Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, February 01, 2012

Kuliah agama Jin Islam kepada manusia ~ Hayatilah ertikata Syahadah kita!




Di Akhirul Zaman ini, manusia berhadapan dengan seribu satu cabaran dan cobaan hasil dari kepelbagaian ragam kehidupan dan suasana kejahilan masing masing tentang apa dia ertikata pengucapan dua kalimah syahadah kita mengaku memperEsakan Allahu Rabbul Alamin sebagai Tuhan Sang Maha Pencipta kita sekelian dan beriktikad mengaku bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam selaku Pesuruh Allah!


Penghayatan ilmu2 agama di akhir zaman ini berbeda beda di antara satu sama lain walau kebanyakan kita mengaku bahawa kita semua ini bersaudara dan beriman terhadap Allah, Tuhan sekelian alam yang sama.


Ramai di kalangan kita yang mengaku lulusan agama dan mempunyai kelayakan serta tauliah untuk mengajar akan agama Islam itu kepada sesama manusia tetapi di waktu yang sama membuang waktu dan membiarkan setiap saat yang berharga itu berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan yang hak kepada yang lain?


Setiap dari kita sering memberikan seribu satu alasan bahawa kita ini sibuk ; tak empunya surat tauliah dari pemerintah untuk menjalankan kerja kerja dakwah fisabilillah ; begitu begini sehingga tiba tiba di kunjungi Sayyidina Izra'il Alaihis Salam untuk mencabut ruh kita ; kembali ke hadhrat Ilahi, Tuhan Maha Suci kerana sudah tiba saat ajal kita!


Apa boleh kita membantah?


Menyatakan tunggu! Aku belum sempat menunaikan segala tuntutan Ilahi ke atas diri ku?


Tak tertangguh barang sesaat ; tak terawal barang sedetik!


'Qullu nafsin iza iqatul maut!' Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Namun tidak akan ada mana mana manusia biasa yang pasti tahu akan bilakah saat kematiannya itu melainkan penjenayah yang dihukum mati menjalani perintah hakim dan mahkamah ke atas dirinya kerna sabit dengan kesalahan jenayah berat yang ia telah lakukan diatas muka bumi ini.


Maka pada saat dan ketika yang telah diputuskan, nyawa ia bercerai dari badan angkara pelaksanaan hukuman bunuh ke atas dirinya itu oleh pihak yang berkuasa ke atas nya.


Pada hari Jumaat yang lepas, saya berkesempatan menunaikan fardhu Solat Jumaat saya di Masjid Jamek Kuala Pangsun, Hulu Langat.


Di-sebelah saya seorang saudara baru ~ mualaf dari kaum Orang Asli hadir solat berjamaah bersama anak lelakinya yang mungkin berusia didalam 5 ke 6 tahun.


Saya sadar bahawa ia bersolat sunat Jumaat secara ikut ikutan tanpa menghayati dan memahami akan rukun rukun solat kerana ia tidak kelihatan sebagai membaca yang sepatutnya walaupun pada zahirnya tampak ia bertakbir dan qiyam; kemudian tiba tiba ia terus sujud dan sikunya rapat ke lantai.


Anak kecilnya itu turut melakukan perkara yang ia lihat dikerjakan sang ayah.


Terdetik didalam hati saya bahawa mungkin sipolan ini belum di ajar tentang cara cara menunaikan solat seperti di tuntut didalam ajaran agama kita?


'Sangka baik' seperti kelaziman kata mantan Mufti Johor ~ sahabat saya - Datuk Nooh Gadut setiap kali ketemu dan memperbincangkan tentang bab bab permasaalahan agama umat Islam didalam tanahair kita.


Selepas ia selesai 'solat sunat' nya itu, saya menghulurkan tangan bersalam dengan nya dan berbisik di telinganya memohon agar ia sudi tunggu berbual sekejap selepas solat Jumaat nanti?


Ia mengangguk setuju.


Alhamdulillah. Mungkin akan ada kesempatan bagi diri ini untuk membantu menerangkan kepadanya akan keperluan baginya untuk mengetahui akan cara betul menyempurnakan solat nya nanti?


Jangkaan saya meleset kerana selepas sesi berwirid sesudah solat Jumaat kami, ia memohon diri untuk pulang kerana katanya ada urusan?


Saya terpaksa melepaskan ia pergi dengan cuma sebuah harapan bahawa ia akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari pihak yang berkuasa ke atas hal ehwal Islam daerah itu nanti?


