Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, December 14, 2012

Harimau Malaya mangsa jerangkap Pengadil Korea!

Saya bingkas bangun pergi meninggalkan ruang tamu sebaik sahaja saya melihat pengadil dari Korea Selatan Lee Min Hu melayangkan kad merah terhadap pemain Malaysia Fadli Shas padahal yang membuat angkara adalah pemain Thailand yang secara sengaja melakukan kekerasan pada pemain  kebangsaan kita!

Dah tua tua begini memang tak elok duduk dengan perasaan marah meredap melonjak lonjak didalam hati menyaksikan ketidakadilan berlaku kepada pasukan Harimau Malaya kita!

Menurut kajian kesihatan, stres tidak bagus untuk pesakit diabetes seperti saya. Silap haribulan boleh kena sakit jantung atau angin ahmar sebab tekanan darah naik melihat sesuatu kezaliman didepan mata.

Lebih elok saya sambung kembali membaca buku tentang sejarah perjuangan Allahyarham Dato Onn Jaafar yang baru saya pinjam dari kutub khanah. Lebih menenangkan hati dari melihat pasukan bolasepak negara di khianati seorang pengadil Korea yang secara terang terangan kelihatan 'berat sebelah' didalam pertandingan bolasepak separuh akhir Piala Suzuki AFF!

Mungkin ada dendam yang tersimpan didalam jiwa yakpursalam ini terhadap negara kita? Si Korea ini pernah jatuh selepas di'tackle' pemain kita didalam pertandingan melawan pasukan bolasepak Australia dahulu! 

Saksikan video ini:



Saya rasa Lee Min Hu takkan berani mahu menjejakkan kakinya ke Tanah Melayu ini selepas ia mematahkan semangat juang pasukan kebangsaan tanahair kita ini dengan membuang padang Fadli Shas padahal yang patut kena tindakan adalah pemain Thailand terbabit!

Saya yakin sekiranya FAM mengambil tindakan protes keputusan pengadil ini dengan mengulang tayang rakaman pertandingan semalam pihak berkuasa AFF boleh mengarahkan pertandingan diantara Thailand dan Malaysia di adakan semula supaya puas hati kesekelian pihak peminat bolasepak se Asia.

Namun ianya mungkin cuma tinggal hasrat saya sahaja kerana segalanya sudah berakhir dan jurulatih Malaysia Dato' Rajagopal telah menerima keputusan pertandingan seperti itu.

Tengok saja muka yang paling dibenci rakyat seMalaysia sekarang ini. Memang tak ada seri langsung! Muka tak leh pakai! Grrrr.....



Lee Min Hu! Anda memang tidak adil! Berhenti sahaja lah dari mengadili mana mana pertandingan bolasepak atau apa sahaja sukan selepas ini.

Terima lah hakikat bahawa anda 'referee' korup!

Apakah sebenarnya alasan kamu menzalimi Harimau Malaya? 

* Video dan gambar diatas adalah ehsan blog keris7lok. Terimakasih tuan.
Post a Comment