Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 07, 2012

Kontraktor Streamyx Telekom Miri kerja cap ayam!!!

Saya menerima emel dari seorang warga Sarawak yang amat kecewa dengan mutu kerja tahap cap ayam dari para pekerja kontraktor pendawaian Streamyx Telekom Malaysia @ Bumisar Corporation Sdn Bhd (391709-V) baru baru ini.

Insan yang menggelarkan dirinya sebagai Wak Domo meluahkan rasa teramat kecewanya didalam emel tersebut dan sekiranya kita sendiri yang mengalami keadaan serupa sudah pasti kita juga akan merungut tak sudah akibat menanggung kesusahan yang disebabkan kerja bangang pekerja kontraktor pendawaian sistem jalur lebar @ broadband TMNet Streamyx.

Apa tidaknya? Mereka boleh semberono sahaja mencabut plug peti sejuk si pelanggan dan tidak memaklumkan akan perbuatan mereka itu kepada anak tuanrumah. 

Tuan rumah @ pengadu sudah seminggu beraya di Semenanjung dan bila pulang mendapati ubat2 suntikan mahal untuk mengubati penyakit kronik diabetes seperti insulin dan lain2 makanan serta minuman semua rosak angkara peti sejuk tidak dihidupkan sekian lama itu!

Berikut adalah kandungan emel beliau kepada saya. ( Dah jadi pusat aduan rakyat ke Tok Mamu ni? :P)
_______________________________________________________________________________

Assalaamu'alaikum

Saya ingin hendak berkongsi atau mengadu sedikit.

Baru sebentar tadi isteri saya perasan peti sejuk kami di tingkat atas tidak bersambung kepada soket elektrik. Peti sejuk tidak berfungsi kerana tidak ada 'current'. Ubat-ubat yang agak mahal seperti insulin dan minuman serta makanan ringan yang tersimpan di dalamnya semua rosak! Inilah gara-gara kerja orang syarikat Telekom yang datang memasang WIFI untuk anak kami lebih seminggu lepas. Mereka mencabut plug peti sejuk tersebut dan diguna mereka untuk menyambung plug peralatan WIFI tanpa bertanya terlebih dahulu atau memberi tahu anak kami apabila selesai kerja.

Pada masa itu kami berhari raya di Semenanjung dan anak kami baru seminggu pindah ke rumah kami. Jadi mereka tidak berapa arif tentang sambungan-sambungan yang kami pakai.

Apa pun, kejadian ini menunjukkan ketidak prihatinan perkerja syarikat Telekom tersebut. Mereka ber-'mindset' asalkan kerja mereka siap. Saya percaya hypothesis saya ini tepat kerana wire saluran utama yang mereka pasang, sudahlah hitam (contrasting sangat dengan cat dinding) - ia dipasang seperti akar kayu menjalar - bengkang bengkok.

Baru saya teringat kata para menteri kita, "Kita beraspirasi untuk menjadi sebuah '1st Class Country' tetapi rakyat kita masih di takok 3rd Class Mentality'.

Siapa nak disalahkan? Tak 'kanlah nak tunggu kerajaan memaksa kita untuk berubah. Jika begitu tidak bezalah dengan lembu dan monyet panjat kelapa.

Maaf jika terkasar kata. Tetapi saya sangat kesal dengan sikap pekerja Telekom, khususnya di Miri di mana kejadian ini berlaku.

Terima kasih, wassalaam

محمد قاسيم بن كين جو
4/9/12M (17 Syawal, 1433)

________________________________________________________________________________________

Saya menasihatkan beliau supaya mengirimkan bukti kesahihan aduannya ini supaya saya dapat mengesahkan kebenaran sebelum menulis tentang kes ini.

Beliau telah pun mengirimkan bukti bukti berikut:

(Sila klik ke atas imej untuk paparan lebih jelas)

No. Siri Borang Kaji selidik TM: 4515950

Nombor resit # 1419 bertarikh 29/08/2012 bayaran perkhidmatan kepada syarikat Bumisar Corporation Sdn Bhd dipaparkan berikut:


Cara kerja kontraktor berkenaan?





Disusuli dengan perutusan emel diantara si pengadu dengan Telekom Malaysia berkenaan mutu kerja yang tahap cap ayam dan kerosakan yang di lakukan sang kontraktor Telekom Malaysia kepada siling dan dinding rumah si pengadu:


Assalaamu'alaikum

Tn,

Sewaktu menghantar isu hasil kerja serabut pihak Telekom Malaysia, khususnya di Miri kepada tuan, saya juga telah membuat laporan kepada Help Desk Telekom di KL melalui online. Respon mereka memuaskan: Mereka buat panggilan tengah hari selepas laporan saya dan disusuli dengan e-mail yang saya panjangkan kepada Tn Hj. di sini. Sekarang, saya tengah menunggu respond daripada Telekom Malaysia Cawangan Miri. Saya akan bagi tahu Tn Hj in due course. 

Apapun saya mengucapkan terima kasih atas respon kilat dari Tn Hj dan kesanggupan untuk membantu. Saya akan forwardkan gambar-gambar berkaitan kepada Tn Hj. 

I am quite concerned and particular of such matters simply because GLCs in particular are mirrors to Govt policies. Matters like these are easily linked to a 'Bad Govt' by unscrupolous individuals who want to belittle or oppose the Govt. And they may be accepted by the public at face value. But the fact is that these are caused by laisser faire management and languid workers engaged by specific GLCs or their branches. If we highlight such matters it may put those GLCs concerned back on their toes, enhance the awareness of the public and reflect fairness to a deserving Govt. 

Thank you for your attention. 

Wassalaam. 
Abdullah Kinchu
(@محمد قاسيم بن كين جو)

Begin forwarded message:
From: TM Customer Care Support <help@tm.net.my>
Date: 5 September 2012 4:11:34 PM GMT+08:00
To: akc325@yahoo.com.my
Subject: [TM HelpDesk] - TM WiFi - Others
Kepada Encik Abdullah,

Terima kasih diatas maklumbalas Tuan. Sistem maklumbalas automatik kami telah mengajukan kes Tuan untuk perhatian kami.

Merujuk kepada maklumbalas Tuan bertarikh 5hb September 2012 mengenai aduan terhadap pegawai pemasangan TM, kami memohon maaf di atas kesulitan yang Tuan hadapi. Berdasarkan kepada perbualan telefon di antara Tuan dan pihak kami pada 5hb September 2012 (Masa: 3:26 petang), kami berharap agar isu Tuan telah pun dijelaskan. Sila maklum bahawa isu ini telah kami ajukan ke bahagian yang berkenaan untuk siasatan serta tindakan lanjut. Tuan akan dimaklumkan untuk sebarang maklumbalas berkenaan hal ini. Kefahaman daripada pihak Tuan amatlah kami hargai.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di help@tm.com.my .
Tuan juga boleh menghubungi TM di talian 100, pilih bahasa dan pilih "Produk dan Perkhidmatan" untuk bantuan lanjut.


Yang benar,

Nur Ashikin Nor Halid
Customer Service Support,
Telekom Malaysia.

www.tm.com.my

(ICOMS#11157641-937509)


-----Original Message-----
From: akc325@yahoo.com.my
Sent: Wednesday, September 05, 2012 1:09 AM
To: help@tm.com.my
Subject: [TM HelpDesk] - TM WiFi - Others

Dear TM HelpDesk,



A complaint/comment has been created by Abdullah B Kinchu and has been submitted for your action. Summary of the enquiry is as following:-



Date: 05/09/2012

Preferred Language: Malay

Salutation: Mr

Name: Abdullah B Kinchu

IC Number: 510301-13-5559

Email: akc325@yahoo.com.my

Category: TM WiFi Others

Home Telephone Number: 0146997325

Mobile Number: 0146997325

TM WiFi ID Type: Others

TM WiFi Login ID:

Comments:

Assalaamu'alaikum

Saya ingin hendak berkongsi atau mengadu sedikit.

Baru sebentar tadi isteri saya perasan peti sejuk kami di tingkat atas tidak bersambung kepada soket elektrik. Peti sejuk tidak berfungsi kerana tidak ada 'current'. Ubat-ubat yang agak mahal seperti insulin dan minuman serta makanan ringan yang tersimpan di dalamnya semua rosak! Inilah gara-gara kerja orang syarikat Telekom yang datang memasang WIFI untuk anak kami lebih seminggu lepas. Mereka mencabut plug peti sejuk tersebut dan diguna mereka untuk menyambung plug peralatan WIFI tanpa bertanya terlebih dahulu atau memberi tahu anak kami apabila selesai kerja. ?

