Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, January 14, 2012

Saf pertama ~ 'Reserved for VIP's'? Angkara siapa? Jom baca!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Semalam, sesudah solat sunat Ba'diyah Fardhu Jumaat, saya ke pejabat Ketua Imam di salah sebuah masjid didalam kariah saya.


Seperti kebiasaan saya, menjalinkan ukhuwwah silaturrahim dengan tok imam dan lain lain ahli jawatankuasa masjid berkenaan.


Saya di sambut dengan mesra oleh Ketua Imam, kawan saya itu dan kami saling bertanya khabar dan bertukar pandangan tentang isu isu semasa berkaitan hal ehwal Islam dan kehidupan masing masing.


Tetiba muncul seorang pemimpin tempatan yang bergelar dan Tok Imam bingkas bangun menyambutnya serta berkata jika ia tahu VIP berkenaan ada hadir ke solat Jumaat tadi, ia sudah tentu akan menyediakan tempat di saf pertama baginya!


Lantas saya menegur Tok Imam dan berkata bahawa didalam ajaran Islam kita tidak ada sebarang peruntukan berkenaan bilamana mahu ditempah atau dikhususkan tempat di saf pertama bagi para pembesar dan orang2 bergelar negeri mahupun negara!


Saya merujuk akan sejarah silam dimana para khalifah Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak melampau lampau didalam zaman pemerintahan mereka seperti Sayyidina Umar al Khattab yang amat berjaga jaga didalam soal pengkhususan atau apa apa keistimewaan yang mahu diberikan kepada dirinya semasa bertugas sebagai khalifah kepada umat Islam.


Saya menasihatkan kepada pembesar berkenaan supaya jangan di ikut cara Tok Imam itu dan jika ia benar benar mahu berkhidmat kepada rakyat dan mahu jika dicalonkan didalam PRU ke 13 yang akan datang supaya duduk sahaja di kalangan para jamaah jika ia terlambat datang?


Saya memberikan ia contoh yang dilakukan Presiden Republik Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang begitu merendahkan diri selama ia sedang memerintah negara Parsi di Timur Tengah.


Beliau akan duduk dikalangan rakyat tanpa sebarang protokol atau menuju ke saf pertama seperti kelaziman kebanyakan orang orang besar didalam negara kita dan mana mana negara lain yang tidak mencontohi sunnah Rasulullah dan cara para Sahabat Rasulullah yang ajma'in.




Mana ada dizaman ini, pemimpin negara Islam seperti Presiden Mahmoud Ahmedinejad?


Satu satunya pemimpin negara Islam yang tidak sombong terhadap rakyat yang dipimpinnya?


Boleh selamba je duduk disisi rakyat jelata tanpa sebarang keistimewaan yang lazimnya dituntut oleh para Sultan, Raja, Presiden, Perdana Menteri dan sebagainya?


Tak adanya permaidani merah atau kuning yang akan dihamparkan baginya.


Jika ia didalam perjalanan dan masuk waktu solat, ia akan solat ditepi jalan diatas hamparan permaidani biasa saja. Tak ada protokol, hu ha, apekebenda?


Cumanya ia seorang pemimpin Syiah yang kita tidak boleh terima pengamalan mereka. Ada banyak cara Syiah yang kita tak setuju. Tapi itu cara mereka.


Cuba bayangkan jika ia seorang pemimpin Sunnah Wal Jamaah?


Tak tertanding lah mana mana pemimpin negara Islam yang ada dimuka bumi ini sekarang?


Gambar menunjukkan ia menghindarkan diri dari bersalam dengan wanita yang bukan muhrim baginya. Jika dikalangan orang orang kita, sudah tentu lain jadinya.


Semasa ia di Makkah, ia tidak keberatan menaiki trak bersama jamaah yang lain! Mahukah mana mana pembesar kita buat seperti itu? Mimpi saja lah!


Beginilah kelaziman cara Presiden Republik Islam Iran ini tidur di rumahnya. Ada mana mana VVIP atau VIP negara kita yang sanggup ikut? Mimpi sajalah!


