Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, February 07, 2013

Tabung Haji beri Dividen 6.5% + 1.5% Bonus Khas!






KUALA LUMPUR. Khamis 7hb Februari 2013.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pemberian bonus jubli emas yang dibuat oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Majlis pengumuman itu diadakan di Dewan Besar Menara Tabung Haji yang terletak di Lantai 1. 
Pengumuman bonus jubli emas yang dinamakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan TH ini memperlihatkan peningkatan kadar bonus sebanyak 0.5 peratus berbanding pemberian bonus sebanyak 6.0 peratus yang dibayar pada 2011. Sempena perayaan sambutan 50 tahun ini juga, para pendeposit turut menikmati agihan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi TH, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato' Paduka Ismee Ismail, Ahli-ahli Lembaga Pengarah TH, Ahli-ahli Panel Pelaburan TH serta barisan pengurusan kanan TH
Saya adalah satu satunya Blogger yang hadir pada majlis pagi tadi. Yang lain lain merupakan media media perdana. Bila saya bertanya kepada pegawai pegawai Tabung Haji tentang blogger blogger lain, jawapan mereka sama iaitu sudah di jemput tetapi tidak menghadirkan diri. Mungkin masing masing ada kerja lain. 
Apa apa pun, saya berpendapat bahawa pengurusan Tabung Haji sudah membuktikan tentang kebolehan mereka didalam menjana keuntungan berlipat ganda bagi Tabung Haji melalui rangkaian pelbagai perniagaan mereka didalam industri yang berasaskan Syariah Islamiyyah.

ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI

Gambar menunjukkan sebahagian pegawai2 tertinggi Tabung Haji yang hadir di majlis pengumuman Dividen + Bonus Khas sebagai agihan kepada para pendeposit TH bagi tahun 2012. 

Kelihatan Datuk Syed Salleh, Pengurus Besar TH (2 dari kanan) yang sentiasa tersenyum ceria. Saya amat bertuah dapat berkawan dengan beliau, seorang berpangkat besar yang tidak sombong dan amat peramah. Semoga Allah memberkati diri beliau sentiasa! Amin!

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin
Ahli Lembaga Pengarah TH yang sempat saya usik pagi tadi!


Pembimbing Haji saya Tuan Haji Mohd Nasir (1 Dari Kanan) adalah Pengurus Media Tabung Haji. Beliau sangat berjasa kepada saya selama saya di Tanah Suci dan saya terhutang budi dunia dan akhirat kepada beliau. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membalas segala jasa2 Tuan Haji Mohd Nasir kepada kami pasukan media TH 1432Hijrah! Amin Ya Rabb!

Mudah2an Tabung Haji terus berjaya dan memartabatkan sistem pengurusan Haji Negara kita Malaysia sebagai yang terbaik di seluruh dunia!
Berkesempatan ketemui kembali rakan media Tabung Haji yang bersama sama mengerjakan Haji musim 1432Hijrah.
Rakan rakan media yang sempat saya ketemui di majlis pagi tadi.
Bangunan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Post a Comment