Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, December 14, 2012

Hizbut Tahrir - Demo tak sempat tunggu selesai doa!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan para pembaca yang di hormati.

Hari Jumaat nan mulia ini, saya berkesempatan menunaikan Fardhu Jumaat saya di Masjid Negara sekali lagi. 



Alhamdulillah, segala kerja kerja ibadah Solat Jumaat berlangsung dengan baik dan teratur. Tajuk khutbah hari ini berkisar tentang Zakat.

Jemaah yang ada begitu khusyuk sekali mendengar dan mengikuti khutbah yang dibacakan sehingga ada yang tersenggok senggok berpindah ke alam fatamorgana---- :P

Selepas solat, ketika kami sedang mengaminkan do'a Tok Imam Masjid Negara, terdengar bunyi bising suara seseorang yang sedang berucap berapi api menggunakan loudhailer!!!

Aiseyman---siapa ampunya angkara ni?

Tak sempat sempat dah!

Hello brader! Tok Imam belum habis membaca doa - tuanhamba sudah terpekik pekik di perkarangan masjid! Apa cerita???

Makanya ramai juga para jamaah Jumaat di Masjid Negara tadi menggelengkan kepala masing masing tanda dukacita terhadap keterlanjuran kumpulan yang sudah tak sabar sabar nak berdemo diluar itu!

Termasuklah saya sendiri. Terkilan rasanya dihati sebab kekhusyukan kami bermunajat terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala sudah di ganggu gugat oleh manusia manusia yang tak sabar menunggu Imam Masjid Negara selesai membacakan do'anya dahulu.



Sebaik sahaja selesai kami semua bersalam salaman sesama kami, maka kami pun bangunlah menuju turun keluar masjid untuk melihat siapakah mereka yang sedang berdemo tak sudah itu?



Hizbut Tahrir Malaysia rupanya.



Isyh! Isyh! Isyh! Isyh!



Ini dia kumpulan yang lantang sekali untuk mendirikan sistem pemerintahan Khilafah Islamiyyah di serantau Asia dan seterusnya di seluruh dunia amnya!



Tetapi---tak kena gaya jika begini caranya yang dilakukan mereka.

Islam itu ada cara, gaya dan kaedah yang amat sempurna untuk menyampaikan sesuatu.

Kebenaran Islam dan keadilan sistem pemerintahan Khilafah Islamiyyah seharusnya disampaikan kepada seluruh masyarakat dunia dengan cukup cantik dan berhemah.

Bagai menarik rambut dari tepong. Rambut jangan sampai terputus dan tepong usah sampai terselerak!

Kena belajar tawan hati mereka yang memerhatikan kita dahulu. Biar mereka tertarik dengan keindahan sopan santun umat Islam. Jangan nanti mereka bertempiaran lari jauh dari kita yang bagaikan kerasukan menjerit terpekik pekik marah!

Sasaran demo tadi jauh di Timur Tengah! Didalam Istana Presiden di Syria sana tu.

Bukannya dok tercongok depan Masjid Negara, syeh!!! Fikir......

Perbuatan kumpulan yang berdemo tak tunggu sehingga Imam Masjid Negara selesai membacakan do'a yang sedang di aminkan seluruh hadirin para jamaah tadi menimbulkan satu suasana kurang selesa di hati sanubari kami para Muslimin yang terganggu semasa sedang berdoa tadi.

Secara amnya memang kita yang mengaku sebagai umat Islam dan pengikut Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam setuju dengan perjuangan untuk mengembalikan sistem pemerintahan Khilafah Islamiyyah di Akhirul Zaman ini.

Namun cara kita hendak mengujudkan sistem itu hendaklah dengan sopan dan teratur bukannya dengan cara seperti ini.

Sesudah selesai protes itu, saya menghampiri ketua kumpulan Hizbut Tahrir tadi dan menasihatkan beliau serta ahli ahli yang lain supaya tidak mengulangi kesilapan tadi.

Sepatutnya mereka bersama sama mengaminkan doa selamat yang disampaikan Tuan Imam Masjid Negara kita dan sebaik selesai sesi berdoa itu, maka dengan segala hormatnya dipersilakan untuk meluahkan rasa hati mereka.

Syukur Alhamdulillah, kedua pemimpin kumpulan tadi mengaku terkhilaf dan meminta maaf. Insya Allah di lain kali mereka tak akan buat begitu lagi.

