Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 30, 2013

Maa Rabbuka? Siapa Tuhan kamu?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagi setiap insan yang beragama Islam serta ada walau barang sedikit pun cuma ilmu pengetahuan tentang tatacara kehidupan Muslim, sudah tentu pernah dengar tentang perihal soalan didalam kubur yang akan ditanya para Malaikat Munkar dan Naqir Alaihi Salam?

"Maa Rabbuka?" Bermaksud "Siapa Tuhan kamu?"

Bagi kita yang faham sedikit sebanyak Bahasa Arab dan beriman dengan penuh keyakinan terhadap Allahu Rabbul Alamin sudah tentu akan menjawab dengan jelas bahawa "Allah adalah Tuhan ku!!!"

Beberapa orang pemimpin politik tempatan negara kita yang mengaku memperjuangkan penubuhan sebuah negara ' Islam' pada suatu masa dahulu telah semberono bersetuju dengan desakan serta permintaan sebuah parti politik yang diterajui orang orang kafir untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah suci 'Allah' untuk terjemahan Bible mereka didalam terbitan menggunakan Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan 'God' didalam versi Bahasa Inggeris bagi edaran dikalangan Kristian Katolik Sabah dan Sarawak!

Bagi mereka yang tahu akan implikasi persetujuan begitu sudah tentu lantang membantah keputusan pemimpin2 parti politik berlabel 'Islam' yang mendakwa berbuat demikian dengan hasrat mahu berdakwah kepada golongan kaffir itu kerana belum pernah lagi didalam sejarah pergerakan Dakwah al Islamiyyah berani atau bengap sungguh sehingga sanggup memperjudikan kesucian kalimah suci 'Allah' bagi tujuan sedemikian.

Yang menjadi peliknya adalah hakikat bahawa yang membantah secara lantang itu adalah golongan nasionalis Melayu yang sering dituduh sebagai meminggirkan agama Islam dari arus penghidupan mereka sekian lama ini!

Semberono pulak mereka yang mendakwa dan mengaku diri sebagai pejuang Islam dan 'ulamak' dengan sebegitu mudah setuju membenarkan para kaffir didalam Gereja Kristian Katolik yang lorat sekali untuk menggunapakai kalimah 'Allah' sebagai gantinama tuhan Kristus 3 dalam 1 mereka!

Didalam Al-Quran Al-Karim, Surah Al-Ikhlas, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman menerangkan tentang hakikat DiriNya:

Surat Al-'Ikhlāş (The Sincerity) - سورة الإخلاص

Enlarge Text
Shrink Text
بسم الله الرحمن الرحيم

112:1
Transliteration
Qul huwa Allahu ahad
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

112:2
Transliteration
Allahu assamad
Malay
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

112:3
Transliteration
Lam yalid walam yoolad
Malay
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

112:4
Transliteration
Walam yakun lahu kufuwan ahad
Malay
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Begitu jelas sekali firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetapi ada lagi manusia manusia di Akhir Zaman ini yang boleh terkeliru dengan yang mana satu 'Tuhan' yang patut mereka sembah dan menyerah jiwa dan raga mereka???

Hairan bin Ajaib!

Nama sahaja masing masing orang terpelajar dan serba tahu serta arif tentang itu dan ini tetapi bila sampai ke bab 'ketuhanan' boleh pula berimaginasi bahawa 'Tuhan' itu boleh ada dua tiga atau beribu ribu?

Apa yang susah sangat?

Apa ke benda yang sesetengah dari masyarakat kita ni boleh bengong sangat sanggup percaya dakyah orang orang Kristian itu bahawa Isa anak Maryam itu adalah anak Tuhan?

Jika Isa anak Maryam itu anak Tuhan, apakah Siti Maryam itu 'isteri Tuhan'???

Bagaimana pula dengan Zakariyya? Ayah kepada Siti Maryam. Apakah Zakariyya itu 'Bapa Mertua' Tuhan?

Na'uzubillahiminzalik!!!

Bawa bawa mengucaplah mana mana maarof sintok yang termakan dakyah paderi paderi Kristian yang mereka sendiri keliru tentang hakikat Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Tuhan jenis apa yang boleh pula dilahirkan seorang wanita?

Tuhan jenis apa yang sanggup jadi 'sochai' penanggung dosa dosa manusia??

Tuhan kelas apa pula yang sanggup dihina dan di salibkan demi untuk menebus dosa dosa makhluk makhluk lain???

