Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, January 22, 2012

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar menjadi Khatib Solat Jumaat!


Saya ingin melihat samada MB Selangor dari parti PKR sekarang yakni Tan Sri Khalid Ibrahim yang semberono saja merampas portfolio Exco Agama Islam Negeri Selangor dari PAS sanggup dan mampu menyahut cabaran Al Fadhil Ustaz Hassan Basri untuk menjadi Khatib membaca khutbah pada waktu Solat Jumaat akan datang dan mengimamkan sembahyang berjamaah?


Memang benar sabda Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di akhir zaman ini yang memimpin urusan umat Islam diperingkat kerajaan akan terdiri daripada mereka yang terburuk dikalangan masyarakat kita!



"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*



Exco Agama Islam Selangor sekarang

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-'Aas r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”


Hadis # 85 Bab 24, Kitab Ilmu, Mukasurat 96, Sahih Al Bukhari


Saudara saudari sekelian,


Hadis ini menerangkan dengan tepat sekali akan keadaan yang sedang berlaku hari ini didalam negara kita.


Orang yang bukan ahli didalam mentadbir urusan Hal Ehwal Agama Islam seperti MB Selangor dari PKR @ Tan Sri Khalid Ibrahim boleh dibiarkan memegang portfolio Exco Agama Islam dan wakil PAS yang dilantik menggantikan Dato Dr Hassan Ali diberikan tugas hanya menjaga Adat Istiadat Melayu serta Hal Ehwal Belia dan Sukan!


Justeru, Hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam di atas sudah menjadi kenyataan dan ini adalah di antara petanda akan kehampiran Hari Kiamat didalam kehidupan kita.


Sudah sering kali saya menulis memperingatkan Duli-Duli Tuanku Sultan Sultan Melayu yang memegang kuasa sebagai Ketua Agama Islam supaya menegakkan Syariah Allah yang sebenarnya didalam negara kita tetapi entah kenapa Baginda Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor boleh membiarkan kepentingan umat Islam terpinggir dan orang yang tidak layak seperti Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan sebagai Exco Agama Islam?


Semakin lama semakin kerap perkara perkara karut yang sedang berlaku didalam negara kita ini! 


Ditambah lagi bila golongan yang di angkat sebagai ulama tidak sependapat sesama mereka dan saling kata mengata, tuduh menuduh dan sering memfitnah pulak!





Ustaz di dalam video di atas ini mengata ustaz yang bukan sealiran dengan nya dan dijawab pula oleh ustaz dibawah ini yang terasa:





Dua dua ustaz yang terkenal. Namun perang dingin yang sedang berlaku di antara mereka membuka ruang kepada orang seperti Khalid Ibrahim pula yang semberono memegang kuasa sebagai Exco Agama Selangor?


Majlis ilmu agama sekarang sudah menjadi medan berhibur dan berlawak jenaka! Puluhan ribu jamaah yang hadir memenuhi segenap pelusuk masjid2 dan surau tetapi hasil pembelajaran dari majlis sebegitu tidaklah seberapa kerana yang di ingat adalah hiburan dan lawak jenaka semata-mata!


Ada ulasan ustaz di bawah ini yang harus di ambil kira oleh pihak terbabit:





Apa akan jadi pada kefahaman Islam golongan rakyat yang lemah didalam penguasaan ilmu agama Islam mereka?


Semakin keliru le jawabnya!
Post a Comment