Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 15, 2012

Kisah Amir Omar & Ibunya ~ Bantulah mereka!

Negara dikejutkan dengan laporan berita akhbar Harian Metro pada 8hb Mac yang lalu bahawa seorang ibu tua yang lumpuh telah ditinggalkan oleh anak lelakinya disebuah hotel sewa murah @ Hotel Muda, ditengah2 ibukota Kuala Lumpur.


Seluruh negara mengata dan mencerca anak itu kerna sanggup membiarkan ibunya keseorangan dan hebohlah semua orang bercakap dan bercerita tentang Si-Tanggang Akhirul Zaman ini serta menghina diri anak itu tanpa mengetahui apakah sebab perkara sebegitu boleh berlaku?


Masing masing mengikut sedap mulut berkata bahawa seorang ibu boleh dan sanggup menjaga sepuluh orang anaknya tetapi belum tentu sepuluh orang anak itu tadi boleh menjaga ibu mereka yang seorang itu?


Begitulah kelaziman dunia kita hari ini.


Kita semberono sahaja cepat membuat sesuatu keputusan dan merumuskan begitu dan begini secara spontan berdasarkan berita dan cerita yang belum dipastikan kesahihannya?


Dunia akhir zaman.


Media tuan2 dan puan2 boleh menjadikan seorang itu kelihatan seperti malaikat hidup dan begitu juga disebaliknya.


Pepatah Inggeris berbunyi 'Turning a saint into a sinner or a sinner into a saint!'


Maksudnya adalah dengan memaparkan imej seseorang yang penuh berdosa itu boleh dilihatkan sebagai seorang budiman yang warak dan alim.


Begitu pula bagaimana media hari ini boleh menampakkan seseorang yang sememangnya baik dan jujur kelihatan sebegitu jahat dan penuh bermaksiat!


Segala galanya adalah terpulang kepada niat si pelapor berita atau pengamal media. Andaikata keburukan yang mahu disampaikan, maka buruklah nanti persepsi masyarakat tentang sasaran media terbabit bilamana keluar berita dan cerita sensasi mengenai orang yang menjadi tajuk atau bahan berita itu.


Seperti kes Amir Omar yang diberitakan sebagai anak yang derhaka. Meninggalkan ibu tuanya yang lumpuh keseorangan di hotel murah dan tidak menjawab panggilan telefon pihak pengurusan hotel terbabit. 


Sehinggalah pihak media dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dihubungi untuk datang mengambil si ibu tua tersebut untuk dijaga di Pusat Sehenti Sg Buloh!


Maka keluar lah video menyayat hati dibawah ini menjadi 'hit' di You Tube dan mencapai 464,916 pencapaian semasa artikel ini sedang ditulis!

Siapa yang tahu akan masaalah yang telah dihadapi si anak malang yang menjadi bahan cemuhan sebegitu ramai orang yang tidak tahu akan sebab musabab si anak terpaksa meninggalkan ibunya begitu?


Rupa-rupanya si anak terpaksa masuk Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan pada anak matanya!


Ia hanya anak tunggal kematian ayah semasa dirinya masih kecil dan ia dua beranak sahaja datang berdagang ke Kuala Lumpur ini mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.


Ikutilah cerita sebenar akan kenapakah ibu tua itu terpaksa ditinggalkan demi keadaan yang memaksa?

Betapa berat mata memandang, berat lah pula bahu yang memikul!


Kisah sedih Amir Omar tidak berakhir dengan salah faham masyarakat terhadap tindakan ia terpaksa berjauhan dengan ibu tua yang amat dikasihi.


Amir kehilangan kerja akibat dipecat majikannya setelah keluar berita negatif tentang ia mengabaikan ibu tuanya ditengah kota metropolitan Kuala Lumpur!


Bak kata pepatah,'Sudah jatuh di timpa tangga!'


Saksikan lah paparan kesinambungan kisah masyarakat ini. Jadikanlah ia sebagai satu tauladan.


Kita cuma boleh bersimpati sahaja. Yang menderita adalah mereka berdua!


Kepada yang mampu, bantulah Amir Omar dan ibu tuanya.


Semoga Allahu Ta'ala memberkati anda!


Amin. Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment