Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, July 13, 2012

Sokong parti mana? Syarat baru jika hendak masuk meminang

Negara dikejutkan dengan berita tentang perceraian pasangan warga emas di Kelantan akibat perbezaan fahaman politik!


Terbukti sudah bahawa khabar khabar angin sekian lama ini bahawa ramai orang2 Melayu beragama Islam di Kelantan memang gila dan taksub politik secara keterlaluan!


Ini hakikat yang terpaksa kita terima! Sembang lah deraih macamana pun untuk menegakkan pendapat dan pandangan masing masing. Tak ada gunanya.


Di usia rumah kata pergi dan kubur sedia menanti, ada juga maarof sintok seperti sang suami yang mahu menceraikan isterinya gara gara berbeza fahaman politik!


Tuduhan bahawa isterinya sesat adalah alasan biasa bagi mereka yang kepala otaknya dah jumud dan hati penuh benci kerana pasangannya tak seia sekata dengan dirinya.


Si isteri juga boleh memulangkan paku buah keras dengan menerangkan bahawa sang suami hidup mati fanatik gila babi pada parti politik yang disokongnya!


Baca laporan akhbar dibawah:


'Semua ajaran Islam saya lakukan kecuali sertai Pas'

KOTA BHARU 12 Julai - "Saya seorang guru agama, mengajar al-Quran dan saya mengerjakan solat. Semua ajaran agama Islam saya lakukan kecuali satu perkara sahaja iaitu tidak menyertai parti Pas".

Demikian luahan hati, Che Hasnah Che Ahmad, 61, yang terkejut dan sedih dengan tuduhan bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, yang mendakwa dia sesat kerana tidak mengikut ajaran Islam sehingga diceraikan talak satu.

Menurut Che Hasnah, selama 14 tahun mereka hidup bersama, suaminya tidak pernah langsung menegur amalan agamanya, sebaliknya tuduhan itu hanya timbul ketika hendak diceraikan.

Katanya, mereka juga tidak pernah bertengkar dalam perkara lain kecuali bersangkut-paut dengan Pas dan masa itu suaminya cuba mematahkan apa sahaja hujahnya.

"Tidak pernah bergaduh langsung. Kalau bertengkar pun sebab politik, itu pun kerana dia suka sangat 'berceramah', jadi saya pun bagilah pendapat.

Sang suami tak nak kalah! Dia pun keluar kenyataan bahawa perceraian mereka bukan kerana perbezaan politik! Hehehe. Tuanhamba nak kelentong siapa aa?


Satu Malaysia sudah tahu cerita sebenar brader. Tak payah nak berdrama swasta lah! Terkilas ikan di air, kami dah tahu jantan betinanya! :P


Cerai isteri bukan sebab politik
KOTA BHARU 12 Julai - Bekas suami seorang guru agama, Yahaya Ibrahim, 78, menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan fahaman politik.

Lelaki itu sebaliknya mendakwa, dia menceraikan Che Hasnah Che Ahmad, 61, kerana bekas isterinya itu telah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam.

Dia bagaimanapun berhasrat untuk rujuk tetapi dengan syarat wanita itu mesti kembali kepada ajaran Islam.

"Cerai bukan sebab politik tapi dia sudah sesat. Ia bukan setakat solat lima waktu tetapi banyak aspek yang menyesatkan.

"Saya cerai sebab dia tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi Muhammad SAW, seperti yang dikehendaki oleh Allah," katanya di sini hari ini.

Ketika diajukan soalan apakah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu yang bercanggah dengan ajaran Islam, Yahaya bagaimanapun enggan mengulas.

Sesat apakejadahnya syeikh?


Hello! Bekas isteri tuan seorang guru agama. Dia tak ada gi memuja memuji mana mana wali keramat hidup atau dok jegil biji mata siang malam memandang wajah mana mana tok guru macam tuanhamba dan yang sesama kepala dengan sang penuduh!

Cuma saya nak nasihat mana mana orang yang hendak masuk meminang mulai sekarang. Jangan! Jangan sekali kali lupa nak soal tentang calon suami atau isteri dok sokong parti politik mana?


Jika tidak, sesudah hidup berbelas atau berpuluh tahun makan hati berulam jantung dengan seribu satu kerenah pasangan yang berlawanan prinsip, akan tiba tiba kena cerai diatas alasan cekodok masin seperti di atas!


Sanggup ke?


Bukan boleh nak undur semula atau mengembalikan segala keremajaan atau pulih dara ~ jika kahwin pertama kali le?


Lepas cerai ikut sesuka kepala otak yang dah biol gamaknya, ada hati pula si mamat ni nak rujuk semula!


Sorry beb! Che Hasnah kata 'Selamat Jalan Romeo!' :P
Beginilah natijahnya jika terlalu taksub kepada perjuangan politik cicak cicak kobin bawahan yang entah sang pemimpin2 tertinggi parti2 berkenaan kenal pun tidak gamaknya sanggup bercerai berai di usia senja!

Gila tahap gaban!
Mana tak jadi gila dan sewelnya beb jika Sang Mursyid sampai ke saat saat terakhir kehidupan duniawi ni tak sudah sudah bagi amaran seperti di atas?

Almaklum sajalah bro, perasan diri sebagai 'gatekeeper' Highway to Heaven! :D
Pandai pandai lah tuan puan semua mencari redha Allahu Ta'ala dari ketentuan yang entah apa apa dari manusia manusia yang raplah jingga dok pikiaq bahawa diri nya penentu siapa yang masuk syurga atau neraka?

Post a Comment