Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, April 03, 2013

PRU13~TOLAK PAKATAN HARAMI!

Pada PRU ke12, saya mengundi calon PKR bagi Parlimen Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim diatas dasar ingin melihat bagaimana pula cara Pakatan Pembangkang mentadbir kawasan kediaman saya?

Didalam pilihanraya umum ke 12 itu, Pakatan Pembangkang berjaya merampas Parlimen Bandar Tun Razak dari Barisan Nasional gara gara keputusan pengundi pengundi seperti saya yang ingin memberi undi protes kepada pembangkang pula untuk menunjukkan kebolehan mereka mentadbir kawasan kami.

Silap besar beb!!!

Malangnya Khalid Ibrahim gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik sebagai Ahli Parlimen kami dan amat jarang sekali menunjukkan mukanya di Parlimen Bandar Tun Razak sejak 2008!!!

Kawasan Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri serta Dataran Dwitask yang berada didalam kawasan parlimen ini serta seluruh kawasan perumahan sekeliling tidak di ambil peduli oleh Khalid Ibrahim yang sibuk dengan urusan2 lain di Selangor!

Bak kata pepatah lama, bagai memberi bunga kepada kera. Ia tak akan tahu menghargai apa yang kita beri! Sebuah harapan hancur berkecai dengan ketidakpedulian Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim tak boleh pakai! 
Saya sudah serik dengan memberi peluang serta undi saya yang amat berharga ini kepada manusia seperti Khalid Ibrahim yang tidak boleh diharap untuk membantu masyarakat Bandar Tun Razak didalam apa sahaja!

PRU ke 13 ini, saya akan menyokong calon Barisan Nasional! Sepatutnya parlimen kami ini di wakili oleh calon dari UMNO tetapi dari apa yang telah saya saksikan sejak dahulu lagi, parlimen Bandar Tun Razak ini diwakili oleh calon MCA.

Tak kisahlah! Janji undi saya tidak akan tersasar lagi ke tangan pakatan pembangkang harami yang telah membuktikan bahawa mereka sanggup menggadaikan tanahair ini (kes Sabah) kepada pihak musuh musuh negara kita dengan pelbagai muslihat dan perancangan khianat di dalam usaha mereka untuk merampas kuasa di bumi tercinta ini!

Tidak akan berulang lagi! Insya Allah! Kini kita berpeluang memperbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan didalam PRU ke 12 pada 2008! 

Khalid Ibrahim sendiri ada pesanan khas kepada kita semua! :D Saksikanlah!


TOLAK DAN KUBURKAN PAKATAN HARAM INI DIDALAM PRU KE13!!!
Post a Comment