Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, December 18, 2012

Muflis? BEPU memberi peluang kedua kepada anda!


Petang tadi, saya berkesempatan menghadirkan diri di majlis pelancaran KEMPEN - MUFLIS ~ Peluang Kedua yang dirasmikan oleh Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi BEPU di PWTC.

Terdapat ramai NGO2 yang turut hadir termasuk wakil2 Persatuan Pengguna Islam Malaysia atau PPIM.

Presiden Persatuan Kontraktor Kontraktor Melayu turut hadir bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia Saudara Rozaidi Jamil atau lebih dikenali dengan nama glamornya @ Zed Zaidi.

Dato Sohaimi memulakan ucapan beliau dengan menceritakan bahawa ramai usahawan2 muda Bumiputera yang jatuh muflis disebabkan mereka menjadi mangsa keadaan. 

Kebanyakan usahawan usahawan ini yang jatuh muflis bilamana perniagaan mereka tidak maju, mereka terpaksa menanggung risiko bila mereka dijadikan penjamin pinjaman perniagaan, ekonomi merosot, sewa premis semakin lama semakin dinaikkan pemilik bangunan, bisnes merudum, dan seribu satu musabab lagi.

Akta Kebangkrapan 1967 yang masih digunapakai sampai ke hari ini sebenarnya sudah tiba waktunya untuk dikaji semula!

Apa tidaknya?

Jika seseorang itu terlibat dengan hutang yang mencecah RM30,000.00 sahaja dan tidak mampu membayar, boleh dengan begitu mudah di-isytiharkan muflis dan kehidupannya terus disenaraihitamkan oleh pihak berwajib!!!

Daripada apa yang saya mendengar secara terus dari Dato Sohaimi dan juga dari wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia tadi, sudah terlalu banyak kes kes mangsa keadaan yang menggelapkan masa depan seseorang yang dijatuhkan hukum bankrap @ muflis oleh sistem kehakiman negara kita sekarang ini tanpa sebarang pertimbangan lagi.

Dewasa ini sebegitu ramai yang jatuh muflis akibat hutang kad kredit dan pelbagai hutang pinjaman peribadi termasuk pinjaman hutang membiayai pembelian sewa-beli kereta dan rumah.

Dengan cuma mengiklankan Notis Bankrap di suratkhabar, pihak Jabatan Insolvensi dan Bank Negara selamba sahaja mengganggap bahawa si piutang yang terlibat sudah 'tahu' tentang status dirinya yang sudah dijatuhkan hukum muflis!
Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi BEPU
Dato Sohaimi menceritakan bahawa ramai diantara mereka yang dijadikan muflis semudah itu mengadu pada beliau akan ketidaktahuan diri mereka tentang notis pengisytiharan muflis seseorang itu dengan pengiklanan di suratkhabar.
Bersama Presiden Seniman Rozaidi Jamil @ Zed Zaidi
Sepatutnya pihak pemberi pinjaman yakni bank bank dan syarikat kewangan menggunakan segala ruang dan peluang untuk menghubungi secara terus sipeminjam itu untuk menuntut mereka membayar kembali hutang mereka atau berunding cara dengan pihak bank atau syairkat kewangan untuk pembayaran secara beransuran untuk menyelesaikan hutang hutang mereka.

Ini tidak! Sudahlah seseorang yang dijadikan muflis itu hilang segalanya, mereka itu disekat dari mendaftarkan sebarang usahaniaga, dilarang membuka akaun bank, disekat dari keluar negara, dan seribu satu kesusahan lagi!

Bagaimanakah orang yang dijatuhkan muflis itu hendak meneruskan kehidupan? 

Sekatan sekatan itu dan ini diletakkan ke atas seseorang yang muflis itu sehingga mereka pada hakikatnya sudah dijatuhkan hukuman mati secara tidak langsung.

Kehidupan mereka tidak ubah seperti tersekat segala peluang untuk membebaskan diri dari jerangkap muflis yang menutup segala pintu dan jalan keluar bagi mereka dari neraka hidup!

Cuba lihat penerangan laman web rasmi ini!