Kenapa kah boleh ada dikalangan masyarakat Melayu yang lahir beragama Islam boleh dangkal akalnya sampai ke tahap bengong tak sudah boleh terpedaya dengan segala tahyul mahyul ini????

Apakah boleh mana mana manusia yang berakal sihat menerima untuk menyembah sebarang 'tuhan cap ayam'?

'Tuhan' yang lemah. Yang digambarkan begitu begini. Disembah sebagai berhala yang di ukir dari batu atau kayu? 

Di perbuat dari bancuhan simen atau di arcakan berbentuk begitu begini? Ada mata terjojol, perut boroi, berkepala haiwan, mempunyai beberapa kepala, tangan merewang bagaikan sotong kurita, terjelir lidah dan bermuka htam atau pun merah menyala?

'Tuhan' yang sanggup disembah ditepi longkang dan parit, di simpang tiga, dibawah pokok itu dan ini? 'Tuhan' yang boleh 'selamba derk' diselaputi najis najis merpati atau pun gagak???

'Tuhan' apa ke benda macam tu? 

Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam dari segala sifat sifat tercela yang terdapat pada mana mana sembahan manusia manusia durjana yang sombong bodoh tahap gaban boleh membuta tuli mereka cipta tuhan tuhan khayalan kepala otak mereka yang marang perapu keponden parang sekeper....:P

Kepada yakpur yakpur salam yang terlibat, saya ingin mengajak mereka supaya merenung dan mentelaah erti dan terjemahan 4 ayat Surah al Ikhlas dengan sebaik mungkin!

Tak susah tara mana pun. Budak budak darjah satu pun boleh faham dengan mudah makna dan hakikat ketuhanan yang ada pada Zat Allahu Ta'ala dengan mengkaji maksud surah tersebut!

Kepada para Muslimin dan Muslimat yang waras kepala otak mereka, mari kita mengulang kaji akan sifat sifat Allah yang wajib kita ketahui:



Ini adalah ajaran Islam yang sebenar benarnya. Bukan rekaan mana mana pihak.

Ini yang hakiki. Usah ada segelintir pun perasaan was was akan sifat sifat terpuji Allahu Rabbul Alamin. Tuhan Maha Pencipta kita semua.

Ini pula adalah Asma'ul Husna @ 99 Ismul Allah, Tuhan Maha Perkasa, Maha Pengasih Maha Penyayang yang perlu kita tahu dan faham akan makna setiap darinya.



99 Nama Nama Indah Allah, Tuhan yang SATU!!! 

Jangan pula ada yang mengelirukan diri lagi dengan berkata bahawa ada 99 Allah!!!

Biar jelas kefahaman setiap Muslim bahawa Allahu Rabbi Tuhan kita adalah hanya Satu!

Tak perlu peningkan kepala dengan memikir mikir lagi bahawa Allah itu begitu begini.

Tenangkan hati tuan puan yang beriman bahawasanya Allahu Rabbul Alamin, Tuhan kita adalah Maha Suci dari segala tohmahan dan dakyah kaum kaffirin. Kita hendaklah terus berpegang teguh dengan keyakinan kita bahawasanya hanya Islam yang satu satunya agama yang diturunkan oleh Allahu Ta'ala kepada kita semua.

Bermula dengan Nabi Adam Alaihis Salam sehingga sempurnanya penyampaian cara hidup secara Islam dengan tugasan yang dipikul oleh Sayyidul Mursalin, Khatamun Nabiyyi al Ummi, Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, Muhammad al Mustafa. Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Sekiranya kita telah terkhilaf, berdosa terhadap Allah, maka usah berputus asa dari Rahmat Keampunan Allah!

Didalam Surah Az Zumar, Surah ke 39 Ayat ke 53, Allah berfirman :


Surat Az-Zumar (The Troops) - سورة الزمر

Enlarge Text
Shrink Text
This is a portion of the entire surah. View more context, or the entire surah.

39:53
Transliteration
Qul ya AAibadiya allatheenaasrafoo AAala anfusihim la taqnatoo min rahmatiAllahi inna Allaha yaghfiru aththunoobajameeAAan innahu huwa alghafooru arraheem
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Yakinlah bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Maha Penerima Taubat. Ia akan mengampuni kita sekiranya kita benar benar insaf dan menyesali diri mahu membersihkan jiwa kita!



Sujudlah kepadaNya, Tuhan Maha Pengampun, Maha Mengasihani!



Hanya Allah yang kita sembah. Tiada yang lain! 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

La hawla wala quwwata illa billah hil aliyyil adzhim!
Post a Comment