Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 16, 2012

Shopping Raya kat Masjid India ~ Macam2 Ada!

Kelakar gila bila bertembung dengan si budak ni yang meleleh habis air liur kat atas kepala botak ayahnya ketika mereka keluar membeli belah kat lorong belakang kedai kat Jalan Masjid India! 

Saya menahan ayahnya untuk merakamkan gambar istimewa ini dan si budak cuba untuk mengemam mulutnya dari terus menyembur! Hahahaha! Lawak!
Capal Melayu! Yang ini bermutu tinggi dan di perbuat dari kulit! Sepasang dalam anggaran RM50 ke RM60 mengikut saiz.
Penjual Serunding! Harga kat sini jauh lebih murah dari yang dijual kat Bazar Aidilfitri di 1Utama Shopping Mall. Kat sana mereka sembelih RM16 bagi setiap 100 gram! Penyamun Tarbus da....
Mamat peniaga! Mereka spontan berposing untuk saya sebaik melihat saya mengacukan lensa kamera terhadap mereka! Sporting giler....

Ala...malu lah nak bergambar... Si anak kecil yang segan untuk dipotretkan wajahnya! Sorry dik! Sudah terlambat! Dikau tetap masuk blog Tok Mamu sebab kiut sangat! :D

Peniaga seluar jeans. Rock Oo....:P
Teringat cerita Rock lakonan Que Haidar arahan Mamat Khalid! :P

Seorang lagi kanak kanak comel yang saya ketemui semasa bergambar disana!
Comel orangnya! Terus terdongak bila melihat dirinya sedang di acu kamera!
Penjual kitab yang sporting. Siap tunjuk 'peace' lagi kat Tok Mamu sambil tersenyum menyedari diri sedang di ambil gambar. Selalunya 'gang' lagu ni akan lari dari di ambil foto. :P
Pasangan peniaga remaja yang minta di ambil gambar! Tak payah susah2! :D

Pegawai DBKL yang tersenyum memandang lensa kamera Mahaguru58. Glamor beb!
Pegawai2 penguatkuasa wanita DBKL. Jangan main main sama mereka ha....
Promoter TV Satelit ASTRO. Berseringai mengetahui diri nak masuk internet!
Bulat biji mata melihat kamera. Budak2 zaman sekarang memang suka di ambil gambar!
Rambang mata tak tahu nak pilih tudung Raya yang mana satu?
Post a Comment