Mudah2an. Sebaik selesai urusan solat Jumaat, saya menghampiri Tok Imam masjid berkenaan dan memperkenalkan diri. Saya merujuk kepada beliau akan apa yang saya lihat dan saksikan tadi dan bertanya samada Tok Imam kenal akan hamba Allah ~ Orang Asli itu tadi?


Tok Imam berkata ya. Memang ia kenal akan hamba Allah itu dan bahawa ia seorang mualaf.


Saya bertanya samada pihak masjid ada membuka kelas pengajian ilmu agama untuk membimbing orang orang seperti hamba Allah itu tadi?


Imam berkenaan berkata bahawa ada majlis majlis dan kuliah agama yang di jalankan pihak masjid dari masa ke semasa tetapi terpulang kepada orang samada mahu hadir mengikuti kuliah atau pun tidak? Pihak pentadbiran masjid tidak ada kuasa untuk memaksa sesiapa! 


Maka saya memperingatkan Tok Imam bahawa jatuh wajib ke atas pihak pentadbiran masjid untuk memastikan bahawa setiap saudara baru seperti Orang Asli itu tadi di bimbing dan di ajar akan asas asas akidah dan fardhu 'ain Ad Deenul Islam kita dan tidak boleh dibiarkan ia begitu sahaja ; jahil tentang apa yang di tuntut didalam penghayatan dan pengamalan agama kita?


Tok Imam setuju dan berjanji akan berusaha mengajar si polan itu nanti bila berkesempatan ketemunya lagi? Insya Allah.


Ada masaalah lain yang Tok imam memerlukan bantuan kata beliau. Masaalah mendapatkan 'Wali Hakim' bagi saudara saudara baru dari kalangan kaum Orang Asli bila mereka mahu bernikah?


Pihak Majlis Agama Islam Selangor kata beliau bagaikan tidak mengambil berat atau peduli akan keperluan menyediakan 'Wali Hakim' bagi pasangan pasangan saudara baru Orang Asli bila mereka hendak bernikah?


Sudah sering kali Tok Imam selaku pihak bertangggung jawab ke atas urusan nikah kahwin di daerah Hulu Langat menghadapi masaalah bila berurusan dengan MAIS.


Asyik di 'tendang' kesana kemari oleh pegawai pegawai MAIS yang seolah mahu mengelakkan diri dari tanggungjawab membantu menyelesaikan urusan sepenting itu bila diminta pihak Imam Masjid Kuala Pangsun berkenaan.


Masih mahu 'membangaukan' orang lain.


Bilakah perkara ini akan selesai?


Kembali semula kepada tajuk perbincangan.


Bab manusia sekarang yang semakin alpa dengan tugas dan tanggungjawab masing masing untuk menghidup dan mengamalkan ajaran ajaran Agama Islam dengan sesempurna mungkin?


Ramai yang Islam hanya pada nama dan bila di ajukan soalan berkenaannya terkebil kebil kebingungan tidak tahu menjelaskan dengan keyakinan dan kefahaman yang nyata dan berasas tentang ertikata pengucapan syahadah dan amalan agama masing masing?


Saya ingin berpesan kepada semua bijak pandai Islam yang membaca coretan ini agar usah membazir waktu dan memberikan seribu satu alasan lagi diatas kegagalan masing masing menyemarakkan lagi kefahaman tentang asas asas Ad Deenul Islam kita?


Ajarlah ahli keluarga masing masing dan pastikan bahawa setiap orang dibawah tanggungan masing masing faham akan apa dia perkara perkara asas berkenaan akidah, amalan dan penghayatan ajaran ajaran Islam dari Allah Tuhan Semesta Alam dan bimbingan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam?


Jangan di biarkan sesama Islam jahil dan buta tentang apa yang menjadi asas akidah dan amal ibadat kita didalam satu satunya ajaran agama yang hak dari Rabbul Alamin.


Berusahalah untuk memanfaatkan setiap saat yang masih ada didalam peruntukan hayat bagi diri kita di dunia yang fana ini sebelum berhentinya degupan dan denyutan jantung kita pada bila bila sahaja masa selepas ini?


Teringat akan pengajaran tentang datangnya Jibril Alaihis Salam mengajar akan para hadirin sahabat Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam tentang agama Islam kita.



Hadis Riwayat dari Sayyidina Umar al Khattab Radhiallahu Anhu bahawa:


"Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. 


Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW dan disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: "Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam?" 


Lalu Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam pun bersabda: 

  1. "lslam itu adalah bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, 
  2. (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, 
  3. mengeluarkan zakat, 
  4. berpuasa di bulan Ramadhan, 
  5. menunaikan haji ke BaitulLah (Makkah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya". 



