Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 16, 2012

Menyambut Malam Tujuh Likur atau ke 27 Ramadhan

Antara adat dan ibadat. Macam macam pendapat bijak pandai dan mereka yang bergelar ulamak sering membicarakan perkara ini. Ada pelbagai kaedah penghuraian fikrah mereka ini dan ada yang boleh di pakai dan ada pula yang cuma merupakan khayalan masing masing. Ustaz Asri pun ada memperkatakan tentang perkara ini disini
Cuma saya rasa selagi segala tuntutan ibadat sudah dikerjakan oleh masyarakat Melayu, mereka tidak berdosa menyambut Malam Tujuh Likur dengan meneruskan tradisi orang orang kampong seperti memasang panjut, bermain meriam raya dan sebagainya selagi tidak menyalahi hukum syarak!
Di rantau Nusantara ini, memang bagi kita yang lahir dan membesar diperkampongan2 Melayu masih ingat tentang adat resam masyarakat kita menyambut malam ke27 Ramadhan atau yang disebut Malam Tujuh Likur.

Di Akhirul Zaman ini, sudah semakin banyak umat Islam di Malaysia yang lupa atau sudah terlalu sibuk untuk meraikan Malam Tujuh Likur atau 27 Ramadhan. Rata rata sudah mula sibuk bersiap untuk pulang ke kampong halaman masing masing atau kampong pasangan tercinta.

Yang seronok tidak terkata sudah tentu budak2 yang akan bermain bunga api dan mercun. 

Cuma sejak kebelakangan ini ramai yang cedera putus jari dan sebagainya sebab mereka membakar mercun bola yang ternyata amat merbahaya! Walau sudah ramai yang cacat, masih juga terus dibeli dan dibakar!



Memang suasana merayakan Malam Tujuh Likur di bandar dan kotaraya tak akan sama dengan keindahan dan kemeriahan di desa. Kat bandar hidup samada di apartmen bertingkat bagi orang kebanyakan atau terpinggir dikawasan perumahan elit yang memang tak akan ada penduduk Melayu kaya yang mahu berhuhu ha memasang lampu pelita, panjut ataupun membedil meriam buluh!
Kat desa sambutan Malam Tujuh Likur memang istimewa. Tambah tambah lagi jika disesuatu daerah itu terkenal dengan tembakan meriam buluh atau seperti di perkampongan Talang, Kuala Kangsar, Perak yang termasyhur dengan tembakan meriam gergasi seperti boleh kita saksikan didalam video video You Tube berikut:





Biar apa pun yang seorang dua nak berkata, tradisi menyambut Malam Tujuh Likur akan diteruskan oleh orang2 yang tahu menghargai adat resam Melayu supaya tidak hilang ditelan zaman.

Kita ni orang Malaysia yang hidup di Semenanjung Tanah Melayu bukan Jazirah Arab. Masing masing ada adat dan resam sendiri. Yang hendak berdrama swasta nak berketerampilan sebagai syeikh Arab, terpulang lah pada tuan punya diri.

Selaku warga Malaysia yang berkebudayaan Melayu, tak salah bagi kita menyambut Malam Tujuh Likur yang sesuai dengan tradisi kita. Yang hendak mencaci mengata tu takkan berhenti ia mencari salah dan silap orang sebab perasan dirinya cukup sempurna. 

Bak kata pepatah lama 'SiLuncai terjun dengan labu labunya' ~ Biarkan biarkan! :P
Post a Comment