Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, October 14, 2012

PM Singapura fasih berucap didalam Bahasa Melayu!



Perdana Menteri Republik Singapura berucap dengan begitu fasih memberi sokongan dan membakar semangat masyarakat Melayu Islam didalam Perayaan Hari Kebangsaan Singapura baru baru ini.

Sungguh fasih ucapan Lee Hsien Loong berbanding sebahagian besar masyarakat Cina di Malaysia ini. Wahai dikau rakyat Malaysia yang membaca artikel saya ini. Ambil lah iktibar dan contoh tauladan pemerintah Singapura ini! Belajarlah Bahasa Kebangsaan kita! Lazimkan berucap dan berkata mengikut resam nya. Jangan berbahasa rojak dan bercampur baur dengan Bahasa Inggeris cap ayam!

Cuba kita dengar dan lihat cara PM Lee Hsien Loong berucap! 

Ucapan seorang manusia yang baik dan ikhlas! Keikhlasan ini tampak jelas pada wajah beliau. Tak ada skandal dari pihak isteri ~ tak berbelanja boros dan nama si isteri jarang disebut melalui siaran radio, televisyen atau akhbar! Bersederhana didalam berkata. Kunci kejayaan Singapura! 

Kunci kejayaan ayahandanya Lee Kuan Yew sama seperti mantan Perdana Menteri ke 4 kita Tun Dr Mahathir Mohamad. Isteri masing masing tak gila glamor atau memaksa pihak media melaporkan tentang aktiviti mereka didalam setiap laporan berita berlainan sungguh dengan isteri PM Malaysia sekarang ini.

Apa ke perlunya si pemberita asyik hendak melaporkan nama yang ramai rakyat Malaysia sudah muak mendengar saban kali siaran berita ke udara???

Najib Tun Razak perlu ikut contoh tauladan dari 3 manusia hebat ini. Mahathir, Kuan Yew dan Hsien Loong! Mereka bijak mengawal isteri dari merosakkan imej mereka. Isteri mereka tidak perlu dijulang julang seperti apa yang isteri Najib memaksa pihak media samada secara terang terangan atau secara senyap dan halus!

Malaysia boleh belajar banyak perkara dari Singapura. Tidak perlu nak sombong bodoh. Memang mudah untuk kita memperlekehkan Singapura sebab ia hanya sebuah pulau kecil di hujung semenanjung kita. Tetapi dengan tidak ada sumber bahan mentah apa apa, pendapatan republik kecil ini begitu tinggi melonjak di persada ekonomi dunia!

Kecil kecil cili api brader! Apa guna kita mempunyai negara yang lebih besar dari republik ini tetapi sarat dengan Rasuah, Salah Guna Kuasa, Pecah Amanah, bergaduh tak sudah sesama Muslim, Hasad Dengki dan seribu satu perbuatan yang salah dan berdosa???

Saya pernah hidup dan bekerja di Singapura. 6 tahun. Saya merindui disiplin kehidupan masyarakatnya. Memang ada segelintir warganya yang kiasu macam nak mampos! Nak buat macamana? Ia adalah hasil asuhan ibubapa masing masing yang membiarkan anak anak mereka membesar ikut suka.

Kita perlu mendidik anak anak kita mengikut lunas lunas Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan membentuk masyarakat kita melalui contoh tauladan yang baik bukannya mengikut gaya dan resam sesetengah golongan berada yang ada di dalam Malaysia!

Hidup bermewah membazir tahap gaban didalam negara kemudian berdrama swasta bila ke Makkah! Ini semua akan menjadi punca kepada bala bencana menimpa negara! 

Pernahkah terbaca apa apa berita tentang isteri PM Singapura Lee Hsien Loong? Beliau tahu untuk tidak menonjolkan diri mengatasi sang suami berbanding yang kat sini!

Jika hendak turutkan hati banyak lagi yang mahu saya luahkan sebab memang geram didalam hati tetapi pagi pagi Ahad ni nak bertenang sedikit. Bagaikan menuang air ke daun keladi je kalau kita cakap dan berkata tentang keadaan sebenar di Malaysia berbanding kepimpinan pemerintah Singapura!

Mereka melaksanakan apa yang mereka kata. Disini lain. Ramai blogger yang asyik memuji dan memuja golongan pemerintah yang lupa diri. Kentut yang busuk dari sang pemimpin sombong dan angkuh akan tetap dilaporkan wangi oleh blogger sang pencacai dan media kaki ampu!

Beranilah memperakui realiti semasa. Jangan hidup di alam fatamorgana! Ikutlah contoh kejayaan Singapura! Majulah seperti Singapura! Hendak seribu daya beb! Jangan ego gila babi! 

Hidup kita ni di antara 5 waktu. Sempat subuh tak ada jaminan akan hidup sampai zohor dan seterusnya! 

Apa sanggup berdaya saing dengan republik di hujung semenanjung bekas Persekutuan Tanah Melayu ini atau terus hendak menyalahkan kaum itu dan ini di atas kegagalan sendiri?

Salahkan semua orang lain KECUALI DIRI SENDIRI!!!
Post a Comment