Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, July 09, 2012

Boria Skim Cepat Kaya Pi'ee, M.Shariff & Maidin


Zaman kegemilangan Boria Pulau Pinang. Lagenda2 Boria seperti Pi'ee, Allahyarham M.Shariff dan Maidin memang terkenal satu Malaysia dengan kebolehan mereka membawakan lagu boria bersulam lawak jenaka yang bersih sesuai untuk menjadi tontonan sekeluarga.
Pi'ee dengan Arwah Pak Daud dan rakan lawak
Boria Sungai Pinang
Masih berjaya menggeletek hati kita dengan lawak jenaka spontannya, pelakon dan pelawak terkenal Shafi'ee Ja'afar @ Pi'ee sedang beraksi diatas pentas boria bersama salah seorang penggiat seni boria Pulau Pinang Omar Hashim @ Omara dan Sharifah Juairiah, seorang pelawak boria baru.

Pi'ee, Omar Hashim dan Maidin
Boria zaman dulu dulu memang cukup menghiburkan. Yang sekarang ni saya tengok kelam kabut dengan susunan muzik dan senikata yang kadang kadang merapu dan merepek meraban.


Dulu tak ada wanita atau kanak kanak perempuan didalam kumpulan 'kelasi boria'. Sekarang dah cacamarba!


Usaha Pak Omar Hashim @ Omara untuk membawa boria kembali ke zaman kegemilangannya patut dipuji tetapi jika boleh hendaklah mengikut mutu dan cara zaman dulu dulu.


Rentak boria tak patut di ubah dengan cara keterlaluan menurut lagu lagu yang entah apa apa di zaman sekarang.


Boleh buat perubahan didalam lirik tetapi hendaklah berirama sesuai dengan tarian dan persembahan boria asli. Baru lah akan ada para peminat boria kembali menyanjung dan menyokongnya.


Untuk mengikuti perkembangan boria, silalah mengunjungi blog Omara @ Warisan Boria disini.


Majulah Boria Pulau Mutiara!
Post a Comment