Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 28, 2012

MICCAF @ Barisan Bertindak Industri Kreatif India Malaysia ~ Bual Bicara bersama Mahaguru58


Bangsar, Kuala Lumpur.
Selasa 27hb Mac 2012.


Saya menerima panggilan telefon dari salah seorang penerbit filem dan drama televisyen tempatan yang meminta kerjasama saya untuk menengahkan satu masaalah yang sedang dihadapi oleh mereka yang berkecimpung didalam Industri Kreatif India Malaysia sejak berbelas tahun dahulu!


Masaalahnya adalah kesukaran bagi para penerbit dan pengeluar filem dan drama televisyen tempatan yang terdiri dari warganegara Malaysia sendiri untuk mendapat peluang2 menyiarkan karya2 mereka melalui saluran2 televisyen berbayar seperti ASTRO dan juga melalui rangkaian televisyen milik Media Prima!


Industri Kreatif India Malaysia terdiri dari karyawan2 dan penggiat2 seni filem dan drama tv yang berkebolehan tinggi didalam bidang perfileman dan penerbitan program2 televisyen tempatan. 


Menurut maklumbalas yang saya terima secara langsung dari beberapa teraju utama MICCAF @ Malaysian Indian Creatif Content Action Force atau Barisan Bertindak Industri Kreatif India Malaysia sewaktu bertemu dengan mereka semalam di pejabat salah seorang penerbit filem dan drama tempatan yang terletak di kawasan Bangsar, sudah 17 tahun periok nasi mereka yang mewakili lebih dari 5000 orang karyawan India Malaysia ditaburi pasir oleh kuasa asing yang ditaja oleh pentadbiran stesen televisyen satelit berbayar ASTRO yang memonopoli sistem penyiaran tersebut didalam negara kita ini.


Amat menyakitkan hati mendapat perkhabaran begitu dan membuatkan saya tertanya tanya akan kenapakah dibiarkan seorang warga asing dari India bermaharajalela sekian lama menentukan arah tuju industri kreatif India Malaysia?


Siapakah dalang dalang yang menaja 'Dr. Rajamoney' yang dikatakan menyekat peluang peluang karyawan India Malaysia dari mendapat peluang2 penerbitan filem2 dan drama tempatan tetapi sebaliknya mengatur supaya kesemua 9 saluran penyiaran televisyen berbayar ASTRO yang dikhususkan untuk program2 untuk masyarakat India tempatan didalam tanahair kita ini dibuka hanya kepada syarikat2 penerbitan dari negara India?


Nama individu ini disebut secara jelas oleh anggota MICCAF didalam segmen wawancara saya bersama mereka didalam segmen2 yang akan saya siarkan nanti!


Dari luahan kekecewaan hati yang teramat sangat anggota anggota MICCAF, saya dapat merasakan betapa hancurnya semangat mereka untuk meneruskan usaha mencari rezeki bagi menampung kehidupan lebih 5000 orang penggiat industri kreatif India Malaysia dan ahli2 keluarga mereka yang sudah sekian lama tersekat gara gara angkara durjana seorang warga asing yang merampas peluang warganegara Malaysia seramai itu!


Saya turut mendengar akan berita bahawa si polan ini turut menyuap jutaan ringgit kepada seorang pemimpin ulung politik India disini bagi menjayakan hasrat dan agendanya menyekat ruang dan peluang karyawan2 tempatan India Malaysia tetapi selagi saya tidak mendapat bukti kukuh akan pertuduhan tersebut, tidak akan saya siarkan maklumat itu dilaman blog saya ini.


Insya Allah, jika ada bukti2 sahih yang menyabitkan pemimpin tersebut dengan sipolan yang sedang beraja dimata dan bersyaitan dihatinya ini, akan saya serahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjut dan sewajarnya!


Saksikan kekecewaan hati salah seorang dari beratus ribu penonton televisyen tempatan yang meluahkan rasa hatinya terhadap kemelut yang diutarakan MICCAF ini:



Demikian lah rasa kecewa peminat industri kreatif India Malaysia yang sudah bosan dengan lambakan program drama dan filem dari Negara India kerana tidak memaparkan hakikat kehidupan dan peradaban masyarakat berketurunan India di Malaysia ini.

Natijah dari lambakan filem2 Tamil yang membawa mesej negatif dan mengagung-agungkan unsur2 kekerasan dan segala macam aspek cara hidup yang bertentangan dengan tatasusila kehidupan dan norma masyarakat majmuk negara kita yang hidup dengan aman dan damai didalam komuniti pelbagai kaum, adat dan agama membawa keburukan dari aspek sosial bagi anak anak muda dan dewasa yang akan mudah terpengaruh dengan cara dan gaya yang asing bagi kebanyakan warganegara kita yang cintakan keharmonian!


Saya telah merakamkan bualbicara diatas didalam 3 bahasa. Segmen di atas diadakan didalam Bahasa Kebangsaan kita dan Segmen kedua didalam Bahasa Inggeris dan yang terakhir didalam Bahasa Tamil!


Itu adalah kali pertama saya mewawancara didalam Bahasa Tamil yang saya pun tidak berapa lancar didalam menggunakannya disebabkan lebih kerap berbahasa Melayu dan Inggeris didalam kehidupan seharian saya. Saya cuma boleh bercakap sahaja didalam Bahasa Tamil tetapi tidak tahu untuk membaca dan menulis didalam bahasa tersebut. :)


Ikuti penerbitan saya seterusnya nanti mengenai situasi ini yang boleh saya perumpamakan seperti 'Kera di hutan disusukan ; anak di pangkuan mati kelaparan!'


Bersama sama lah kita menyokong Industri Kreatif India Tempatan untuk memastikan keadilan itu tertegak dan si petualang yang bertanggungjawab diatas kemelut ini dihadapkan ke muka pengadilan!


MICCAF telahpun menemui Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato Maglin De Cruz di Bangunan Parlimen baru baru ini dan telah menyerahkan satu memorandum memohon tindakan beliau membantu menyelesaikan masaalah yang dihadapi mereka sejak 17 tahun ini!








MICCAF turut menyerahkan memorandum yang sama kepada YB Senator Dato Kohilan Pillay untuk tindakan beliau.




Puteri Reformasi YB Nurul Izzah Anwar Ibraim turut menerima salinan memorandum tersebut!
Saya belum pernah lagi melihat Nurul Izzah menjadi juara bagi masyarakat India Malaysia! Mungkin kali ini kita berpeluang menyaksikan keajaiban itu?


Ayah beliau telah pun membuat seribu satu janji kepada penduduk Kampong Buah Pala, di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dimana Kingg Karpal Singh telah turut berjanji untuk mempertahankan kampong warisan masyarakat India disana dengan berkata jentolak jentolak pemaju perlu menyeberangi kubur ahli ahli politik DAP jika hendak teruskan dengan perancangan merobohkan rumah2 penduduk India Kampong Buah Pala itu???


Pendekata, Kampong Buah Pala sudah lenyap. Kubur ahli ahli DAP tak timbul timbul juga. Janji Anwar tinggal janji! Achi Tamil hampir membakar diri. Semuanya > Sariyya Pocchi! (Dah Tamat!) :(


Berbalik semula kepada topik penulisan!


MICCAF diterajui :



Rajaender Solai
Sivagami Balasundram
Krishna Superamaniam
Mohd Sharawi Asa'ad
Muniyandi
Shanjey Kumar
Jasmin Abd Wahab



Jika anda ada maklumbalas yang hendak anda sampaikan kepada anggota Badan Bertindak Industri Kreatif India Malaysia, anda dipersilakan menghantar emel ke : miccactionforce@gmail.com


Majulah MICCAF untuk 1Malaysia!
Post a Comment