala-ida wala ammeena albayta alharamayabtaghoona fadlan min rabbihim waridwananwa-itha halaltum fastadoo walayajrimannakum shanaanu qawmin an saddookum AAanialmasjidi alharami an taAAtadoo wataAAawanooAAala albirri wattaqwa wala taAAawanooAAala al-ithmi walAAudwani wattaqooAllaha inna Allaha shadeedu alAAiqab
Malay
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Bilamana ada dikalangan umat Islam zaman ini terikut ikut meraikan mana mana hari kebesaran kuffar, maka ianya menjerumuskan mereka ke arah dosa melakukan Syirik terhadap Allah dan ia adalah satu satunya dosa yang tidak akan di ampunkan Rabbul Alamin!


Ramai yang tidak tahu bahawa mengucapkan selamat kepada orang orang kaffir semasa hari kebesaran agama mereka adalah haram dan boleh membawa seseorang itu termasuk kedalam kategori mereka yang syirik terhadap Allahu Ta'ala!
Mana mungkin bagi mana mana Mukmin yang arif tentang larangan Allahu Ta'ala untuk sanggup menggalakkan orang orang kuffar terus menderhakai Ar Rahman dan meneruskan penyembahan mereka terhadap sesuatu yang lain?
Hanya mereka yang jahil sahaja akan bersama sama kuffar meraikan sesuatu hari atau upacara yang meraikan penentangan terhadap Perintah Allah untuk mengEsakan hanya Ia semata mata!
Sepatutnya umat Islam yang berkebolehan dan arif tentang kebenaran Islam menggunakan kesempatan berinteraksi dan bergaul dengan orang orang yang belum beriman ini dengan menunjukkan kepada rakan dan taulan mereka dikalangan kaffir akan jalan ke syurga Allah dan tidak terus membiarkan kawan2 kaffir mereka terus didalam kesesatan.
Buktikanlah kepada mereka bahawa hanya Islam agama sebenar yang diwahyukan Allah kepada seluruh manusia dan tidak terikut ikut dengan kefahaman karut kuffar.
Apa apa sahaja kefahaman atau agama ciptaan manusia adalah palsu dan tidak berasas. Hanya Allah Maha Pencipta dan Ianya Hidup Kekal selama lamanya.
Semua yang lain ada saat penamat dan tarikh luputnya termasuk diri kita ini.
Saksikan video berikut dibawah menunjukkan salahfaham seorang remaja Muslim di UK yang menganggap tidak mengapa mengucapkan 'Merry Christmas' kepada orang Kristian kerana pada pendapatnya Hari Krismas adalah cuma suatu hari untuk tujuan komersial? :P 
Dr Zakir Abdul Karim Naik agak kasar didalam menempelaknya! Mungkin sebab remaja itu berdegil hendak terus berpegang kepada pendapatnya?


Saksikan pula cara Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat menjelaskan bahawa umat Islam tidak merayakan Hari Krismas tetapi cuma mengambil kesempatan bercuti umum pada hari tersebut:
Didalam kecenderungan pemerintah sekarang ini untuk menunjukkan bahawa mereka amat toleran terhadap penganut penganut agama atau kefahaman lain dari satu satunya agama yang di wahyukan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakni Ad Deenul Islam, sang pemerintah terlibat secara langsung dengan penentangan terhadap Ilahi dengan turut menjadi sebahagian dari mereka yang merayakan upacara keagamaan menentang Allahu Rabbi.
Orang orang Kristian mengadakan anak isteri bagi Allahu Ta'ala dengan menganggap Nabi Isa Alaihis Salam sebagai Anak Tuhan! 


Na'uzubillahiminzalik! Ini semua kerja gila dan haram!
Kemudian mereka mengadakan Tuhan Ruh Suci sebagai sekutu diantara 3 Tuhan dalam Satu. Trinitas. Ada pula Tuhan Bapa.
Mana mana orang yang mengaku diri sebagai Islam tetapi sibuk pula pergi mengucapkan 'Selamat Hari Natal atau Selamat Hari Krismas' jatuh syirik terhadap Allahu Ta'ala!
Ini adalah hakikat dan mereka yang sedar akan kesilapan terbesar mereka ini wajib bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dan berazam tidak mengulangi lagi kesilapan mereka itu!
Didalam Surah An Nahl ayat ke 119, Allahu Ta'ala berfirman:
16:119
Transliteration
Thumma inna rabbaka lillatheenaAAamiloo assoo-a bijahalatin thumma taboomin baAAdi thalika waaslahoo inna rabbakamin baAAdiha laghafoorun raheem
Malay
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hanya Allahu Ta'ala sahaja Maha Pengampun dan terpulang kepada Ia untuk menerima atau tidak taubat seseorang hambaNya yang telah syirik terhadapNya secara tidak sengaja atau disebabkan kejahilannya?
Didalam Surah Al-Mumtahinah Ayat ke 12, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :
60:12
Transliteration
Ya ayyuha annabiyyu ithajaaka almu/minatu yubayiAAnaka AAalaan la yushrikna billahi shay-an walayasriqna wala yazneena wala yaqtulna awladahunnawala ya/teena bibuhtanin yaftareenahu baynaaydeehinna waarjulihinna wala yaAAseenaka feemaAAroofin fabayiAAhunna wastaghfir lahunna Allahainna Allaha ghafoorun raheem
Malay
Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Cuba saudara dan saudari perhatikan akan apa yang Allahu Ta'ala telah berfirman didalam Surah Al Mumtahinah ayat ayat 1 ke 4 berikut:
60:1
Transliteration
Ya ayyuha allatheena amanoola tattakhithoo AAaduwwee waAAaduwwakum awliyaatulqoona ilayhim bilmawaddati waqad kafaroo bima jaakummina alhaqqi yukhrijoona arrasoola wa-iyyakuman tu/minoo billahi rabbikum in kuntum kharajtumjihadan fee sabeelee wabtighaa mardateetusirroona ilayhim bilmawaddati waana aAAlamu bimaakhfaytum wama aAAlantum waman yafAAalhu minkum faqad dallasawaa assabeel
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

60:2
Transliteration
In yathqafookum yakoonoo lakam aAAdaanwayabsutoo ilaykum aydiyahum waalsinatahum bissoo-iwawaddoo law takfuroon
Malay
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

60:3
Transliteration
Lan tanfaAAakum arhamukum walaawladukum yawma alqiyamati yafsilu baynakumwallahu bima taAAmaloona baseer
Malay
Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.

60:4
Transliteration
Qad kanat lakum oswatun hasanatunfee ibraheema wallatheena maAAahu ithqaloo liqawmihim inna buraao minkum wamimmataAAbudoona min dooni Allahi kafarna bikum wabadabaynana wabaynakumu alAAadawatu walbaghdaoabadan hatta tu/minoo billahi wahdahuilla qawla ibraheema li-abeehi laastaghfiranna lakawama amliku laka mina Allahi min shay-in rabbanaAAalayka tawakkalna wa-ilayka anabna wa-ilayka almaseer
Malay
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
Selagi umat Islam berpegang teguh kepada Tali Allah yakni Al Quran Al Karim, beriman kepadanya dan mengamalkan akan segala suruhan dan perintah Allah didalam nya dan menjauhi segala laranganNya, Insya Allah akan selamatlah kita dari jatuh ke jurang syirik dan dosa.
Hendaklah pula kita berpegang kepada Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dengan melakukan segala anjuran Nabi Muhammad al Mustafa dan jauhkan diri dari melakukan apa apa yang dilarang Baginda.
Usahlah kita turut tenggelam bersama dengan golongan yang mungkar dan asyik dengan kegiatan hedonisma kuffar, musyrik, munafik dan yang fasik!
Kita ada akal fikiran yang dikurniakan Ar Rahman. Gunakanlah ia. Jangan asyik berkata bahawa kita tidak tahu akan segala larangan Allahu Rabbi ini.
Sudah 1433 tahun sejak Hijrah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan 1446 tahun sejak Al Quran mula diturunkan kepada manusia melalui Rasul al Karim, Rahmatulil Alamin.
Alasan apakah lagi mahu kita berikan dengan segala kemudahan pencapaian ilmu pengetahuan dan maklumat yang ada didepan mata kita hari ini?
Dengan sekali tekan saja akan papan kekunci komputer kita yang berhubung rangkai dengan jaringa internet sedunia, kita mampu mencapai segala data dan maklumat tentang apa sahaja yang kita perlukan demi menambah ilmu pengetahuan kita.
Sayangnya lebih ramai manusia yang menyalahgunakan kemudahan internet ini untuk menambah dosa dan melingkupkan bangsa dan nusa.
Apatah lagi dengan nasib dan masadepan agama?
Para pemimpin negara seolah sengaja menempah celaka dan murka Allah dengan terus semberono mengemudikan arah tuju negara ini kepada nasib kaum Nabi Lut Alaihis Salam dengan bersikap dayus terhadap gejala perlakuan seks songsang dan segala macam kemungkaran dan maksiat dibiarkan bermaharajalela!
Sudah lama saya menulis menasihati para pemimpin negara kita dari sejak dari mula mula lagi saya berkecimpung didalam dunia blog ini tetapi kebanyakan mereka seolah buta, pekak dan membisu sahaja untuk menyahut seruan hamba ini.
Saya menyerahkan sahaja kepada Ar Rahman untuk menerima bahawa penulis blog ini telah lama melaksanakan amanahNya untuk menyeru kepada yang hak dan menentang segala yang batil.


Kepada para pendakwah dan mubaligh Allahu Ta'ala seMalaysia, teruskan berjuang menegakkan Syiar Islam dan jangan berhenti menyeru sesama Islam supaya menjauhi perkara2 khurafat dan yang menuju kepada perbuatan Syirik terhadap Allahu Ta'ala!


Semoga para pemerintah Malaysia akan sedar tentang bahaya ini dan segera berusaha menanganinya! Amin Ya Rabbal Alamin.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Abdillah,

Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58

Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur,
MALAYSIA