Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, January 12, 2012

Mufti Wilayah Persekutuan keluar kenyataan rasmi tentang isu duit zakat


KENYATAAN MEDIA


PENJELASAN MENGENAI ISU PENYALAHGUNAAN WANG ZAKAT OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Sahibus Samahah Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Beberapa media baru baru ini telah melapurkan mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkaitan dengan pembayaran kos guaman.


Memandangkan isu ini mempunyai kaitan dengan tugas saya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, maka suka dijelaskan berikut ini kedudukan isu yang ditimbulkan itu.



2.   Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat khas yang di-adakan pada 3hb September 2000 bagi membincangkan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010, telah meluluskan sebanyak RM205,000.00 untuk perbelanjaan undang-undang dibawah asnaf fisabilillah.

3.   Terdapat beberapa faktor mengapa peruntukan ini perlu diwujudkan, antaranya :-

   a) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)     1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (@) menyatakan :

      "Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya"

   b) Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, terdapat keadaan di mana Majlis terpaksa mendapatan keputusan Mahkamah seperti didalam kes tuntutan jenazah Mualaf yang dituntut oleh keluarganya yang bukan Islam.

4.   Mengenai perletakan perbelanjaan undang-undang dibawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata. Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar. Menurut Sheikh Rasyid Rida," pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di-sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan".

5.   Berasaskan keterangan-keterangan di atas, adalah ditegaskan disini bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Oleh yang demikian, saya berpendapat tidak terdapat penyalahgunaan dalam isu yang dibangkitkan itu.


DATUK HAJI WAN ZAHIDI BIN WAN TEH
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.



__________________________________________________________________________________


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saudara saudari Muslimin na wal Muslimat sekelian.


Saya baru saja bercakap dengan Yang Berbahagia Sahibus Samahah Datuk Haji Wan Zahidi, Mufti Wilayah Persekutuan melalui telefon dan meminta pengesahan beliau tentang kenyataan diatas dan izin dari beliau untuk saya siarkan semula kandungan kenyataan rasmi beliau selaku Mufti yang mempunyai kuasa untuk memutuskan kedudukan perkara ini.


Alhamdulillah, beliau izinkan dan meminta saya menyiarkan demi menjelaskan tentang salahfaham kes menggunakan dana zakat untuk kos guaman.


Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.


Cuba kita teliti semula akan kedudukan kes tuntutan qazaf oleh Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu telah diliwat oleh tertuduh.


Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan Datuk Seri Jamil Khir terhadap tuntutan qazaf Anwar Ibrahim itu mungkin di atas sebab mangsa liwat berkenaan @ Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis tentang kes itu dan di ikuti pula dengan perbicaraan di Mahkamah Sivil, manakala disebelah pihak Mahkamah Syariah tidak ada pula fail yang dibuka berhubung kes berkenaan?


Lantas Anwar Ibrahim telah bertindak menyaman ketiga responden berkenaan yakni YB Senator Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom selaku Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Jabatan Pendakwaan JAWI @ Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussein dan Pengarah JAWI @ Datuk Che Mat Che Ali kerana menolak tuntutan qazafnya itu.


Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali
Jelas disini bahawa Anwar menyaman ketiga responden di atas kapasiti mereka sebagai pegawai pegawai Jabatan Agama Kerajaan dan bukan saman keatas diri mereka sebagai individu.


Makanya diri ketiga pegawai kerajaan diatas adalah termasuk didalam klasifikasi yang dijelaskan Datuk Mufti Wilayah Persekutuan sebagai asnaf fisabilillah.


Menurut maklumbalas yang saya terima dari pihak dalaman kerajaan, ada unsur sabotaj ke atas nama baik ketiga pegawai agama kerajaan kita ini oleh pihak yang mahu mencemarkan reputasi mereka kerna mahu berebut kedudukan.


Makanya tuan puan semak lah semula akan siapakah dia yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan di Parlimen bilamana di ajukan soalan oleh pihak pembangkang tentang isu pembayaran kos guaman membela pegawai pegawai kerajaan yang di saman Anwar itu?
Senator Dato Dr. Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri (Agama)
Pihak ini juga yang terlibat pernah memperlecehkan hukum Hudud Allah semasa zaman 'Islam Hadhari' yang dipelopori mantan Perdana Menteri ke5 iaitu zaman Imam Hadhari Tun Abdullah Badawi. 


