Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 25, 2012

PM Najib buat kerja khurafat! Mana penasihat Agama Islam Tuan Haji?

Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak terbukti sedang melakukan kerja khurafat menepung tawar salah sebuah dari 15 buah kenderaan van 'Skuad Sayang' Pergerakan Wanita UMNO Kelantan. 


Sumber berita Utusan Online disini.


Menepung tawar adalah suatu perbuatan adat resam Melayu lama yang haram di sisi Agama Islam.


Malah Majlis Agama Islam Malaysia telah mengeluarkan fatwa secara rasmi mengharamkan dan melarang segala bentuk perbuatan khurafat yang haram di dalam ajaran Agama Islam. Sila rujuk kepada e-fatwa berkenaan disini.


Kita sedang hidup di Akhirul Zaman.


Segala bentuk ilmu pengetahuan dan hukum hakam berkenaan Islam begitu mudah sekali dicapai oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan sistem perhubungan telekomunikasi tercanggih yang terdapat didalam negara kita berhubung dengan rangkaian laman internet sedunia.


Untuk sesiapa pun umat Islam didalam negara ini atau dimana sahaja di seluruh pelusuk muka bumi Allahu Ta'ala ini untuk berkata bahawa ia tidak tahu akan kedudukan sesuatu perkara itu dari segi perundangan dan Syariat Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan hanya membuktikan bahawa ianya jahil tahap gaban dan cuma memberikan alasan semata mata untuk mengelakkan diri dari disabitkan dengan kesalahan yang begitu ketara dan nyata!


Jahil tahap mana? Sendiri mau ingat lah!


Barangsiapa yang mengamalkan perbuatan khurafat serupa dengan cara orang orang kaffir adalah sama dengan mereka.


E-fatwa disini menjelaskan bahawa 'Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya' adalah HARAM dan berlawanan dengan akidah kita sebagai manusia Muslim yang beriman kepada Allahu Ta'ala!


Dari dok menepung tawar ape ke benda, bukankah lebih elok membaca doa minta selamat beramai ramai bermunajat kepada Allahu Ta'ala untuk memberkati usaha mereka yang bercadang untuk berkhidmat kepada masyarakat menjelang tibanya musim pilihanraya ke 13 nanti?


Berdo'a terus kepada Allah. Tak payah nak pakai perantara. Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri melarang umatnya untuk berwakilkan diri baginda untuk berdoa kepada Allah.


Ada apa apa hajat minta terus kepada Allah. Tak payah nak bakar colok, perasap kemenyan, menepung tawar, segala tok nenek dan sebagainya.
Teringat saya akan kebiasaan orang orang kaffir melukis pelbagai macam rajah dan tanda tanda kepercayaan mereka pada nombor plet kenderaan masing masing.


Siap ada tokong kecil atas 'dashboard', segala macam tangkal 'hekkoh' dan azimat untuk mengelakkan bala konon nya?


Jika saya ada masa lapang, nanti saya pergi ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee tengok akan keadaan kenderaan kenderaan yang terlibat didalam kemalangan dan ambil gambar akan kenderaan2 sebegitu sebagai bukti bahawa 'Tidak ada kuasa selain Allah Rabbul Alamin!'


Letaklah kepala apa pun sebagai azimat yakpursalam. Jika takdir Allah bahawa sipolan itu ini akan jadi begini pada saat dan waktu seperti itu dan ini, maka percayalah bahawa ianya akan berlaku juga.


Tak ada tapi tapi atau barangkali lagi, beb!


Haji Najib harus bertaubat!


Tak payah lah nak buat kerja kerja khurafat seperti ini lagi. Taubat Nasuha dan belajarlah akan hukum hakam Agama Islam selaku Perdana Menteri negara Malaysia ini yang kononnnya sudah menjadi 'Negara Islam'?


Kita masih ada banyak kerja membetulkan amalan dan kepercayaan umat Islam didalam tanahair kita ni Tuan Haji!


Baru baru ini saya pergi menjelajah ke bandar lama Tanjong Malim dan Slim River di Perak semasa cuti umum Tahun Baru Cina.


Semasa saya sedang berjalan jalan mengambil gambarfoto bangunan bangunan lama disana, saya disapa seorang lelaki Melayu yang bertanya samada saya ini seorang ustaz berdasarkan penampilan saya?


Saya bertanya kenapa?


Ia mengadu sedang sakit sakit dan meminta di jampi.


:P


Saya bertanya kepadanya samada ia amalkan solat seharian ke tidak?


Ia tersengih saja dan tidak menjawab.


Saya nyatakan kepadanya bahawa selaku seorang Muslim, adalah wajib bagi kita mengerjakan solat 5 waktu dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala memohon perlindungan Nya dan tidak kepada yang lain.


Saya mengajarkan kepadanya contoh beberapa surah pendek yang Insya Allah akan memulihkan dirinya dari sebarang gangguan makhluk halus dan menasihatkannya supaya rajin rajin beramal dengan zikir dan amal ibadah yang diharuskan didalam Islam.


Masih ramai lagi masyarakat kita yang cukup tebal dengan kepercayaan karut dan khurafat serta animisma walau berlabel diri sebagai Muslim!


Sayang sekali PM 1Malaysia kita tak sadar akan haramnya kerja menepung tawar seperti yang dilakukannya itu?


Nak harap siapa yang berani menegur dan menasihati Dato Seri Tuan Haji Mohd Najib?


Jika semua yang sibuk dok bergayut dipinggangnya asyik na'am na'am tak sudah sudah dan diam membisu terhadap salah laku pemimpin tertinggi yang dipuja dan dipuji maka bersedialah wahai tuan puan untuk melihat Murka Allahu Ta'ala nanti menimpa kita!


Na'uzubillahiminzalik!


Kepada Dato Seri Haji Mohd Najib, hamba berseru agar berusahalah menambah ilmu pengetahuan Ad Deenul Islam diri sendiri kerana yang disekeliling Dato Seri ternyata tak boleh diharap untuk membimbing Tuan Haji ke arah yang benar?


Mereka takut 'sorru miss' Dato Seri.


Segala info tentang yang halal dan haram ada tersedia 24jam sehari dihujung jari saja Tuan Haji.


Tuan Haji kan mesra IT? Maka pandai pandailah membuat carian Google tentang apa saja yang Tuan Haji musykilkan?


Susah susah, Tok Mamu sedia berbakti. :) Tak jadi hal! Bisa di atur brader. :)


Hendak seribu daya Haji. Tak hendak? Sorry aa. Hamba dah berusaha.


Mudah2an tak buat lagi kerja kreko macam tu, ye?


Semoga Allahu Rabbul Alamin membimbing dan memberkati kita semua.


Amin Ya Rabb. Amin Ya Rahman Ya Rahim.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
~ Sekadar memperingatkan sesama Islam~ 





Post a Comment