Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, April 29, 2012

PDRM ~ Kenyataan Akhbar Polis Kuala Lumpur



Apakah PDRM akan hanya menyiarkan kenyataan akhbar seperti ini dan tidak menyusulinya dengan tindakan menangkap penganjur2 perhimpunan haram BERSIH 3.0 terutamanya Ambiga Sreenevasan dan yang lain2?


Kenapalah pasukan keselamatan negara kita kini begitu terkongkong dari menguatkuasakan undang2?


Aah....jawapannya mudah!


Disebabkan kelemahan dua manusia ini! 


Yang sebelah kiri Raja Retorik! Berucap tak dari hati tetapi hanya dari 'teleprompter'. Tak terasa kat dalam hati kita jika mendengar ucapan2nya kerana memang bukan dari isihati dia. Tak berani mengambil risiko dan kerap mengambil jalan selamat dengan menaburkan sumbangan dari perbendaharaan kerajaan untuk memikat hati para pengundi yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Tidak mempunyai jatidiri seumpama Dr.Mahathir dan mantan PM Singapura Lee Kuan Yew. Menjadi PM melalui aturcara kepimpinan populis dan kerana ayahnya pernah menjadi PM. Tidak boleh diharap untuk membuat keputusan yang boleh menentukan arahtuju negara ini secara peribadi. Keputusannya lebih kepada polisi menjaga periok nasi sendiri.Tidak ada pemilihan jawatan Presiden didalam partinya secara terus. 


Yang sebelah kanan sudah terkenal dengan ketidaktegasannya menghadapi anasir2 anti nasional dan pengkhianat negara. Termahsyur dengan sikap 'tangkap & lepas'. Tidak terakam didalam rekod perkhidmatan nya sebagai Menteri Dalam Negeri yang boleh diharap dan telah gagal didalam tugasnya melindungi kepentingan dan kebajikan pasukan keselamatan negara yang utama iaitu Polis Di-Raja Malaysia! Selama ia menjadi Menteri Dalam Negeri, imej pasukan PDRM sudah tidak lagi digeruni para penjenayah dan pembangkang semakin naik tocang dengan kelemahan manusia ini untuk menguatkuasakan undang2 keselamatan negara.


Buktinya kita semua telah saksikan didalam rusuhan2 yang telah berlangsung semalam dan sebelum ini.


Bayangkan jika para petualang2 negara seperti penganjur2 dan penyokong2 rusuhan semalam dibiarkan berleluasa lagi disebabkan kegagalan dan kelemahan dua sepupu diatas ini?


Anarki akan tercetus didalam negara Malaysia ini dan pasukan2 keselamatan negara seperti pihak polis akan hanya menjadi pemerhati ataupun mangsa keganasan perusuh2 durjana laknatullah seperti semalam!!!
Post a Comment