Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, April 16, 2013

Hudud menurut pandangan orang Cina dan sebab sebab meningkatnya jenayah di Malaysia.




Jika kita fikirkan kembali kenapa jenayah semakin memuncak di Akhir Zaman ini, kita mungkin akan mendapati bahawa disebalik tsunami ilmu pengetahuan yang melanda umat manusia dizaman ini, ramai pula yang ketandusan penghayatan segala ilmu ilmu duniawi tersebut kerana pihak alim ulama yang sepatutnya membimbing manusia secara ikhlas ke arah mengamalkan segala kepandaian yang mungkin boleh dicapai melalui pendidikan tersebut gagal menawan hati sanubari kebanyakan pengikut mereka.

Penyampaian ilmu kepada massa tidak boleh hanya melalui forum perdana atau majlis majlis ilmu yang di adakan secara besar besaran di mana intipati pengajaran ilmu itu di sulami dengan lawak lawak jenaka pembasah gusi dan kemudiannya berakhir pula dengan tidak ada interaksi secara langsung di antara seorang guru dengan mereka yang mengaku menjadi murid atau mengikuti kelas kelas atau majlis ilmu tersebut!

Bilamana ada jarak dan sempadan diantara mursyid dan murid serta ada pula kegelinciran amanah didalam perhubungan mereka, maka yang lahirnya adalah fitnah dan alpa serta celaka.

Ramai dikalangan golongan yang kononnya beragama turut sama terpalit dengan noda dan dosa nafsu durjana. Kenapa jadi begitu? 

Selalunya di sebabkan si Alim menjadi Zalim!

Zalim kerna menyalahguna akan ilmu ilmu agama nya untuk mengambil kesempatan ke atas mereka yang jahil dan percaya bulat bulat kepada apa sahaja yang diperkatakan dan disampaikan olehnya!

Ini yang perlu kita semua waspada. Jangan semberono sahaja percaya dan telan bulat bulat akan apa apa sahaja yang disampaikan sesiapa tanpa merujuk dan mentelaah akan isi ajaran yang sampai pada kita dengan memperbandingkan segala ajaran itu dengan apa yang ada didalam Al Qur'an Al Karim dan kitab2 sahih hadis dan yang bersangkutan dengan nya.

Insya Allah dengan berbuat demikian, kurang lah kemungkinan kena kencing dengan mana mana alim yang zalim atau ulamak yang berperangai bagaikan ular dalam semak. Bukan berburuk sangka cuma berwaspada.

Sesal dahulu pendapatan beb! Sesal kemudian tak ada gunanya. Berjaga jaga!

~@~

Insya Allah jika BN dikurniakan Ar Rahman kemenangan sekali lagi didalam PRU ke 13 ini, saya berharap sangat supaya Majlis Agama Islam diseluruh negara diperkasakan dengan kuasa untuk menegakkan Hukum Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang sebenarnya dan Sistem Perundangan Islam diberikan kedudukan yang sesuai dengan hakikat bahawa kaum yang bukan Islam pun amat menghargai keadilan yang dibawa didalam Ad Deenul Islam kita.

Cumanya jangan zalim. Perincikan setiap kes dengan sebegitu teliti dan bila ianya melibatkan jenayah berat yang dilakukan oleh berlainan kaum dan agama, bawa berunding lah dengan ketua ketua agama serta kaum yang terlibat. 

Saya percaya setiap bangsa dan penganut agama yang berlainan itu masih akan setuju dengan keperluan menegakkan keadilan sejagat bukannya menentang akan apa yang patut dilaksanakan bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan negara kita ini.

Kita semua adalah rakyat tanahair ini. Tanah Melayu yang memberi hidup pada sekian banyak jenis kaum dan bangsa manusia. Walaupun kebanyakan kita mempunyai asal usul dan keturunan berbeza namun dengan lahirnya kita di atas bumi Semenanjung Tanah Melayu ini dan warga senegara kita di Sabah dan Sarawak, kita semua adalah anak watan negara Malaysia!

Darah kita semua tetap sama berwarna merah tetapi berlainan jenis secara saintifik. Perasaan kasih sayang, sakit pening, luka dan duka baik yang zahir mahupun yang batin tetap sama. 

Kita semua perlu berganding bahu, bergenggam erat tali silaturahim memelihara jatidiri kita sebagai bangsa Malaysia, gagah memepertahankan kekayaan adat resam dan pelbagai macam warisan kebudayaan kita yang unik dan istimewa di persada dunia.

Hendak seribu daya! Bangun lah kita semua sebagai 1Malaysia dan kembalikan kekuasaan kepada Barisan Nasional yang walaupun tidak sesempurna mana tetapi telah sedikit demi sedikit membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara Asia yang terbilang dimata dunia!

Selamat mengundi wahai warganegara tercinta!
Post a Comment