Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, January 26, 2012

Menteri Wilayah Raja Nong Chik dicabar peniaga2 Melayu KL Setapak Permai!

Terlebih dahulu, saya ingin memaklumkan kepada para pembaca budiman bahawa isi kandungan ucapan Datuk Bahrim Razak, Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Melayu ada perkataan perkataan yang kasar dan tidak sedap didengar tetapi di atas dasar ketelusan didalam menyampaikan berita yang sebenarnya melalui media sosial ini, maka saya siarkan secara penuh tanpa suntingan.


Maka, terpulang pada tuan/puan untuk memutuskan samada hendak menonton ke tidak akan video video berikut ini?








HASIL DARIPADA PROTES PENDUDUK AKHIRNYA SURAU DI IKS SETAPAK DIKEKALKAN



Oleh Sharaimei Shaik Ahmedullah - 


PUTRAJAYA 18 Jan. 


Syarikat pemaju hartanah, 59 iNC Sdn. Bhd. yang mempunyai hak membangunkan sebidang tanah di Setapak Permai di Setapak, Kuala Lumpur memberi jaminan surau di kawasan tersebut akan dikekalkan.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, jaminan tersebut diperoleh pada perbincangan dengan pihak terbabit di sini, hari ini.


Perbincangan itu turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dan Pengarah Urusan 59 iNC, Fadzil Ahmad.


Mengulas lanjut, Fadzil berkata, isu surau itu tercetus disebabkan salah faham antara penduduk dan pemaju yang tidak berbincang terlebih dahulu bentuk pembangunan di kawasan itu.


Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat untuk memperjelaskan secara terperinci isu tersebut dalam masa terdekat.


“Pelan pembangunan di kawasan tersebut masih di peringkat awal di mana kami hanya baru menghantar notis pemberitahuan kepada penduduk.


"Jika pembangunan diadakan sekali pun, sebuah lokasi bersesuaian akan dipilih untuk dijadikan (tapak) surau,” katanya.


Baru-baru ini, isu pembangunan di Setapak Permai kecoh apabila sekumpulan penduduk dan peniaga mempertahankan sebuah surau dan bengkel di kawasan itu daripada dirobohkan berikutan penerimaan notis yang mereka dakwa arahan mengosongkan premis mereka sebelum 30 Januari 2012 ini.


Pengerusi Persatuan Peniaga Putra Damai Setapak, Shahrudin Sapian yang mewakili hampir 70 peniaga di situ kecewa kerana peniaga yang sudah bertapak sejak 1975 diarah meninggalkan kawasan itu tanpa ada sebarang perbincangan.


Sementara itu, ditanya isu bengkel yang diberi notis untuk dikosongkan, katanya, pihaknya akan bertemu dengan pengusaha bengkel tersebut dalam masa terdekat ini.


“Kami sekarang dalam proses akhir menyenaraikan semua pengusaha yang terlibat dan mereka ini kami akan jumpa untuk berbincang sama ada perlu dipindahkan atau diberi pampasan,” katanya.


Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, setiap pelan pembangunan yang hendak diluluskan perlu mematuhi syarat ketat oleh kerajaan di mana setiap kemudahan awam seperti surau dan jalan keluar dan masuk perlu disediakan.


Katanya, jika syarat asas tersebut gagal dipatuhi kerajaan boleh membatalkan permohonan pembangunan di kawasan itu.



Laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
_________________________________________________________________


Jika kita teliti akan keadaan dimana pihak DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan begitu rakus mengusir orang orang Melayu dan merobohkan premis premis perniagaan industri kecil dan sederhana milik penduduk pribumi tetapi begitu kecut perut dan tidak berani mengusik premis perniagaan dan kediaman masyarakat dari kaum Tionghua seperti kita saksikan didalam kes laluan MRT - Jalan Sultan tempohari?


Tetapi bila melibatkan orang orang Melayu, semberono saja DBKL dan syarikat2 proksi mereka begitu mudah saja menghalau masyarakat Melayu dari kawasan penempatan mereka ditengah tengah bandaraya Kuala Lumpur dan persekitarannya tanpa sebarang pampasan atau perbincangan!




Dato Raja Nong Chik dicabar oleh Datuk Bahrim Razak, Presiden Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Melayu didalam video di atas untuk berterus terang tentang hakikat bahawa 70,000 ekar tanah rizab Melayu yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato Harun, mantan Menteri Besar Selangor dahulu sudah hilang ditelan dengan rakus oleh pihak kerajaan Barisan Nasional?


Apakah Raja Nong Chik berani menyahut cabaran berapi ini?


Rakyat didahulukan atau kantung sendiri yang diutamakan, syeikh?
Post a Comment