Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 01, 2012

Ahli2 Majlis Perbandaran Subang Jaya pula kena maki hamun!


Nampak gayanya semakin panas suasana di Selangor Darul Ehsan bilamana aduan para penduduk Bt 14, Puchong, Selangor dari kaum India dilayan lebih kurang oleh Ahli2 Majlis Perbandaran Subang Jaya tatkala para penduduk tersebut ke Bangunan Majlis MPSJ untuk menuntut keadilan bagi pihak diri mereka baru baru ini!


Rakaman video diatas menunjukkan beberapa orang Ahli Majlis MPSJ kena maki percuma bila cuba berdailog menggunakan Bahasa Tamil tungging langgang dan mencetuskan kemarahan wakil penduduk yang terus mencerca Ahli2 Majlis berkenaan siap dengan makian didalam Bahasa Hokkien terhadap mereka!


Nampaknya PRU ke 13 ini bakal menyaksikan letusan gunung berapi perasaan amarah rakyat Selangor yang tidak puas hati dengan cara pihak berkuasa tempatan Kerajaan Negeri Selangor tidak mampu menyelesaikan masaalah2 mereka yang semakin lama semakin menjadi sejak Pakatan Pembangkang mengambil alih kuasa memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan ini sejak tahun 2008 apabila Barisan Nasional Selangor dibawah Dato Seri Dr Khir Toyo kalah teruk didalam PRU ke 12, empat tahun lalu!


Semoga peristiwa ini menjadi contoh tauladan kepada mana mana pihak yang akan memenangi pilihanraya umum yang akan muncul tiba tidak berapa lama lagi! 


Jangan ambil mudah dengan luahan perasaan orang2 awam. Walaupun kebanyakan mereka tidak terdiri dari orang2 yang kaya raya dan berpendidikan tinggi namun mereka juga mempunyai maruah dan perasaan.


Kendalikanlah masaalah mereka dengan penuh berhemah dan rasa bertanggungjawab. Kuasa dan kedudukan politik sekarang bukanlah sesuatu yang kekal selamanya. Jika salah perhitungan dan tidak tahu cara cara mengambil hati orang2 susah di negeri tuan puan sekarang maka bersiap sedia lah kalian untuk menghadapi tsunami politik yang mungkin boleh berubah sekelip mata didalam PRUke 13 nanti!


Sekali air bah ; sekali pasir berubah!
MB BN Selangor Dato Seri Khir Toyo dulu tumbang sebab menghadiahkan penyapu pada petugas awam dan lain lain hal lagi melibatkan hartanah dsbnya. Orang ramai sakit hati melihat perbuatan menjatuhkan airmuka petugas kerajaan dimalukan secara terbuka begitu!
Khir Toyo berkeras menyatakan bahawa ia tidak melakukan kesilapan dengan menghina pegawai kerajaan sebegitu dengan menghadiahkan sebatang penyapu tetapi ternyata bahawa para pengundi Selangor tidak lupa akan kesombongan Khir Toyo dan mengajar BN Selangor didalam PRU ke 12 dengan mengundi Pakatan Pembangkang menjadi Kerajaan Selangor Darul Ehsan pula!


Ingat Khir Toyo menyesal dengan perbuatannya? Ia tetap berkeras berkata ia tidak silap! 


Sejarah membuktikan sebaliknya! Sesal dahulu pendapatan ; sesal kemudian tidak berguna. Nasi sudah menjadi bubur beb! 


Bak kata Nabil ~ 'Lu pikirlah sendiri!'


Ahli2 Majlis Perbandaran Subang Jaya yang cuba berlagak pandai dengan bertutur didalam Bahasa Tamil rojak dah kena tempelak dan caci maki kaum India yang berang dengan keterlanjuran Ahli Majlis yang mereka cap sebagai Apek penggoreng Char Koay Teow yang tak reti berbahasa Melayu sebagus wakil2 kaum India yang datang mencari penyelesaian masaalah rumah2 mereka yang rosak retak angkara pembangunan yang tidak teratur dikawasan kediaman mereka di Bt 14, Puchong!


Laungan2 'Rasuah' dan macam2 lagi tuduhan kedengaran didalam rakaman video di atas menunjukkan bahawa letusan gunung berapi kemarahan penduduk yang terjejas tetapi dilayan dengan cara kurang profesional sekali oleh Ahli2 Majlis Perbandaran Subang Jaya berkenaan!


Nampak sangat bahawa pegawai2 pihak berkuasa tempatan Pakatan Pembangkang tidak belajar dari kesilapan Kerajaan BN Selangor dahulu!


Salah perhitungan didalam melayan penduduk maka nampak gaya tak bersambung lagi le tempoh perkhidmatan kalian wahai Ahli2 Majlis berkenaan didalam penggal akan datang!


Untung sabut timbul ; untung batu tenggelam le nampak gayanya brader....
Post a Comment