Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 09, 2012

Brunei lebih takut laknat Allah dari melayan Kuffar!

Brunei Darussalam adalah sebuah negara kecil di Borneo tetapi amat kaya dengan hasil minyak kurniaan Allah.

Sultan Brunei terkenal dengan harta baginda yang melimpah ruah dan juga dengan sifat 'eccentric' baginda yang mengumpul koleksi kenderaan mewah serta istana2 yang hebat.

Namun baginda tidak lupa akan kewajipan selaku seorang pemerintah Islam untuk melaksanakan tuntutan Syariah di negara kecil tetapi kaya raya itu.

Menteri Hal Ehwal Agama Islam Brunei,  Yang Berhormat Dato Seri Utama Dr. Haji Md. Zain bin Haji Serudin tegas menolak usul Ahli Majlis Mesyuarat Negara Brunei Goh King Chin yang memohon supaya di adakan zon khas menjual beli arak bagi memenuhi keperluan para pelancong bukan Islam.

Di Malaysia yang mengaku sebagai sebuah negara Islam, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan membenarkan kilang arak yang terbesar di rantau Asia beroperasi sekian lama dan ianya dahulu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Saya pernah mendedahkan tentang ahli ahli lembaga pengarah kilang arak gergasi itu dahulunya terdiri dari kerabat di-raja Negeri Sembilan serta bekas pegawai tinggi tentera yang memakan hasil dari operasi pengilangan arak yang diharamkan didalam ajaran Ad Deenul Islam kita!

Selepas itu kita tengok sudah tidak ada lagi ahli ahli lembaga pengarah kilang arak berkenaan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Semuanya gara gara pendedahan berkenaan.

Di Malaysia rata rata pekerja bar dan kelab malam yang mengendalikan perniagaan arak masih kebanyakannya terdiri dari lelaki dan wanita Melayu yang mengaku beragama Islam.

Di Selangor semasa Dato' Dr. Hassan Ali menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, beliau cuba untuk menghalang penjualan arak di premis kedai serbanika 7 Eleven yang beroperasi 24jam. Rampasan arak yang dilakukan Dato Dr Hassan Ali dibantah secara keras oleh Exco Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dan dipaksa arak rampasan itu diserah balik kepada pemilik kedai 7 Eleven berkenaan.

Dato Dr Hassan Ali yang berkedudukan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu diasak sebegitu rupa dan akhirnya dipecat dari jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Kehilangan jawatan itu membuatkan Dato Dr Hassan Ali terpaksa melepaskan jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Selangor dan digantikan dengan Dr. Abdul Rani. 

Ini semua jelas menunjukkan bahawa ahli ahli politik dan pemerintah didalam kerajaan baik yang di peringkat Kerajaan Persekutuan Malaysia mahupun didalam Kerajaan2 Negeri yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia kesemuanya kaki temberang dan tidak benar benar takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetapi sebaliknya lebih takut kepada desakan dan tuntutan Kaffir2 didalam DAP seperti Ronnie Liu, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan segala kuncu2 mereka yang lain!

Hanya sesudah tidak berkedudukan lagi sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor baru terbit keberanian didalam jiwa Dato' Dr. Hassan Ali untuk berjelajah satu Semenanjung Tanah Melayu ini berkokok bertempik menyuarakan apa yang sebenarnya terkandung didala jiwanya yang terpenjara sebelum ini.

Nasi sudah menjadi bubur beb! Terlambat sudah! Bak kata orang2 Sabah!

Malaysia kita ini hanya umpama sandiwara dunia. Hebat mengaku bahawa kita ni mempunyai Kerajaan yang berteraskan kepada Al Quran dan Hadis Nabi tetapi hakikatnya hanya bagaikan fatamorgana.
DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Berhormat Dato Seri Utama Dr. Haji Md. Zain bin Haji SerudinMenteri Agama Islam Kerajaan Brunei Darussalam kerna tidak melayan kehendak para kaffir dinegara mereka!   

Brunei Darussalam terbukti mengotakan kata mereka didalam usaha mendaulatkan Islam tetapi disini dakwaan sahaja pemerintahan berasaskan Islam tetapi sujud belaka kepada desakan desakan para kaffir harbi laknatullah!

Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin akur terhadap keputusan Menteri Agama Brunei dan perkara itu berakhir disitu saja.




Jika di Malaysia, sudah tentu puak puak kuffar terutamanya para pemimpin DAP akan membantah dan memprotes bagaikan orang tak siuman dan akan disokong oleh setan2 bisu yang menjadi rakan pakatan mereka didalam PAS dan PKR.

Beginilah keadaan dan perbezaan diantara Brunei Darussalam yang memperkotakan apa yang mereka kata dan Mamluk Al Malaysia yang lebih kepada cakap cakap auta sahaja.

Ini hakikat bukan nya sekadar cerita. 
Post a Comment