Pada masa itu kami berhari raya di Semenanjung dan anak kami baru seminggu pindah ke rumah kami. Jadi mereka tidak berapa arif tentang sambungan-sambungan yang kami pakai.

Apa pun, kejadian ini menunjukkan ketidak prihatinan perkerja syarikat Telekom tersebut. Mereka ber-'mindset' asalkan kerja mereka siap. Saya percaya hypothesis saya ini tepat kerana wire saluran utama yang mereka pasang, sudahlah hitam (contrasting sangat dengan cat dinding) - ia dipasang seperti akar kayu menjalar - bengkang bengkok.

Baru saya teringat kata para menteri kita, "Kita beraspirasi untuk menjadi sebuah '1st Class Country' tetapi rakyat kita masih di takok 3rd Class Mentality'.

Siapa nak disalahkan? Tak 'kanlah nak tunggu kerajaan memaksa kita untuk berubah. Jika begitu tidak bezalah dengan lembu dan monyet panjat kelapa.

Maaf jika terkasar kata. Tetapi saya sangat kesal dengan sikap pekerja Telekom, khususnya di Miri di mana kejadian ini berlaku.

Terima kasih, wassalaam

???? ????? ?? ??? ??
4/9/12M (17 Syawal, 1433)






Thank you and have a nice day.



Best regards,

TM Administrator

This is an automatically generated notification.  Please do not reply to this email message.
______________________________________________________________________________

Beginilah keadaan perkhidmatan syarikat telekomunikasi terbesar negara kita! Telekom Malaysia yang tidak memantau akan mutu kerja syarikat2 kontraktor pendawaian sistem jalur lebar yang disediakan mereka seperti Streamyx dan sebagainya.

Apa guna mengiklankan penawaran perkhidmatan sistem telekomunikasi serba canggih melalui siaran televisyen ataupun di internet jika kerja kerja si kontraktor seperti Bumisar Corporation Sdn Bhd tidak mencapai tahap amatur sekalipun?

Saya rasa kita sendiri mampu melakukan kerja yang jauh lebih baik dari apa yang kita saksikan di atas ini.

Tuan rumah mana yang tidak sakit hati bukan kepalang jika peti sejuknya yang mengandungi bahan ubat suntikan yang penting seperti insulin dibiarkan tak hidup sehingga merosakkan ubat yang mahal itu?

Itu belum di ambil kira akan kos kerosakan bahan2 makanan dan minuman yang sudah rosak akibat peti ais nya di cabut plug?

Samdol tahap apa mangkok mangkok hayon yang buat kerja sebangang ini???

Sudahlah tu, tengoklah cara mereka merosakkan nilai estetik rumah pengadu sehingga boleh sakit jantung jadinya melihat cara pendawaian yang sebegitu terok!!!

Hello!!! Mat Bangla atau Indon pun boleh buat kerja yang jauh lebih 'standard' lah bro!

Saya selaku seorang blogger Muslim yang di pinta membantu menyedarkan rakyat tentang kerja cap ayam kontraktor berkenaan sekadar melaksanakan tanggungjwab sosial saya kepada negara dengan mengutarakan kes ini.

Dasar penerbitan saya adalah menegakkan kebenaran dan menyatakan nya pada semua pembaca blog Mahaguru58 tanpa prejudis atau mempunyai sebarang niat yang lain.

Mahaguru58 berblog demi agama, bangsa dan negara! Perkara seperti ini melibatkan kepuasan pelanggan dan sebagai seorang pengguna perkhidmatan yang kadang kadang jadi seteruk begini, kita sendiri merasa perlunya hebahan umum seperti ini dilakukan demi menuntut pihak yang tidak bertanggungjawab ini membaiki keadaan!


Semoga pihak Telekom Malaysia akan menyiasat perkara ini seperti dijanjikan mereka dan tidak cuma tutup fail dan buat derk saja seperti kebiasaan di Malaysia.

Ini tak boleh maa!!!
Post a Comment