Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 09, 2013

Pencerobohan Sulu di Sabah rancangan SUARAM 6 bulan lalu?



Ng Lum Yong, Presiden Jaringan Cina Malaysia telah mendakwa bahawa beliau mendapat maklumat melalui emel dari seorang rakan nya yang berada di Manila, Republik Filipina bahawa serangan pengganas2 Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah hasil perancangan SUARAM sejak 6 bulan dahulu dengan pembiayaan kos serangan itu sebanyak US$2,000,000 oleh 9 pertubuhan Yahudi yang mempunyai kaitan dengan seorang manusia yang terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7!!!

Memang ada logiknya jika kita fikirkan akan bagaimana sebuah gerombolan pengganas2 Sulu yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang boleh mampu untuk membeli segala peralatan senjatapi canggih seperti raifal M16 keluaran Amerika Syarikat dan pelancar roket serta keperluan lain untuk masuk menceroboh perairan Sabah kita jika tidak ada pihak seperti di atas membiayai mereka?

Si Jamalul Kiram ke3 yang hidup miskin di perkampungan setinggan Manila sudah tentu tidak mampu untuk membiayai operasi sebegitu dan membayar upah penyertaan gerila2 Sulu yang seramai 400 orang lebih!

Jika diteliti akan kenyataan Encik Ng Lum Yong bahawa sejak kebelakangan ini manusia yang sering dikaitkan dengan nyanyian lagu di ceramah2 Pakatan Pembangkang bahawa Sabah akan hilang dari Malaysia adalah tidak lain tidak bukan tetapi orang yang dirakam dengan jelas didalam video dibawah ini:



Lirik yang dinyanyikan nya : 'Tanya sama Najib apa sebab goyang? Nanti jawab Najib, Sabah nak hilang!'

Takkan perkara sebegini jelas pun tak boleh dijadikan bukti oleh pihak Kerajaan Malaysia bahawa pemimpin pembangkang di atas telah sedia merancang pencerobohan pengganas2 Sulu untuk merampas Sabah dari Malaysia?

Cuba Polis Di Raja Malaysia selidik sama ada benar ke tidak apa yang di nyatakan Ng Lum Yong terhadap peranan SUARAM?

Ini bukan perkara kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaja! Nyawa 8 orang pegawai PDRM telah melayang angkara petualangan mereka ini yang menjadi ejen kepada kuasa asing terutamanya Amerika Syarikat untuk mengadakan penukaran kerajaan di negara kita!

Bukti akan perancangan sulit Amerika Syarikat bagi membiayai penumpasan mana mana kerajaan negara negara di seluruh dunia yang tidak akur dan mengikut telunjuk Washington diterbitkan didalam bentuk video seperti dibawah ini:


Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat atau CIA tidak lagi perlu menjalankan operasi mereka secara sulit tetapi kini mereka menggunakan agensi agensi kerajaan Amerika Syarikat seperti USAID dan NED untuk membiayai badan badan bukan kerajaan negara negara asing bagi menjatuhkan kerajaan kerajaan sah di seluruh dunia yang berpendirian tegas terhadap agenda Washington.

Terbukti bahawa gerakan anti-kerajaan persekutuan yang diadakan oleh pihak pembangkang dibiayai agensi2 asing yang didedahkan melalui video ini:


Video video ini adalah dari tahun 2009. Setahun selepas pihak pembangkang menang di beberapa buah negeri di Semenanjung pada PRU ke 12 dulu!

Berikut pula adalah bukti akan penyertaan Ketua Pembangkang hari ini terlibat dengan agenda NED Amerika Syarikat untuk melakukan perubahan kerajaan persekutuan di Malaysia:


Sebelum ini sudah terdedah bahawa pihak pakatan pembangkang didalam negara kita yang menggunakan NGO2 seperti SUARAM dan portal media sosial seperti Malaysiakini telah mendapat tajaan dari pihak NED Amerika Syarikat dan tidak dinafikan mereka.

Saya dah terbitkan artikel saya berkenaan perkara ini disini dahulu: http://mahaguru58.blogspot.com/2011/06/malaysiakini-suaram-iri-dan-ndi.html

Malangnya Kerajaan Malaysia masih lembab macam nak mampus untuk menangkap setiap individu yang terlibat didalam gerakan subversif terhadap negara kita!

Memang terbukti bahawa Perdana2 Menteri selepas Tun Dr.Mahathir Mohamad terdiri dari kalangan mereka yang boleh dikatakan jenis lemah pendirian dan sering mengambil sikap sama seperti perumpamaan ' Si Luncai terjun dengan labu labunya!' ~ 'Biarkan! Biarkan!'

Hasilnya?

Cacing cacing kerawit tempohari kini dah membesar membiak menjadi naga naga yang sanggup membakar negara kita demi mahu mencapai matlamat duduk memerintah di Putrajaya!

Nak buat macamana?

Peribadi manusia bukan boleh di ubah didalam sekelip mata! Kepimpinan itu kadangkalanya sedia ada didalam diri seseorang itu sejak lahir.

Jika yang berkuasa hari ini terdiri dari golongan aristokrat yang tak pernah merasa susah sejak kecil maka segalanya akan di ambil secara mudah dan kata kata mereka itu sekadar permainan bibir sahaja.

Bila mereka bercakap, kita tak akan rasa pengucapan itu menusuk masuk ke dalam kalbu dan jiwa kita. Tak meremang bulu roma. Tak ada izzah didalam pengucapan berbanding kata kata pemimpin tulin!

Bilamana seseorang itu bercakap tidak dari hati maka kata kata nya itu tak mungkin melepasi cuping telinga kita. Sebaliknya bila pemimpin sejati berucap, maka sikerdil pun akan mampu berubah menjadi raksasa garang dan mengecutkan perut mana mana musuh durjana!

Ini dia perbezaan nya.

Saya berharap sangat bahawa kepimpinan negara ini akan mendapat teraju baru. Jika masih berketuakan jenis yang terus berdondang sayang bagai 'Darai Lorong Gaharu' maka cita cita musuh2 negara seperti USAID dan NED serta Pakatan Pembangkang mungkin tercapai? Na'uzubillahiminzalik!!!

Tetapi saya rasa kemungkinan itu terlalu tipis. Rakyat Malaysia hari ini sudah ramai yang celik IT dan di antara kelompok masyarakat dunia yang terlalu aktif mendapatkan maklumat terkini melalui laman laman sosial seperti Facebook dan blog serta tahu akan siapakah dia dalang dalang harami yang telah khianat terhadap kedaulatan negara kita???

Walaupun tak ramai yang gemar benar dengan ketua kerajaan persekutuan yang sedia ada tetapi untuk berperdana menterikan seorang yang sudah terang lagi bersuluh terbukti berperanan untuk menjahanamkan Malaysia tak mungkin sama sekali!

Bersamalah kita menegakkan kebenaran demi melihat Malaysia terus berjaya!
Post a Comment