Lelaki tersebut berkata: "Benarlah engkau!". Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.


Dia bertanya: "Terangkan kepadaku tentang lman?" 


Baginda bersabda: "(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk". 


Lelaki itu berkata: "Benarlah engkau". Dia berkata lagi: "Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan?"


Baginda lalu bersabda: "Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu".


Lelaki itu bertanya lagi: "Terangkan kepadaku tentang Qiamat?". 


Baginda bersabda: "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya?" 


Lelaki itu berkata: "Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya?" 


Baginda bersabda: "(Antara tandatandanya ialah) :

  1. apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya 
  2. dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya)"

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: "Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapakah lelaki yang bertanya itu?" 


Aku berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"


Baginda bersabda: "Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang  untuk mengajar kamu tentang agama kamu!"


Hadis riwayat al-lmam Muslim:(Hadis riwayat Muslim, Kitab Al-Iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa'ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346).


Pokok Perbincangan Hadis :


Kedudukan hadis ini :  ibu kepada hadis-hadis lain,mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.

  1. Islam : terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
  2. Iman : asal iman/iman dan islam/qaul-amal juga sebahagian dari iman.
  3. Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makhluk.
  4. Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat.    
  5. Sifat-sifat Jibril Alaihis Salam (Ruh Al-Amin).

Pengajaran hadis:


Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawi atau bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.


Hadis ini menerangkan tentang tiga tunggak agama ; iaitu :

  1. Rukun lslam, 
  2. Rukun Iman dan 
  3. Ehsan.   
Rukun lslam terdiri daripada 5 perkara iaitu:

  1. mengucap dua kalimah syahadah, 
  2. mendirikan sembahyang lima waktu, 
  3. membayar zakat, 
  4. berpuasa di bulan Ramadhan dan 
  5. mengerjakan haji di Baitullahilharam. 
Rukun lman merangkumi 6 perkara iaitu:
  1. Percaya atau beriman kepada Allah; 
  2. Percaya tentang kewujudan para malaikat2 Allah; 
  3. Percaya akan turunnya kitab-kitab suci dari Allah; 
  4. Percaya akan para Nabi dan Rasul Allah; 
  5. Percaya bahawa akan tiba hari Qiamat dan 
  6. Beriman dengan Qada dan Qadar ~ ketentuan Ilahi.

Kesempurnaan kehidupan seseorang Mukminin dan Mukminat akan tercapai apabila ia menunaikan segala rukun2 lslam, menyempurnakan tuntutan rukun2 Iman dan bersifat Ehsan. 


lslam seseorang iitu tidak akan sempurna jika hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.


llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Dengan berguru pada mereka yang mursyid dan ikhlas serta tidak menyimpang dari ajaran2 dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam serta tidak mengada-adakan perkara perkara yang baru didalam amalan ajaran Agama Islam kita.


Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.


Hari Qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam?


la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 


Sesiapa yang mengaku tahu bila akan berlaku qiamat atau mengaku mengetahui akan ilmu ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu yang besar dan terlaknat akan ia.


Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia semakin hampir tiba, antaranya ialah terjadinya peristiwa seperti sekarang ini dimana seseorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. 


Di akhir zaman ini juga sudah berlaku peristiwa si-miskin yang dahulunya papa kedana dan merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.


Semua petanda petanda kecil akan hampirnya kedatangan Hari Qiyamat sudah 
pun berlaku dan berlalu cuma kebanyakan manusia sekarang ini tidak memperdulikannya.


Rasulullah Sallalahu alaihi Wassallam telah berpesan tentang 72 tanda tanda bahawa Qiyamat itu semakin hampir:

  1. Manusia akan mengabaikan solat mereka atau meninggalkannya langsung.
  2. Ramai yang akan pecah amanah atau khianat bila dipercayai.
  3. Perbuatan menipu dan mengelat akan menjadi satu bidang khusus dan dipelajari ramai.
  4. Pembunuhan akan menjadi perkara lumrah di atas perkara sekecil manapun?
  5. Riba akan berleluasa.
  6. Banyak bangunan bangunan pencakar langit akan dibina.
  7. Manusia akan memperdagangkan agamanya.
  8. Saudara mara akan dilayan dengan buruk.
  9. Keadilan akan cuma menjadi satu perkaa yang jarang jarang berlaku.
  10. Penipuan dan pembohongan akan di anggap benar dan yang berhak.
  11. Pakaian sutera akan berleluasa.
  12. Pendakwaan (saman menyaman) akan semakin kerap dilakukan.
  13. Bercerai berai akan menjadi lumrah kehidupan manusia.
  14. Kematian mengejut akan bertambah.
  15. Pemecah amanah dan pengkhianat akan dianggap jujur dan bermaruah.
  16. Mereka yang dipercayai akan mengkhianati segala yang diberikan kepada mereka untuk dijaga.
  17. Para penipu dan pengelat akan di anggap jujur.
  18. Orang orang yang jujur dan ikhlas akan di anggap sebagai pendusta.
  19. Fitnah akan berleluasa.
  20. Cuaca akan bertambah panas walaupun hujan. (Pemanasan global)
  21. Manusia akan tidak lagi kepingin untuk mempunyai anak atau zuriat.
  22. Mereka yang berlatarbelakang buruk dan jahat akan hidup serba mewah tetapi didalam keadaan yang tidak aman dan tenteram. (Rumah berpagar dan berkawalan sentiasa ~ Nak lena pun susah - terpaksa telan pelbagai dadah dan pil)
  23. Manusia yang baik baik akan disisihkan dari dunia. ( Tak dijemput ke majlis majlis keramaian dan hiburan duniawi) Majlis majlis eksklusif VVIP dan segala yang berkenaan) :) Majlis tertutup le katakan...:P
  24. Mereka yang dahulunya baik akan berubah menjadi pemecah amanah dan pengkhianat.
  25. Kebanyakan pemimpin akan terdiri dari mereka yang keras sifat dan jiwa ~ diktator. Kejam dan tidak berhati perut.
  26. Para ulamak dan alim akan menjadi zalim ~ berzina dan pencabul.
  27. Manusia akan memakai pakaian yang diperbuat dari kulit2 binatang. ~ Jaket jaket mahal dari jenis kulit rusa, kambing dan anak lembu..
  28. Hati mereka busuk dan tidak peka terhadap penderitaan orang lain
  29. Berperangai tidak elok dan bengis - tidak prihatin
  30. Penggunaan emas sebagai barang perhiasan akan berleluasa
  31. Manusia akan berebut mengumpul harta kekayaan ~ semua nak kaya!
  32. Dosa dan maksiat akan bertambah
  33. Keamanan dan ketenangan akan mula hilang
  34. Ayat ayat Al Quran akan di jadikan perhiasan dan tulisan khat akan menjadi lumrah
  35. Masjid2 akan dihias cantik cantik
  36. Menara masjid akan ditinggikan
  37. Jiwa manusia akan semakin kosong- lalai dari mengingati Allah
  38. Minuman keras ~ arak akan menjadi minuman kegemaran
  39. Hukum Syariah akan ditukar dan diganti dengan hukum ciptaan manusia. Tidak diperlaksanakan~ contoh ketara adalah di dalam negara kita ini! Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukum yang tidak menepati tuntutan Ilahi dan para 'Ketua Agama Islam' tak berani menegakkan hukum - Ingat lagi tak kes Kartika Sari Dewi Syukarnor? Sultan Pahang membatalkan hukuman sebat - cap ayam ~ 6 rotan cuma kepada khidmat masyarakat!!!
  40. Wanita wanita akan berlaku kasar terhadap ibu mereka - buat macam orang gajian. Jaga cucu - tak di hormati dan di anggap sebagai beban.
  41. Mereka yang dahulunya berkaki ayam, tidak berpakaian dan jahil tentang agama akan di tabal menjadi raja ~ Afrika kot? atau mungkin juga keadaan dahulukala di tanah semenanjung Melayu ini bila raja dulu dulu tak berkasut dan kurang peralatan dan pakaian di raja?
  42. Wanita akan berdagang disamping lelaki. ~ Menteri Perdagangan kita dulu Rafidah Aziz!
  43. Wanita akan menyerupai lelaki ~ Pengkid? Anak Cher ~ Chaz Bono!
  44. Lelaki akan menyerupai wanita ~ berlambak dah pondan kat Malaysia ini!
  45. Manusia akan bersumpah dengan selain Allah dan Quran.
  46. Mereka yang kononnya Muslim akan bersedia dan sanggup bersumpah bohong - walau tidak dipaksa.
  47. Salam akan cuma diberikan pada kenalan seseorang sahaja ~ Perkara ini dah lumrah didalam negara ini. Tengok je kat masjid lepas solat - masing masing selamba derk je buat bodoh, berlalu keluar tanpa menghulurkan tangan bersalam dengan para jamaah lain melainkan dengan kenalan mereka saja.
  48. Pengetahuan akan bidang pengajian Syariah dan ilmu Agama akan digunakan untuk mencari makan didunia ini. ~ Konsultan Syariah - Panel Syariah- Muamalat Syariah- Perbankan Islam Syariah dan sebagainya!
  49. Amalan ibadat yang sepatutnya menjadi bekalan seseorang untuk akhirat akan digunakan untuk mencari kelebihan didunia ini. Berbuat baik dengan mengharapkan ganjaran duniawi. Ceramah agama berbayar- Ada saguhati untuk ustaz dan syeikh duduk bersyarah di atas pentas- Penganjur majlis akan hulur sampul berisi al fulus buat 'duit minyak ustaz' dan sebagainya.
  50. Harta negara akan di anggap dan dipergunakan sebagai milik persendirian oleh pemerintah. ~ Jet kerajaan digunapakai keluar negara dan negeri oleh pemerintah? Istana hinggap itu ini begitu begini....macam macam lagi...
  51. Amanah akan dianggap harta sendiri.
  52. Zakat akan di tafsirkan sebagai cukai dan denda.
  53. Manusia yang paling hina dalam negeri atau negara akan di angkat menjadi pemimpinnya. ~ Fikirlah sendiri~
  54. Anak anak akan menderhakai ayah mereka.
  55. Zalim terhadap ibu masing masing.
  56. Sanggup menganiayai dan menzalimi kawan sendiri.
  57. Sang suami akan mentaati isteri!
  58. Para penzina akan berkhutbah dan berceramah didalam masjid!
  59. Para penyanyi wanita akan disanjung dan dihormati.
  60. Alat alat muzik akan dijaga dengan penuh perhatian dan diutamakan.
  61. Arak akan diminum secara terbuka diperjalanan.
  62. Manusia akan berbangga dengan kes kes pendakwaan di mahkamah
  63. Keadilan akan dijual beli di mahkamah ~ pakai peguam handalan memutar belit akan fakta dan bukti berdasarkan kecekapan menipu dan memalsukan bahan bukti dan auta~
  64. Jumlah anggota pasukan keselamatan akan bertambah ~ meningkatnya jenayah memerlukan lebih ramai anggota polis untuk mengawalnya?
  65. Ayat ayat Al Quran akan digunakan sebagai halwa telinga menggantikan musik dan lenggok bacaannya serta dipertandingkan dengan niat menikmati alunan pembacaannya dan tidak lagi difahami akan maksud nya atau dijadikan sebagai bekalan akhirat.
  66. Bulu binatang akan dijadikan pakaian dan hiasan.
  67. Umat akhir zaman akan mencerca para sahabat Rasulullah ~ Syiah...
  68. Allah akan menurunkan bencana Ribut Merah keatas manusia ~ ?
  69. Gempa bumi akan semakin menjadi jadi
  70. Wajah wajah kamu akan berubah ~ pembedahan plastik?
  71. Akan jatuh menimpa kamu batu batu dari langit ~ asteroid, tahi bintang?
  72. Penipuan dan kepalsuan akan menjadi kelaziman para pemerintah dan sikaya.



Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam juga diberitakan sebagai telah berkata bahawa di akhir zaman ini :

  1. Arak akan di panggil serbat dan di anggap halal
  2. Riba akan dikatakan sebagai keuntungan perniagaan dan di anggap halal
  3. Rasuah akan digelar hadiah dan di anggap halal
  4. Wanita kan berpakaian tetapi telanjang
  5. Wanita yang berjalan dengan sanggul unta

Hadith ini dahulunya dikatakan mengelirukan para ulamak tetapi sekarang dah jelas maksudnya:


  • Pakaian wanita yang telus - transparent ~ boleh nampak akan warna dan jenis kulit mereka ~ siap boleh dedah payudara dan coli serta seluar dalam yang seciput cuma
  • Wanita yang membaluti susuk tubuh badan mereka ~ boleh nampak segala bentuk dan lurah diri
  • Wanita yang memakai pakaian mendedah payudara dan punggung mereka
  • Kelaziman wanita sekarang bertudung dan bersanggul tinggi bagaikan bonggol unta ~ fesyen sanggul karan 50an, 60an dahulu.
  • Peperangan dan kezaliman berleluasa - pembunuhan sering berlaku..
Ingat lah bahawa semua yang tertera di atas sudah berlaku.

Masihkah ada mereka yang mahu menidakkannya?

Sila sebarkan peringatan ini kepada semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Haji Zainol Abideen ~ Mahaguru58
Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur,
MALAYSIA.


Post a Comment