Sila ke blog ini untuk membaca selanjutnya.


Sayang sekali Mahmoud Ahmadinejad ini seorang pemimpin Syiah! Jika tidak sudah tentu ia dipilih menjadi tokoh terkemuka dunia Islam kita!


Ada juga pemimpin dikalangan umat Islam negara kita yang zuhud bertempat.


Di tanahair diterampilkan imej zuhud tahap gaban tetapi di Makkah naik berbintang bintang tahap mutu hotel penginapan dan cara ia dilayan! :)




Sumber imej : darulehsantoday.blogspot.com

Nak buat macamana katanya? Dah orang berebut nak taja! Ambo setuju je..:P



Cuba kita tengok cara hidup PM 1Malaysia Dato Seri Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pula?


PM kita bermewah mewahan di mahligai Seri Perdana kediaman rasminya. Majlis majlis keramaian di sulami dengan gesekan biola dan segala macam hiburan semasa.

Aurat wanita jangan cakap lah? Kerna ratu hati PM walau berapa kali mengerjakan umrah dan haji tetap kebal dan kekal dengan sanggul karannya!




Bagi kalangan Sultan, Raja Melayu dan kerabat di raja Kesultanan Melayu, tak payah nak nasihat lagi, gamaknya? Dah berbuih mulut saya nasihat secara berhemah dan terbuka melalui penulisan di blog ini namun nampaknya mereka sum mum buk mum om yom fahum laa yarr ji 'uun, beb!


Penasihat penasihat agama di istana2 nampaknya tak terdaya mentarbiyyah golongan yang buta tentang Surah An Nur Ayat ke 31 ini :

24:31
Transliteration
Waqul lilmu/minati yaghdudnamin absarihinna wayahfathnafuroojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa mathahara minha walyadribnabikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeenazeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinnaaw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna awabna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw baneeikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinnaaw ma malakat aymanuhunna awi attabiAAeenaghayri olee al-irbati mina arrijali awi attifliallatheena lam yathharoo AAala AAawratiannisa-i wala yadribnabi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinnawatooboo ila Allahi jameeAAan ayyuhaalmu/minoona laAAallakum tuflihoon
Malay
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Didalam kubur kita nanti, Malaikat Mungkar dan Naqir tidak akan membeza bezakan di antara yang bergelar atau yang marhaen!


Tak adanya gelaran2 kebesaran duniawi di gunapakai didalam Alam Barzakh nanti.


Tuanku ke Tengku ke, Tun ke, Tan Sri ke, Dato Seri ke, Dato Paduka ke, ape ke benda pun tak ada maknanya di dalam Alam Kubur nanti?


Maka tak payahlah para Imam dan AJK masjid kita lorat nak memperbeza bezakan di antara para jamaah yang hadir ke masjid pada bila bila masa?


Tidak ada perbezaan di antara sesama Islam disisi Allahu Ta'ala melainkan dari tahap keimanan dan amalan seseorang.


Hanya Ia Maha Mengetahui akan keikhlasan seseorang yang beramal?


Jangan jadi macam kes si Karim dalam kartun dibawah ini:


Diperhebatkan solat di depan orang hanya untuk menunjukkan betapa alimnya ia?
Saya percaya gambar di atas ini tak ada kena mengena dengan si Karim di atas.


Bak kata ayat lazim sahabat saya Yang Berbahagia Dato Hj Nooh Gadut, mantan Mufti Negeri Johor ~ 'Sangka baik'! Setiap kali jumpa mesti keluar perkataan2 begitu darinya! :)


Didalam masjid, kita sering berdepan dengan pelbagai karenah para jamaah.


Bak kata pakcik tua Astro yang sudah tiada ' Macam macam ada!'

Kita sambung bab itu di artikel akan datang. Insya Allah.

Pesanan Mahaguru58 kepada Tok  Tok Imam dan AJK Masjid atau Surau yang berkenaan :

Saf pertama tak ada 'advance booking' bagi mana mana jamaah VVIP atau VIP! Didalam ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, kita pakai sistem ' First come ; first served!'

Harap jangan dok buat lagi!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment