Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 20, 2012

Sidang Parlimen Malaysia 14hb Mac bagaikan sarkas da!



Takziah di-ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerna mempunyai Wakil-wakil Rakyat seperti ini yang tidak tahu berdebat dan berbahas secara berhemah apabila memperbincangkan sesuatu isu?


Tengok bagaimana Parlimen British yang menjadi acuan tatacara Parlimen Malaysia berjalan didalam video dibawah?





Saksikan bagaimana pihak Kerajaan dan Pembangkang berdebat secara budiman!





Parlimen British tidak seselesa Parlimen Malaysia dengan begitu canggih dan mewah namun ahli ahli parlimen mereka mampu berbahas dengan tertib walaupun perlu bersuara secara tegas sekali sekala untuk menegakkan pendapat masing masing!


Parlimen Malaysia sebaliknya terus menjadi bagaikan sarkas dimana mereka yang kununnnya ahli ahli yang berhormat berperangai lebih teruk dari orang yang mabuk akibat meminum samsu haram!


Hampeh!!!


PRU ke 13 semakin hampir! Pastikan mereka yang berperangai buruk didalam Parlimen Malaysia ini tidak disokong didalam pilihanraya umum nanti!


Jika tidak, saksikan lah kebobrokan mereka berterusan nanti...


Tuan Speaker di Parlimen kita perlu lebih tegas dan mengawal tingkah laku kurang beradab ahli ahli parlimen kita seperti didalam video dibawah ini yang menunjukkan Speaker Parlimen British menjalankan tugasnya dengan cemerlang :





Andaikata Speaker2 Parlimen Malaysia tidak mampu, maka elok lah ditayangkan secara langsung akan Persidangan Parlimen Malaysia ke seluruh negara sebagai bahan hiburan rakyat menggantikan siaran sinetron Indonesia yang semakin berlambak di rangkaian2 televisyen negara!
Bolehlah tengok aksi aksi 'Yang Berhormat' naik syeh sambil pekena kopi O kaw, ye?


Kebanyakan ahli ahli parlimen Malaysia degil macam nak mampos dan pura pura tidak faham arahan Tuan Speaker bagaikan tak reti Bahasa Malaysia!



Lawak Sarkas seMalaysia?


Yang Berhormat? :P
Post a Comment