Ikhwanul Muslimin yang saya hormati sekelian,
Saya menunaikan Solat Jumaat saya hari ini di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras, KL. Tajuk khutbah tadi adalah 'Perajurit Pilihan'.
Di bacakan oleh seorang khatib yang nada suaranya mendatar memanjang dan tidak ada penghayatan sedikitpun sehingga saya melihat ramai yang mula lentok kepala dan terusnya tenggelam di alam mimpi!
Khutbah Jumaat seharusnya disampaikan secara penuh semangat dan dihayati oleh khatib barulah isi khutbah akan sampai kepada para jamaah.
Sudahlah intipati khutbah ditentukan oleh pihak Jabatan Agama Negeri yang berkenaan, penyampaian secara bacaan dengan nada mendatar dan tak ada jiwa oleh si-khatib tadi tidak dapat di hayati jamaah!
Nampak seperti si khatib tidak betul betul faham akan apa dia yang sedang ia baca itu membuatkan jamaah mulai berat kelopak mata dan seperti biasa akan mula lena di alam mimpi. Tak ada 'connection langsung' dengan sidang hadirin jamaah Jumaat!
Saya rasa dah sampai masa JAKIM, MAIWP, JAIS dan segala Jabatan Agama lain memastikan setiap khatib yang dilantik untuk membaca khutbah atau apa sahaja teks yang disediakan mereka mempunyai kebolehan membaca dengan lancar, mempunyai perwatakan yang boleh memikat perhatian jamaah dan faham tentang apa yang mereka sampaikan?
Jika tidak jadi macam tadi le. Ramai yang berdengkur...
* Jangan dok bagi alasan sedang berpuasa! Berpuasa tak semestinya dijadikan jalan keluar bagi penyampaian khutbah yang hambar seperti tadi!



No comments:
Post a Comment