Cuba tonton semula video berkenaan:





Kemelut ini semua bermula dari pengakuan Timbalan Menteri (Agama) Senator Datuk Dr.Mashitah yang dilaporkan disini bahawa MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar kos guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang membela ketiga pegawai agama kerajaan bilamana disaman Anwar.
Datuk Haji Zainul Rijal
Apakah Timbalan Menteri (Agama) tidak sedar akan kedudukan ketiga responden didalam kes saman Anwar terhadap mereka sebagai tergolong didalam asnaf fisabilillah seperti dinyatakan Datuk Mufti Wilayah Persekutuan di atas?


Apakah tidak ada usaha di pihak Timbalan Menteri berkenaan untuk memeriksa dan memastikan akan kedudukan pegawai pegawai agama yang bertugas demi Allah dan Rasul didalam membela nasib umat Islam bila kes kes jenayah liwat dan sebagainya ini dikendalikan mereka?


Bukankah ada kemungkinan diri Timbalan Menteri itu sendiri akan turut disaman oleh pihak pihak seperti Anwar Ibrahim jika beliau yang secara kebetulan mengendalikan urusan urusan perundangan seperti yang dihadapi ketiga responden berkenaan?


Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut lagi tentang kenapa berlaku perbezaan pendapat atau salah faham tentang kedudukan pegawai pegawai agama kerajaan menurut klasifikasi asnaf fisabilillah dan tentang apa pula sebabnya Timbalan Menteri berkenaan boleh tidak tahu tentang peruntukan yang dibenarkan oleh keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) didalam perenggan 2 di atas?


Apakah ada agenda tersembunyi pihak terbabit kerana tidak mendapatkan kepastian kedudukan perkara dari Datuk Mufti WP terlebih dahulu sebelum melatah menjawab soalan pembangkang di Parlimen didalam bulan Jun 2011 yang lepas?


Wallahu'alam bissawab.


Biarlah ini menjadi tauladan kepada mana mana pegawai kerajaan yang lain bahawa adalah menjadi suatu kewajipan keatas diri mereka untuk memastikan akan kedudukan sesuatu perkara dengan menghubungi pihak pihak berkuasa yang berkenaan sebelum menjawab soalan soalan spontan dari pihak pembangkang.


Sudah memang itulah kerja pembangkang. Untuk mencari kesalahan atau kekhilafan pihak kerajaan dan mengeksploitasikan sesuatu isu itu untuk menguntungkan pihak mereka.


Yang patut disoalkan adalah kenapa tidak ada 'esprit de corps' dikalangan para pegawai pegawai kerajaan didalam menghadapi asakan asakan pembangkang?


Apakah ada 'cah keting' dikalangan mereka yang kononnya sama se kementerian atau sejabatan walaupun pada namanya berlebelkan 'agama'?


Semua ini menunjukkan bahawa tidak ada jalinan setiakawan dikalangan mereka yang kononnya bertugas demi agama, bangsa dan nusa.


Biarlah penjelasan oleh Datuk Mufti Wilayah Persekutuan menjadi noktah kepada apa apa perang dingin sesama pegawai pegawai yang berkenaan dan kita semua kembali kepada usaha meningkatkan prestasi masing masing demi memajukan nasib umat Islam dan sesama warganegara didalam tanahair kita ini. Insya Allah.


Saya ingin menganjurkan kepada semua pegawai kerajaan yang terlibat agar senantiasa berusaha menjalinkan ikatan setiakawan dan bermuzakarah selalu demi memastikan kejayaan bersama dan tidak lah lorat nak sabo sana sabo sini.


Dunia ini sementara saja. Akhirat jua yang kekal abadi.


Beringat ingatlah sebelum nak kencingkan sesama pegawai setugasan. Silap haribulan terpercik kat muka sendiri. Kan susah nanti?


Sekadar memperingatkan sesama Muslim demi Allah dan Rasul!


Biarlah kita semua bersatu merapatkan saff bukan bercakar sesama sendiri!


Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur

Post a Comment