Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 27, 2012

Nikmat Ruku', Sujud, Duduk di antara 2 Sujud, dsbnya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian,


Sebelum ini saya memang tidak pernah terfikir langsung akan kenikmatan berupaya beribadah secara kebiasaan kita didalam solat.


Selama ini memang tidak pernah terlintas langsung didalam fikiran bahawa akan datang suatu ketika dimana saya akan terpaksa mengerjakan solat secara orang2 tua yang uzur atau kurang upaya dengan secara duduk diatas kerusi!


Nah, datang cubaan sejak bulan lepas dimana saya digigit se-ekor lintah @ pacat semasa mendaki kawasan bukit di Kuala Kubu Baru. Pada mulanya saya berasa gembira kerana menyangka bahawa diri ini terlepas dari menjadi mangsa gigitan pacat sedangkan teman2 pendakian saya yang lain masing masing berlumuran darah dibetis dan kaki angkara pacat yang sememangnya dicipta untuk menghisap darah kita atau mana mana margastua lain yang mencerobohi kawasan jajahan takluknya didalam hutan belantara tanahair kita ini.


Rupa rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Saya menjadi mangsa gigitan pacat juga dan bukan sebarang pacat! Pacat yang menggigit saya telah memindahkan kuman dan bakteria kedalam sistem salur darah saya sehingga beberapa hari selepas itu kaki kanan saya mula melepuh dibeberapa tempat dan membengkak!


Bilamana saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor menyatakan saya telah terkena penyakit bernama 'Cellulitis', serangan bakteria dan jangkitan kuman dilapisan bawah kulit dan boleh melarat kepada kehancuran tisu! Ini pula dipanggil Necrotising fasciitis


Saya memang tidak menjangka sama sekali bahawa gigitan pacat boleh membawa kepada keadaan seteruk ini? 


Saya menderita lepuhan betul betul di tepian luar dekat dengan lutut ; hampir dengan sambungan tendon dan ligamen kaki maka peritnya cukup terasa!


Ada gambarajah yang menunjukkan kesan Cellulitis pada kaki sama seperti yang saya alami tempohari! Memang cukup menyiksakan! Semuanya gara gara gigitan se ekor pacat harimau di hutan belantara Kuala Kubu Baru! Grrr.....
Sudah lah saya ini pesakit kencing manis, kena pula kaki membengkak dan melepuh bagaikan melecur di 5 tempat dengan lepuhan yang paling teruk ditepi luar dekat dengan lutut kaki kanan. Lepuhan itu pula mulai berisi cecair dan kemudian pecah menampakkan isi yang mula bernanah dengan sakit yang bukan kepalang!


Benar benar menduga kesabaran saya dan saya berasa amat payah untuk membengkokkan kaki dan tidak tertahan rasa sakitnya untuk meletakkan kepala lutut ke lantai bila hendak sujud dan duduk di antara 2 sujud! Untuk dapat duduk melipatkan kaki dengan kepala lutut seperti di atas hanya mampu dilakukan kita sekiranya kita sihat dan sempurna.
Sakit dikawasan tepian lutut
Mahu tidak mahu terpaksa lah saya solat sambil duduk di atas kerusi.
Gambar Ehsan Haji Maarof Kassim
Baru kini saya sadar betapa nikmatnya dapat ruku' dan sujud dengan sempurna semasa badan sihat? Betapa terkilannya dihati bila solat secara duduk dan hanya mampu memandang sejadah dengan tidak berupaya meletakkan dahi keatas nya seperti selalu? :(
Gambar contoh Solat secara duduk di atas kerusi
Betapa sedihnya diri ini bila tidak mampu ruku' dengan sempurna dan terpaksa hanya membongkokkan badan secukup syarat dan kemudiannya sujud secara gitu juga tetapi rendah sedikit lagi dari semasa berisyarat ruku' tadi?


Saya tidak berputus asa dan terus ke HUKM untuk mendapatkan rawatan lanjut bila doktor di klinik swasta yang saya sering kunjungi menyatakan bahawa kes saya perlu di rujuk ke doktor pakar di hospital.


Hospital terdekat dengan kediaman saya adalah di HUKM tetapi oleh sebab HUKM bukanlah sebuah hospital kerajaan didalam ertikata sebenarnya maka terpaksa lah saya ke Klinik Kesihatan Kerajaan yang terletak di Bandar Tun Razak.


Di HUKM, sekali 'dressing' luka saya kenalah bayar RM50! Tak ade ubat yang diberi. Cuma setakat dressing sahaja. Tetapi 'Medical Assistant' yang merawat saya telah melaksanakan kerja kerja 'dressing' luka dengan sebegitu elok sekali. 


Siap menggonyoh luka saya sehingga tinggal tisu tisu merah  dan beliau menggunakan pisau pembedahan @ scalpel untuk menyiat keluar kepingan berwarna kekuningan dari luka saya itu dan juga melakukan ' incisive dressing' dimana ia membuang segala bekas bekas luka yang mengering dan mencuci luka saya sehingga keluar darah merah menandakan bahawa sudah mula bersih dan penyembuhan luka akan berlaku, Insya Allah!


Berkat usaha saya pergi mendapatkan rawatan setiap hari di klinik kesihatan tersebut, Alhamdulillah, luka saya kinmi sudah mula menunjukkan kesan2 penyembuhan dan pada hari ini sempena Solat Jumaat, dapat saya menyempurnakan ibadah solat saya seperti sediakala!


Allahu Akbar! Alhamdulillah! Maha Suci Allah Tuhan Maha Penyembuh!


Sudah dapat saya ruku' dan sujud kembali serta duduk di antara dua sujud dan bertahiyyat secara sempurna kembali!


Dahi saya ini yang merindukan sejadah kini dapat ke paras lantai sekali lagi mengagungkan Ilahi Tuhan Maha Suci dengan sempurna kembali. 


Saya berasa amat bersyukur kerana Allahu Rabbi telah memakbulkan do'a saya sekian lama ini untuk dapat kembali ruku' dan sujud kepadaNya dengan sebaik mungkin.


Sebenarnya bagi mereka yang sihat tubuh badan dan mampu melakukan segala rukun2 solat dengan sempurna tidak mempunyai alasan untuk tidak melaksanakan solat mereka!


Cuba lihat gambar dibawah ini!
Apa lagi alasan yang hendak kita berikan? Memang tak ada. Lainlah jika kita dah koma, kaku tubuh badan, tak dapat bergerak langsung....ha..solatlah didalam hati..jika masih belum...mati!



Syukur Alhamdulillah! Hari ini dapat saya berbasikal kembali ke masjid dan menyempurnakan solat Jumaat saya dengan elok! Syukur Ya Allah!


Sungguh seronok hati ini dapat ruku' dan sujud kembali dengan sempurna. Alhamdulillah! Mudah2an saya akan terus mendapat nikmat ini sehingga saya menghembuskan nafas saya yang terakhir dimuka bumi ini. 



Amin! Amin! Ya Rabbal Alamin!
Post a Comment