Apakah sekatan-sekatan ke atas bankrap?
  • Tidak boleh dilantik atau bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret
  • Tidak boleh dicalonkan di dalam pilihanraya dan / atau menjadi perwakilan (hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang mana-mana jawatan di dalam persatuan)
  • Tidak boleh dicalonkan atau dipilih atau memegang atau menjalankan jawatan Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Tidak boleh meneruskan mana-mana tindakan kecuali dengan sanksi Ketua Pengarah Insolvensi.
  • Tidak boleh meninggalkan persekutuan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
  • Tidak boleh menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
  • Tidak boleh bekerja dengan syarikat milik pasangan, keluarga atau saudara kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
  • Tidak dibenarkan membuat pinjaman melebihi RM1,000.00 tanpa memaklumkan kepada pihak yang memberi pinjam bahawa dia adalah seorang bankrap.
Perkara perkara di atas yang didalam perkataan merah tu selalunya tak melibatkan orang kebanyakan.

Orang orang kaya atau yang bergelar sahaja yang mungkin terlibat sebab berkaitan jawatan sebagai Hakim, Majistret atau menjadi pengarah2 syarikat dan ahli ahli majlis pihak berkuasa tempatan.

Yang kita perbincangkan disini adalah nasib orang kebanyakan. Rakyat biasa yang menjadi mangsa keadaan. Ini yang perlu kita buka mata sedikit.

Siapa sahaja diantara kita boleh menjadi mangsa seperti ini. 

Untuk keterangan lanjut, sila ke laman ini: http://www.insolvensi.gov.my/media_box/citizens.htm

Ini pula adalah pautan kepada Akta Bankrupsi 1967.

Sila ke http://www.muflis-peluangkedua.blogspot.com untuk membaca dan melihat bab bab berkaitan perkara ini.

Tuan Abdul Karim Wakil PPIM
Tadi Tuan Abdul Karim dari PPIM menceritakan bahawa ada kes orang menjadi mangsa jatuh muflis bilamana kad pengenalan mereka disalahguna oleh orang orang tertentu membuat pinjaman diatas nama mereka dan memangsakan si individu malang berkenaan.

Bagaimanakah pihak bank, syarikat kewangan boleh semberono sahaja meluluskan permohonan pinjaman tanpa kehadiran diri 'si-peminjam' berkenaan secara peribadi???

Bukankah kelulusan pinjaman seperti ini jelas merupakan satu kes penipuan?

Bagaimana pula Jabatan Insolvensi boleh tidak menyiasat akan kes kes seperti ini dan dengan mudah boleh menjatuhkan hukuman muflis keatas diri mangsa mangsa penganiayaan seperti ini?

Ada pula kes di mana pihak pemaju perumahan yang membuat perjanjian Jualan & Beli dengan para pembeli projek pembangunan hartanah boleh dengan begitu mudah mencuci tangan dari menyudahkan projek projek pembangunan hartanah dan melepaskan diri mereka dari tanggungjawab terhadap para pembeli?

Para pembeli terbabit sudahlah tidak mendapat rumah yang dijanjikan ; terpaksa pula menanggung hutang pinjaman dengan bank, terpaksa membayar sewa rumah yang didiami sekarang dan bila tidak mampu untuk membayar pinjaman perumahan yang terbengkalai kena pula di hukum jatuh muflis!!!

Macamanalah orang orang yang teraniaya seperti ini nak teruskan hidup???

Maka elok sangatlah Dato Sohaimi Shahadan dengan BEPU memberikan peluang kedua kepada mangsa mangsa hukuman muflis yang tidak disengajakan mereka ini.

Dato Sohaimi sudah menerangkan bahawa pihaknya hanya akan membantu kes kes mangsa keadaan sahaja. Yang muflis hutang berjuta juta itu disebabkan keborosan sendiri, minta maaf le.

Tak dapat den nak tolong! :P

Yang pihak BEPU nak bantu ni mereka yang jatuh muflis disebabkan kes kes penipuan dan yang diluar kesedaran mereka. Itupun akan di siasat kesahihan kes mereka kerana ini melibatkan wang. Mahu tak mahu perlu diteliti sehabis habisnya sebelum di pilih untuk dibantu.

Apa apapun, saya ucapkan Syabas kepada Dato Sohaimi kerana saya rasa tak ada orang lain yang ambil peduli tentang nasib orang orang yang jatuh muflis disebabkan kes aniaya, dsbnya seperti di sebutkan di atas.

Sekurang kurangnya akan adalah peluang kedua bagi mereka yang terlibat untuk memulakan hidup semula dari hancur binasa selamanya.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati semua yang sedang berusaha membantu sesama manusia seperti apa yang Dato Sohaimi Shahadan dan unit BEPU pimpinan beliau sudah mulakan. Begitu juga saya doakan untuk ahli ahli dan wakil PPIM yang terlibat. Semoga dipermudahkan bagi mereka juga.

Amin. Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment