Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, July 06, 2012

Lim Guan Eng pernah berkata begini? Screenshot Dalam Sejarah.

Saya dah lupa bila saya dapat screenshot berikut yang memaparkan keterangan tertutup Saudara Lim Guan Eng yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Pakatan DAP-PKR-PAS. 


Sila klik ke atas screenshot dibawah ini dan kemudian 'right click' dan 'Open in a new tab' untuk melihat apa yang terkandung didalam paparan laman blog tersebut yang kini sudah dipadamkan dan hilang didalam alam siber!
Baca satu persatu luahan rasa pemimpin DAP berkenaan! Saya ingin tahu apa perasaan anda bila menyaksikan luahan hati sebegini?


Jangan pula lupa dengan bukti kebencian Teresa Kok terhadap paparan tulisan Jawi diatas papantanda jalanraya dikawasan parlimennya di Seputih! Naik berbulu dia melihat tulisan Jawi identiti orang orang Melayu Islam padahal bumi disini adalah Semenanjung Tanah Melayu!!!


Saya tak tahu siapa sebenarnya yang pernah mengendalikan blog Youtube ini tetapi jika ianya dikawal oleh individu yang tertera namanya secara terang terang disitu, maka luahan hati seperti itu mendedahkan maksud dan matlamat sebenar pihak berkenaan untuk menghapuskan kuasa dan kedudukan orang orang Melayu di tanahair mereka sendiri!


Cuba teliti paparan screenshot kedua dibawah pula:
Klik ke atas screenshot diatas dan buka di link yang baru untuk dapat membaca dengan jelas akan ayat ayat yang pernah diluahkan oleh pengendali blog berkenaan!


'Sekali lagi saya mahu ingatkan, rahsia tetap rahsia. Kita semakin hampir untuk mentadbir Malaysia. Dan saya tahu, channel saya didalam youtube hanya dapat dibuka dan hanya boleh dibaca kenyataan saya ini hanya untuk rakan-rakan ahli yang berdaftar sahaja.'


Tuan tuan dan puan puan, pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati sekelian,
Saya ingin menyeru kepada sesiapa dikalangan anda yang ada kemahiran 'cyber forensics' untuk turut menyiasat bukti bukti diatas dan bantu saya memastikan kesahihan paparan blog yang pernah ujud secara rahsia ini.


Apa yang diterbitkan itu amat membahayakan kedudukan orang orang Melayu dan Islam didalam Negara Malaysia kita ini.


Saya dah cuba mencari bukti bahawa paparan screenshot ini pernah ujud pada suatu masa dahulu tetapi saya rasa ianya memang sudah dipadamkan oleh pengendalinya. Namun tertera tarikh blog Youtube berkenaan mula diaktifkan! 


Didalam screenshot berkenaan tahun 2008. Nampak seperti bukti yang tulin dan dari perkataan perkataan serta ayat ayat yang diterbitkan nampak seperti sebuah blog yang tertutup kepada bacaan umum dan cuma dikongsi bersama ahli ahli blog Youtube berkenaan sahaja.


Jika anda membaca keseluruhan isihati pemimpin tinggi DAP berkenaan, ianya bermaksud untuk mengetepikan peranan Anwar Ibrahim bilamana mereka sudah berkuasa dan akan menjadikan orang orang Melayu sebagai Pak Pacak sahaja didalam Kerajaan Persekutuan Pakatan DAP-PKR-PAS!


Tak payah lah nak berangan tinggi wahai penyokong2 DAP didalam PKR dan PAS kerana yakpursalamus ini memang sudah ada agenda mengkaldaikan anda semua JIKA ianya memegang kuasa eksekutif keatas Kerajaan Malaysia nanti?


Na'uzubillahiminzalik!


Berbalik kepada seruan saya bagi mana mana pakar forensik siber yang berkemampuan, sila jalankan siasatan anda sendiri akan bukti bukti paparan 'screenshot' berkenaan diatas dan jika anda mampu mendapatkan balik sebarang pautan kepada siapa dia yang mendaftar dan mewujudkan akaun Youtube berkenaan, mungkin anda dapat 'trace' IP address si pendaftar?


Alamat url yang tertera adalah http://www.youtube.com/user/LimGuanEngBlog. Blog youtube ini masih ujud tetapi blog yang berkaitan pula sudah dipadamkan : http://mychifministerlimguaneng.blogspot.com


Ini adalah screenshot yang dapat saya ambil :

Siapakah dia yang dapat merungkai rahsia kata kata subversif didalam screenshot screenshot diatas?

Ingin saya memperingatkan Kerajaan BN Malaysia dan seluruh parti parti komponen Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO supaya tidak ambil mudah dengan perancangan dan strategi pihak Pakatan DAP-PKR-PAS ini.

Andaikata tuan puan nganga, maka tunggulah nasib Pak Pandir. Ayamnya menang sabung tetapi kampungnya pula tergadai.

Cantas sebelum ianya bertunas!!!
Post a Comment