Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 20, 2012

Masjid Al Husna, Bandar Sunway - Bila Imam bersuara!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Saudara saudari pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati sekelian.


Jumaat nan lalu @ 18hb Mei 2012, saya berkesempatan menunaikan Fardhu Jumaat saya buat pertama kalinya di Masjid Jamek Al-Husna, Bandar Sunway, Selangor Darul Ehsan.


Alhamdulillah. Satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan berdasarkan beberapa fakta!


Sudah sekian lamanya saya belum lagi berpeluang mengikuti khutbah yang disampaikan oleh para khatib dan imam masjid secara terus dari minda mereka sendiri tanpa merujuk kepada teks khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa agama negeri atau negara!


Nah! Di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, saya dapat mengikuti khutbah yang terbit terus dari hati khatib dan imam masjid berkenaan iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Abdul Hadi bin Bakri.


Beliau menyampaikan isi khutbah yang berkisar tentang keadaan jawatankuasa pengurusan masjid yang melantik orang yang bukan ahli agama untuk menjadi pengerusi dan pentadbir masjid berkenaan.


Ustaz Haji Hadi begitu bersederhana didalam cara berkhutbah nya mengenai satu perkara yang memang mengganggu dan mengusik fikiran dirinya sebagai imam di masjid berkenaan tetapi terkilan sebab ada pihak2 tertentu yang melantik seseorang yang tidak sepatutnya menjadi pengerusi dan pentadbir urusan masjid berkenaan.


Saya melihat para jamaah masjid bersebelahan saya yang pada awalnya sudah bersedia untuk mengeruh berdengkur menyangkakan isi khutbah pada Jumaat itu akan serupa sahaja dengan pengisian khutbah 'run of the mill' yang disediakan oleh JAIS tetapi mula bersengkang mata mengikuti setiap bait perkataan yang terbit dari mulut sang imam!


Memang lain dari yang lain kali ini! 


Terasa sayu dan sedih mendengar khutbah dari imam muda yang bersaiz badan serupa ahli gusti sumo Jepun! Lembut tutur katanya dan amat berhemah sekali ia menyampaikan khutbah yang berkisar tentang sesuatu yang bersifat sebegitu peribadi kerana ianya menyentuh keharmonian masjid itu sendiri.
Bila urusan masjid dipegang oleh mereka yang bukan ahlinya, maka ada kemungkinan kariah tempatan akan menghadapi masaalah diberikan nasihat agama yang tidak berasaskan syarie tetapi lebih kepada pendapat peribadi sipolan yang tidak menjadi ahli didalam urusan agama yang diberikan kepada nya?


Panjang lebar diceritakan Ustaz Haji Abdul Hadi tentang permasaalahan pihak dirinya dan juga ahli ahli jawatankuasa masjid yang lain bila mereka terpaksa menahan sabar diletakkan dibawah arahan seseorang yang tidak pakar didalam bab bab urusan agama Islam dan Syariah.


Saya tidak sempat merakam video khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Hadi Bakri tetapi sebaik selesai saya beribadah dan kemudiannya berbual bicara dengan dua orang pemuda Arab dari Oman tentang mazhab 'Ibadi' yang diamalkan mereka, saya bingkas pergi bersalam dan bertanya khabar dengan Imam Ustaz Haji Abdul Hadi Bakri akan keadaan sebenarnya yang disampaikan beliau didalam khutbah tadi?


Beliau mengaku bahawa pihak dirinya dan beberapa ahli jawatankuasa Masjid Jamek Al Husna Bandar Sunway sememangnya tidak bersetuju dengan cara pihak yang meletakkan seseorang yang tidak begitu ahli didalam urusan syariah dan Agama Islam dilantik dan diberikan kuasa menentukan arah tuju dan cara pengurusan masjid berkenaan!


Beliau meminta saya terbitkan tentang perkara ini didalam blog saya ini dan berharap ianya akan mendapat perhatian pihak yang berwajib terutamanya JAIS!


Saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Haji Abdul Hadi Bakri bahawa bab bab pengurusan masjid elok lah dikendalikan dan ditadbir oleh seseorang yang berilmu pengetahuan agama yang layak dan bukannya diserahkan begitu sahaja kepada sembarangan orang apatah lagi kepada orang yang bukan kaki masjid?


Macam kereta kita rosak tetapi kita nak serahkan pada sembarangan orang saja untuk membaikinya? Mahu terbakar dan hancur enjin kereta dibuatnya nanti? Mana mungkin kita pergi menyerahkan sesuatu urusan sepenting pentadbiran masjid kepada mana mana orang sahaja? 


Asalkan kroni pihak yang berkenaan itu sahaja terus dilantik sipolan itu dan ini untuk menjadi penentu hal ehwal masjid? Mana boleh gitu?


Inilah diantara luahan Tok Imam Masjid Jamek Al Husna Bandar Sunway tersebut!


Beliau boleh dihubungi melalui talian 0194449378 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemelut ini. Beliau juga boleh dihubungi melalui emel peribadi beliau iaitu di ustazabdulhadibakri @ yahoo.com


Mudah2an masaalah salah lantik orang jadi pengerusi dan pentadbir masjid berkenaan akan diberikan perhatian oleh pihak JAIS dengan kadar segera. Amin.


Menunaikan amanah Tok Imam Ustaz Abdul Hadi Bakri,



Post a Comment