Mudah2an Allah merahmati jiwa mereka yang berniat baik tetapi tersasar sedikit dari cara pelaksanaan luahan perasaan tadi. Kita doakan yang baik baik sahaja bagi kedua pemimpin muda ini. Insya Allah.

Demo hari ini adalah menyuarakan ketidakpuasan hati kumpulan itu terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.



Niat itu bagus tetapi cara untuk mendapatkan nya harus di fikirkan dengan penyediaan langkah langkah positif yang boleh mencapai hasrat murni itu.



Namun, jika difikirkan kembali, apakah yang boleh dicapai dengan berdemo, bersuara lantang, sekuat hati seperti tadi?

Tak sehelai bulu hidung Presiden Bashar Al Assad akan gugur dengan teriakan sesiapa sahaja diluar dari negaranya!

Kita asyik berdemo, bertakbir membantah itu dan ini namun hakikatnya kekejaman sesebuah rejim itu akan berterusan di negara negara yang sedang berkonflik itu.



Sebolehnya hendaklah mana mana negara dan kerajaan kerajaan Islam sedunia berhimpun secara padu di mana mana tempat berdekatan dengan negara yang sedang bergolak itu dan memberi kata dua kepada kepimpinan Syria untuk mengadakan pilihanraya secara demokratik atau menghadapi tindakan ketenteraan gabungan negara negara Islam.

Bukannya kita miskin dan tidak mampu untuk menubuhkan tentera bersekutu Muslim?

Hendak seribu daya.

Bila tak hendak tu, maka beginilah jadinya.

Sekumpulan sekumpulan kecil orang orang Islam akan berdemo, berprotes tak sudah tetapi tidak akan ada sebarang perubahan kepada suasana dan keadaan yang berperang saudara tak habis habis seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah itu.

Jika sungguh hendak membantu saudara sesama Islam kita di negara yang sedang bergolak itu, maka eloklah jika dikumpulkan dana atau bantuan material seperti yang dilakukan Aman Palestin baru baru ini dengan kerjasama NGO2 Islam dan Aktivis Kemanusiaan seperti Kelab Putra 1Malaysia.

Pergi beramai ramai menolong mereka yang sedang kesempitan hidup seperti di Gaza, Palestin.

Dapat juga mereka manfaat sebenar didalam bentuk barang makanan, pakaian, ubat ubatan, kewangan dan lain lain didalam ertikata sebenarnya.

Setakat kita berteriak memekik slogan slogan kosong tanpa ada sebarang kesan samada secara terus ataupun tidak hanya perbuatan sia sia sahaja.

Jika benar mahu membantu umat Islam di Syria, usahakan lah supaya kerajaan Bashar Al Asad mahu mengembalikan keamanan disana dengan menggunakan kaedah sistem pilihanraya berdemokratik.

Biar rakyat Syria memilih siapa yang mereka suka bukannya seperti sekarang ini. Berbunuh bunuhan sesama mereka. 

Hancur sudah segala infrastruktur negara bersejarah itu. Tinggal puing puing sahaja dan ada dikalangan kita disini berpekik berteriak mengganggu sesama Islam yang sedang mengaminkan doa Tuan Imam selesai bersolat Jumaat!

Ada manfaat apa kepada siapa?

Kat Syria pun tak sampai sebarang manfaat usaha tadi ; yang sedang mengaminkan doa tadi naik menyampah dan menyumpah kumpulan aktivis Islam yang siap mengibar ngibarkan panji panji Kalimah Tauhid kita.

Tak ada ertinya beb.

Isyh.....

Saya menyokong usaha Hizbut Tahrir Malaysia untuk mengembalikan sistem Khilafah tetapi harus lah laksanakan usaha usaha ke arah itu dengan pertama sekali menggerakkan usaha usaha Dakwah al Islamiyyah seperti yang sedang di lakukan gerakan gerakan para Da'ee di England dan tempat tempat lain di serata dunia.

Bilamana masyarakat umum itu sedar akan kebaikan cara hidup yang di anjurkan didalam Islam dan kesederhanaan itu dapat diterapkan didalam norma kehidupan seharian kita, Insya Allah, Khilafah itu akan ditegakkan oleh masyarakat itu sendiri.

Insya Allah.
Post a Comment