Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, April 30, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC

Pagi tadi saya menaiki LRT ke PWTC dan berjalan dengan penuh harapan ke Putra Place untuk menempah kad nama saya yang telah kehabisan. Apa tidak nya? Bila ke mana mana acara saja, tak putus putus diminta kad nama oleh mereka yang menjadi pembaca blog saya dan juga oleh kenalan kenalan baru didalam majlis2 tersebut.

Makanya nak kena rajin menempah cetakan semula. Perkhidmatan percetakan yang menyimpan template kad nama saya terletak di Tingkat 4 Putra Place tersebut.

Alangkah hampanya saya bila mendapati Putra Place sudah ditutup operasinya dan dimaklumkan pada saya oleh seorang pengawal keselamatan Nepali yang fasih berbahasa Melayu bahawa sudah sebulan semua syarikat2 perniagaan dan pejabat2 berpindah keluar dari bangunan itu untuk dijalankan kerja2 ubahsuai dalaman!

Aduh! Jenoh ni! Nak kena cari perkhidmatan percetakan baru lah jika begini?

Namun oleh kerana saya sudah pun berada dekat dengan Putra World Trade Centre @ PWTC dimana saya tahu Pesta Buku Antarabangsa 2013 sedang di adakan disana, maka saya pun memilih untuk menyeberang jalan dan meninjau akan apa yang disediakan didalam pameran dan penjualan buku2 kali ini?

Seperti biasa, ruang pameran PWTC penuh sesak dengan para pelajar sekolah baik dari yang sekolah rendah, sekolah menengah dan para pelajar kolej. Kebanyakan penerbit penerbit dan syarikat percetakan yang membuka ruang pameran dan penjualan buku2 didalam pesta buku kali ini terdiri dari syarikat2 tempatan!

Buku2 yang dijual kebanyakannya adalah buku2 untuk para pelajar sekolah. Karangkraf pula mempamerkan novel2 remaja dan majalah2. Bukan pilihan saya.

Saya terus berjalan dari satu 'booth' ke 'booth' yang lain sehingga saya bertemu dengan ruang pameran jabatan2 kerajaan. Saya sempat singgah di ruang FINAS, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kebudayaan Negara, Perpustakaan DBKL, dan lain2 jabatan.

Bila saya tiba ke ruang JAKIM, saya amat gembira dapat membeli beberapa naskhah kitab2 dan buku2 dengan harga memang murah gila! Terimakasih JAKIM!

Kemudian saya berhenti di ruang Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan amat bersyukur bila dapat membeli satu set lengkap 5 jilid Manhaj Fiqh Al-Syafi'i dengan harga tak terfikir ~ RM48.00 sahaja!!! Apa lagi? Terus saya beli set tersebut tanpa berlengah lagi!

Siap bergambar kenangan dengan petugas dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang masing masing berbadan tegap seperti ahli gusti! :P Mereka berkata perlu tegap untuk mengangkat buku2 yang berat itu! :D



Inilah set lengkap 5 Jilid Manhaj Fiqh Al-Syafi'i yang saya baru beli disana.



Memang berbaloi persinggahan saya ke Pesta Buku Antarabangsa 2013 ini! 

Selepas membeli kitab2 dan buku2 yang saya minati, saya sempat berhenti sekejap di Saba Islamic Media dan berkenalan dengan petugas disana. 

Secara kebetulan, semasa saya sedang berbual dengan pekerja Saba Islamic Media berbangsa Sudan, saya menggalakkan beliau untuk berdakwah dengan memberi petunjuk kepada para pelajar yang berpusu pusu berjalan mundar mandir dihadapan ruang syarikat mereka!

Maka saya secara spontan menahan sekumpulan 4 orang pelajar lelaki yang lalu dihadapan ruang itu dan bertanya mereka dari sekolah mana?

Bilamana mereka menjawab bahawa mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Jurusan Arab, saya pun mengambil kesempatan untuk mengetahui tentang latarbelakang mereka dan apakah cita cita mereka bilamana tamat pembelajaran nanti?

Ada yang berkata ingin menjadi guru agama. Maka saya bertanya pada pelajar terbabit akan berapa bahasa yang telah ia kuasai? Pelajar itu menjawab cuma 2 bahasa. Bahasa Melayu dan Arab. Saya pun menasihatkan ia dan rakan2nya untuk menguasai sekurang kurangnya 3 atau 4 bahasa. Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin dan jika boleh Tamil! Supaya senang berdakwah kepada warganegara kita sendiri!

Ini akan membantu mereka bila jadi guru agama nanti. Dapat berdakwah dengan lebih berkesan. Selepas itu saya berkongsi dengan mereka cara cara untuk berdakwah dan juga hal ehwal agama.

Pelajar2 itu teruja dengan penerangan2 yang saya sampaikan dan kemudian kami bergambar kenangan. Saya berdo'a agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati setiap diri mereka ini dan memberikan mereka segala kebaikan di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin.



Post a Comment