Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, January 13, 2013

Kemelut politik PAS dan UMNO bakal menjahanamkan umat Islam seMalaysia!




Prof Datuk Dr Hj Harun Din sepatutnya sudah lama menerajui parti PAS dan berusaha mentarbiyyah ahli ahlinya ke arah penegakkan Daulah Islam di bumi Tanah Melayu ini dengan mengajak UMNO bersatu di atas nama Allahu Ta'ala.

Sayangnya Prof Datuk Dr Hj Harun Din tidak dapat berbuat demikian sekian lama ini kerna partinya kemaruk untuk berkuasa walaupun terpaksa menggadaikan prinsip asal perjuangan mereka untuk mendirikan Negara Islam di Malaysia.

UMNO pula diterajui oleh mereka yang cuma meletakkan Islam sebagai kulit perhiasan pemerintahan mereka tetapi tidak di isi dengan pelaksanaan undang undang Syar'iyyah Islam yang sebenar benarnya.

Hasilnya kita semua menderita hari ini tersepit di antara kemelut dan kerenah dua parti Melayu yang masing masing mendakwa merekalah pejuang pejuang Islam padahal kedua parti ini membuka ruang dan peluang untuk kaffir kaffir didalam DAP, MCA, GERAKAN untuk menyucukkan jarum jarum halus sekularisma mereka ke dalam dunia politik tanahair kita.

Nik Aziz dan Hadi Awang tetap tidak akan berganjak dari apa yang sudah mereka terlanjur mengikat perjanjian dengan Laknatullah2 didalam DAP sebab seandainya mereka menarik diri dari Perjanjian dengan Syaitan2 tersebut mereka akan di cap sebagai pengkhianat dan saki baki integriti mereka jika masih ada akan hancur lebur menjadi debu.

Maka tinggal lah Harun Din keseorangan terkial kial didalam kepimpinan PAS Pusat tersangkut di antara yang Hak dan yang terang terangan Batil. Kemelut ini mungkin terurai hanya bila dirinya di lantik menggantikan Nik Aziz.

Selagi Nik Aziz masih berkuasa ke atas PAS, selagi itulah masaalah ini akan berterusan.

Begitu pula di dalam UMNO. Selagi Najib berkuasa, maka UMNO akan terus diterajui oleh seorang lagi PM yang tidak berpendirian berani dan tegas didalam menghadapi musuh2 orang2 Melayu dan Islam. Muhyiddin Yassin sepatutnya mengambil alih kepimpinan UMNO jika Melayu Muslim seMalaysia hendak diselamatkan dari dijajah sang kaffir!

Barisan kepimpinan UMNO harus berani merubah jika mahu melihat Melayu dan Islam terus berdaulat di bumi Tanah Melayu ini lagi. 

Sekiranya tidak, maka tunggu sahaja lah nasib yang sudah menimpa bangsa2 pribumi lain seperti Red Indian Amerika, Aborigine Australia, Maori New Zealand, Palestin, Kashmir, Chechnya, Rohingya dsbnya!
Kaum Apache, Sioux, Comanche, dsbnya kini terpinggir di benua tanahair mereka sendiri
Maori New Zealand  turut menderita bila tanahair mereka dirampas pendatang barat
Warga Jammu & Kashmir menderita dikejami tentera India
Rohingya Burma dibunuh setiap hari
Kita semua sedia maklum akan hakikat keadaan ini dan tentang siapa sebenarnya yang menjadi batu batu penghalang penyatuan ummah di Malaysia tetapi kesombongan masing masing menyebabkan mereka degil dan mengharapkan parti lawan untuk sujud kepada yang lain padahal kedua dua parti ini terdiri dari bangsa yang sama sama menganut ajaran Islam yang syumul.

Selagi masing masing terus takbur dengan kuasa dan tanggapan bahawa pihak yang lawan sahaja yang berdosa maka kebuntuan politik ini tidak akan terurai sampai datangnya Hari Kiamat nanti.

Inilah realiti sebenar mengapa Melayu seMalaysia masih tersekat dari berjaya menegakkan panji panji Daulah Islam di tanahair mereka sendiri!

Apakah nasib Melayu Muslim seMalaysia pula bila mereka hilang kuasa dan kedudukan di bumi tanahair mereka sendiri seandainya kuasa politik di ambil alih oleh musuh2 Islam yang berselindung disebalik wajah2 PAS dan PKR nanti?

Terpulanglah kepada UMNO dan PAS untuk menentukannya!
Post a Comment