Tajuk video You Tube berikut sahaja sudah cukup untuk pengikut PAS menggelegak darah mereka dan mengecop Prof.Dr.Nasoha Saabin yang menyampaikan ceramah beliau mengajak manusia untuk taat kepada Allahu Ta'ala dan bukannya kepada mana mana parti yang berslogan begitu begini sebagai 'Professor Kangkong!'.
Bilamana saya mengikuti percakapan Prof. Dr. Nasoha Saabin memang ada rasionalnya. Namun saya serahkan kepada tuan/puan untuk mengikuti rakaman ceramahnya dan kemudian membuat rumusan masing masing berdasarkan akal fikiran dan pengetahuan masing masing.
Berfikirlah secara kritis dan pertimbangkan hujah2 Prof.Dr. Nasoha Saabin:
Bersedialah untuk mendengar batuk si perakam video sekali sekala! :P
6 comments:
only one thing i like with him is,he prefer the way of Prophet PBUH
the other things is his speech full of ego and "hina" tabligh jama'at
Itulah masaalahnya Mohamd Firdaus Shajahan.
Susah nak dapat orang yang boleh kita jadikan tauladan sekarang ini.
Ada saja yang tak sempurna. Molek kot sini, berdanoq kat sana pula.
Percakapan pakat lepas sahaja dan cukup cepat melabelkan sesama Islam seperti itu dan ini.
Saya tidaklah setuju seratus peratus dengan segala hujjahnya ini tetapi ada satu dua perkara yang ia katakan memang boleh diterima tetapi tak semua!
Cuma sebagai perbandingan pendapat sahaja. Tak setuju sokmo pun tuan.
Masalahnya dengan memanggil gelaran sebegini kepada pihak opponent, kesannya adalah reciprocal. Kalau sebelum timbul video ini, tiada penyokong Pas yang memanggil gelaran hodoh dan buruk kepada Nasoha ini, tetapi sekarang macam2 dah keluar - anjing Umno dan macam-macam. Memang unproductive "berdakwah" cara ini. Mustahil penyokong Pas akan berdiam diri dan tidak membalas balik tuduhan ini dengan tuduhan serupa (atau lebih teruk).
Setuju dengan pandangan ExPet.
Orang berilmu sepatutnya lebih sopan cara penerangannya. Hujah tak semestinya di ikuti cercaan.
Jika dapat mahu saya bermuzakarah dgn Prof ini. Mana tahu mungkin beliau mahu mendengar nasihat kita pula?
Dakwah seharusnya menggunakan hikmah bukan main demah saja!
Bagai menarik rambut dari tepung ; rambut jangan sampai terputus ; tepung jangan sampai berselerak!
selama ni takda orang nak tegur nik aziz, macam2 fatwa busuk dikeluarkan olehnya. semua orang dalam pas takut nak tegur, rela mungkar dibuat oleh nik aziz tanpa dicegah walhal terang lagi bersuluh percakapan nik aziz byk yang menyimpang dari quran & sunnah.
prof nasoha bukan orang politik, biarkan dia menegur nik aziz. dia ada pendapat dan tasfiran sendiri kenapa dia menegur nik aziz yang katanya dah berperangai azazil. Kalau tengok fatwa2 nik aziz tentang menghalalkan perkara yg haram...sy rasa prof nasoha ada jawapan kenapa dia kritik keras nik aziz
http://selamatkan-bumi-malaysia.blogspot.com/2012/06/panas-patutla-prof-nasoha-tegur-nik.html
Standard la org jenis nak perhatian....masuklah blog dia tak abis memuji tentang kelulusannya, lagu yang dia cipta, usaha dakwah dia buat (macam org lain tak pernah berdakwah kpd bukan islam) lepas tu keji-kejaian kepada tabligh, PAS, pujian kepada tun mahathir
semua tu nak pancing perhatian ....pilihan raya dah dekat kan masani lah nak tonjol diri
Post a Comment