Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, May 07, 2012

Melayu boleh maju jika mereka belajar bekerjasama!

Melayu harus belajar maju bersama sama demi kejayaan negara! Begitu juga dengan kaum2 lain di Malaysia seperti Cina, India dan lain lain! 


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah seorang yang begitu pintar dan cerdik berkarya dengan pesanan2 yang begitu jelas kepada bangsa Melayu melalui karya2 terbilang filem2 nya supaya bekerjasama didalam perkara2 kebajikan yang di anjurkan didalam agama kita.


Satu contoh terbaik adalah didalam adegan berikut yang saya petik dari filem 'pecah panggung zaman filem hitam putih' Seniman Bujang Lapok:





Didalam klip video di atas, P.Ramlee menegur sikap orang2 Melayu yang lupa terhadap kewajipan berbudi bahasa sesama manusia. Watak S.Samsudin menggunakan bahasa kasar didalam menyapa watak pengawal pintu masuk dan keluar studio perfileman dengan menggunakan perkataan 'Hoi! Ini wayang gambar pusing kah? terhadap Punjabi itu.
Bila Singh itu tidak menjawab, S.Samsudin berkata lagi,'Oh! U pun tersampuk ke?' dan kemudian pergi balik kepada 2 kawannya sambil mengajak mereka kembali merungut bahawa orang2 kat studio tu semua kepala angin.


Watak jaga Punjabi itu menempelak S.Samsudin dengan berkata,"Nama sahaja orang Melayu! Sikit adat pun tak tau! Orang punya dekat panggil Hoi! Hoi! Hoi! Saya ni ape? Batu ke? Kayu ke?"


Banyak pengajaran yang boleh kita dapati didalam adegan tersebut. 


Kemudiannya kita di sajikan dengan adegan Penyakit Hasad Dengki watak Ali Fiji bila ia mengata terhadap 3 Bujang Lapok itu yang sedang berjalan menuju pejabat Manager. 'Itu 3 orang mau apa?' Bila Singh kata mereka hendak meminta kerja, Ali Fiji berkata' Ini macam punya muka, mau jadi filmstar ke?'


Singh itu menempelak watak Ali Fiji dengan membahasakannya "Lu pun satu lah! Baru orang mau minta kerja lu macam2 cakap! Apa macam lu punya bangsa mau maju?".


Ali Fiji terasa lalu membalas,"Alamak Singh ! Lu bahasa sama gua Singh!" 


Singh menjawab,"Bukan bahasa. Lu punya nasib, lu makan. Dia punya nasib, dia makan. Apa salah kah makan sama2?"


Sekarang ini keadaan orang2 Melayu semakin teruk dari apa yang digambarkan oleh P.Ramlee didalam filem2 klasiknya itu!


Melayu hari ini sanggup berbunuhan dan semakin ganas didalam bersengketa sesama bangsa mereka!


Pantang tengok sesama bangsa mereka maju dan berkedudukan. Takkan senang dan redha didalam hati selagi musuh mereka tidak dijatuhkan dan diaibkan dikhalayak ramai!


'Tak dapat tanduk ; telinga dipulas!' Asalkan dapat membalas dendam terhadap seseorang, maka si pendajal sanggup membahayakan atau menjahanamkan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan musuh utamanya!


Alang alang bermusuh2an sanggup memperdajjalkan sesama Melayu biar orang lain yang mendapat untung asalkan puas di hati mereka yang hitam berdendam kesumat sampai 7 keturunan!


Melayu harus sedar diri dan kembali kepada fitrah mereka sebagai kaum yang memegang erat kepada adat resam turun temurun yang terkenal sebagai masyarakat yang berbudi bahasa dan berpegang teguh terhadap ajaran2 Agama Islam yang membentuk peribadi manusia beriman menjadi masyarakat terpuji dan terbilang di rantau Asia Tenggara.


Melayu sekarang sudah terlalu jauh hanyut dibawa permusuhan sesama mereka ; berpecah belah diantara satu sama lain dan sanggup menjahanamkan hak sesama bangsa dan sudah ada dikalangan Melayu yang sudah sanggup menghapuskan warisan dan ketuanan Melayu dibumi sendiri.


Entah bila Melayu akan sedar diri dan merapatkan kembali jurang permusuhan politik sempit diantara mereka?


Agak agaknya hanya bila Melayu hilang kembali hak mereka ke atas tanahair ini seperti yang pernah berlaku di zaman kejatuhan Empayar Kesultanan Melaka dahulu pada tahun 1511 dan hanya merdeka semula pada tahun 1957?
Feringgi menawan Melaka!
Selama 446 tahun Melayu dijajah dan hasil kekayaan bumi bertuah ini di rampok sang penjajah tetapi Melayu masih tak sedar sedar diri lagi?


Segalanya bertitik tolak dari mempunyai Sultan2 dan Raja Melayu yang lupa akan tanggungjawab mereka terhadap mendaulatkan Perintah2 Allah ke atas diri mereka selaku 'Ketua2 Agama Islam' di atas negeri dan jajahan takluk masing2 serta pemimpin2 Kerajaan Melayu yang bacul dan lemah terhadap serangan2 anasir2 anti-Melayu dan anti negara yang semakin naik tocang dan tumbuh tanduk sejak kebelakangan ini.


Ketua2 Polis Negeri dan Negara turut terkongkong dengan seribu satu sekatan dan larangan menggunakan kuasa yang di amanahkan terhadap mereka dan pasukan keselamatan negara menjadi bagaikan harimau tidak bertaring lagi gara gara Kerajaan Najib Tun Razak terlalu lemah melayan seribu satu macam tuntutan puak pembangkang dan peguam2 durjana pelingkop kedaulatan dan ketuanan Melayu ke atas tanahair warisan mereka sendiri!


Ketua2 Agama Islam yang dayus dengan membiarkan pasangan masing masing mendedahkan aurat dikhalayak umum serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia yang turut dayus serta bacul membiarkan program2 hedonisma membanjiri siaran2 stesen radio dan televisyen negara.


Malu sungguh bila taip perkataan Melayu didalam Google Search dan bila mencari imej Melayu, yang keluar adalah rata rata imej wanita2 Melayu yang lucah2 belaka!!! Mana hilangnya maruah Melayu???


Andai segala kemungkaran dan kelemahan ini dibiarkan berterusan, maka usah hairan lah nanti jika Melayu bakal merempat kembali di bumi sendiri???


Ini pesanan dan teguran ikhlas hamba selaku seorang warganegara Tanah Melayu ini yang khuatir akan nasib sesama Muslim di bumi Malaysia ini.


Ini adalah tugas dan tanggungjawab saya selaku seorang penulis blog Muslim yang tidak mahu melihat kecelakaan sekarang berterusan dan semakin menular dikalangan orang2 Melayu disegenap lapisan masyarakat dari yang paling rendah dikalangan orang2 awan sehinggalah ke tahap Kesultanan Melayu yang hidup di istana bagaikan lupa bahawa setiap saat dan detik yang berlalu menghampirkan diri masing masing ke temujanji dengan Malaikatul Maut, Sayyidina Izra'il Alaihis Salam dan liang kubur masing masing!


Hendak seribu daya! Tak hendak? Tanggung sendiri lah beb!


Ya Allah! Tuhan Semesta Alam! Saksikanlah Ya Rabb bahawa hamba Mu ini telah menyampaikan nasihat dan teguran seikhlas mungkin kepada sesama Islam denganku!


Semoga pesananku ini dapat diperpanjangkan kepada semua yang berkenaan.


Insya Allah.
Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
Malaysia







Post a Comment